Showing posts with label Alam. Show all posts
Showing posts with label Alam. Show all posts

Wednesday, June 25, 2014

Iklan Sinikal - Global Warming!


Jelas dan terkesan. 

Sinis tetapi mudah untuk difahami. Itulah gambaran terbaik untuk klip diatas. Global Warming adalah isu sejagat yang relatifnya berkait rapat dengan Alam Sekitar. 


  • Penerokaan Hutan untuk logistik dan pertanian
  • Pembakaran Terbuka
  • Sisa Industri
  • Asap Kenderaan
Merupakan antara isu yang teratas yang dikenali pasti sebagai punca kepada masalah sejagat ini. Malaysia contohnya sentiasa menjalankan kempen di semua peringkat untuk menjaga Alam Sekitar. Bukan setakat itu, terdapat juga Jabatan Alam Sekitar yang menguat kuasakan undang-undang yang berkaitan dengan Pencemaran dan Penjagaan Alam Sekitar.


World Wide Fund for Nature (WWF) juga menganjurkan Kempen Earth Hour yang mana ianya mendapat sokongan seluruh dunia dengan Ibu Negara setiap negara akan memadamkan hampir kesemua punca elektrik selama satu jam.

Hayatilah bait lagu Hijau ini.....






Monday, June 16, 2014

World Cup dan Brazil

Assalamualaikum...


Sebut Piala Dunia, pasti tumpuan orang ramai akan terarah kepada Sukan Bola Sepak sedangkan banyak lagi acara sukan yang dianjurkan dengan nama World Cup. Kuatnya pengaruh bola sepak hinggakan istilah Piala Dunia itu eksklusif untuk sukan kegemaran ramai ini.  Tidak apalah, seluruh dunia memang menggemari sukan ini.

Di Malaysia, bola sepak telah mejadi fenomena semenjak tahun 2008 dengan kemuncak Harimau Malaya berjaya merangkul Piala AFF buat pertama kali pada 2010. Hingga kini Liga Malaysia baik Liga Super mahupun Liga Perdana makin meriah dengan pelbagai kontroversi. Namun, hingga saat ini, kita hanyalah jaguh dilaman sendiri sahaja. Mungkin tahun-tahun seterusnya sukan bola sepak di Malaysia mengorak langkah lebih jauh pada peringkat Asia Tenggara dan Asia juga Dunia... semua ini mungkin berlaku sekiranya semua orang memberi komitmen yang jitu dan tidak berbelah bagi demi sukan ini.


Itu kisah di Malaysia, kini World Cup yang sedang berlangsung di Brazil. Seluruh dunia memberi tumpuan dan berbicara mengenai kejohanan ini. Konglomerat sukan seperti Nike dan Adidas mengeluarkan "promo" masing-masing untuk menghidupkan suasana festival seantero dunia. Ia memberi kesan yang memberangsangkan kepada manusia di luar Brazil.

Tetapi sedarkah kalian, terdapat rakyat Brazil memboikot Penganjuran Piala Dunia kali ini. Kita hanya mengenali Brazil sebagai sebuah negara yang melahirkan Lagenda Bola sepak dan juga bakat-bakat luar biasa seperti Pele, Ronaldo, Kaka, Ronaldinho, dan terbaru Neymar. Sebenarnya, Brazil bukan seindah "samba" dan "festival" serta kehebatan Bola sepaknya....

Brazil!
Ia adalah sebuah negara yang terletak dalam Benua Amerika dan ia terletak di Selatan benua itu. Sejarah mencatatkan, di benua ini sudah wujud jutaan manusia dan mempunyai peradaban yang canggih kerana mereka juga warisan Kaum Maya dan Inca. Sungai Amazon menjadi nadi kehidupan mereka dari dulu hingga sekarang.

Semenjak tahun 1500, ia adalah sebuah koloni Portugis ketika era kolonialisasi dunia. Perhambaan adalah isu utama ketika mereka dibawah Portugis. Pastinya, kesengsaraan dan penderitaan jelas tepapar di fikiran kita apabila disentuh hal "perhambaan". 

Pastinya, penduduk peribumi bangkit menentang penjajahan keatas mereka dan perjuangan mereka tidak pernah kunjung tamat. Siri pemberontakkan yang panjang dilancarkan oleh kelompok masyarakat peribumi Brazil hinggalah mereka mencapai kemerdekaan pada tahun 1822.

Muzik, Nyanyian dan Tarian telah menjadi darah daging orang Brazil. Semasa dalam penjajahan, mereka suka berhibur dan hiburan mereka agak ekstrem sebagai ekspresi jiwa yang tertindas. Lahirlah satu gerak tari yang dinamakan sebagai Capoeira. Pada awalnya, ia adalah satu persembahan yang menghiburkan.

Persembahan Capoeira

Namun, pihak berkuasa Brazil ketika era kolonial melihat ia sebagai satu bentuk seni mempertahankan diri yang berbahaya dan lebih ganas jika ianya digabungkan dengan pisau lipat.



Tarian

Menjadi budaya dan tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan masyarakat Brazil, malah Brazilian Carnival menjadi satu fiesta yang menarik perhatian masyarakat dunia untuk berkunjung ke Brazil. Siapa tidak tahu tentang tarian samba yang identikal sebagai pengenalan penduduk Brazil.


Kehidupan di Brazil tidak lah indah seperti bola sepak dan tarian serta festival yang saban tahun dianjurkan. Rata-rata rakyat Brazil hidup miskin dan melarat kerana pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Faktor ini mendorong banyak berlaku aktiviti jenayah di negara tersebut.




Klip diatas menjadi viral dua bulan lepas dan ia berlaku di Rio Jenario. Kejadian ini berlaku sewaktu satu sesi temuramah antara wartawan dengan penduduk Rio berkenaan kelemahan polis dalam menangani jenayah. Sedang ditemuramah, wanita ini telah diragut oleh seorang remaja lelaki. Ini lah gambaran sebenar keadaan di Rio yang juga ibu negara Brazil.

Piala Dunia
Kini tumpuan dunia kepada Brazil kerana mereka akan penganjur pada edisi ini. Pro and Cons pastinya wujud. Penganjuran acara sukan yang mempunyai peminat paling ramai ini pastinya akan merancakkan aktiviti pelancongan dan melonjak pendapatan Brazil.

Apa pun, Piala Dunia ini menunjukkan bahawa Kerajaan Brazil berani untuk menukar persekitaran mereka seterusnya menjadikan negara mereka lebih baik.

Benar, pada waktu ini berlaku rusuhan dan tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh pihak bertanggungjawab, bahawa kononnya penganjuran sukan ini membebankan rakyat... namun inilah cabarannya.

Apa pun, Brazil sememangnya merupakan sebuah negara menarik untuk dikunjungi, cuma anda perlu berhati-hati kerana malang sentiasa tidak berbau!





Thursday, June 12, 2014

Antara Kejadian Babi > Tikus > Kucing

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Babi atau Khinzir juga popular dipanggil pig adalah makhluk kejadian Allah s.w.t. Umat Islam terutama di Malaysia amat menjaga tentang Babi kerana ia telah dijelaskan sebagai HARAM dalam Islam dan ianya tercatat dalam Quran tentang larangan dari Allah s.w.t. untuk orang-orang beriman dari memakan daging Babi.

Orang ramai tidak jelas dengan mendalam tentang Kejadian Babi serta larangan memakan daging Babi. Justeru, kali ini kami cuba mengupas tentang kejadian Babi itu sendiri dan pastinya  ada sebab kenapa Allah s.w.t. melarang kita memakan Babi.

Kejadian

Cuba mencari sumber rujukan yang terbaik mengenai kejadian Babi melalui carian online, namun hasilnya tidak begitu memuaskan memandangkan terdapat beberapa artikel tidak menjelaskan secara khusus sumber rujukan mengenai kejadian babi itu. Apa yang kami perolehi adalah berkenaan kisah riwayat yang mungkin dipetik dari hadis dan kami tidak dapat pastikan adalah ianya dari hadis sahih atau palsu.

Ianya mungkin boleh dijadikan pengajaran dan iktibar, dan pada yang lebih arif mungkin saudara dan saudari boleh menyatakan sumber asal mengenai riwayat ini....

|................| |................| |................| |................| |................| |................| |................| |................| 

Nabi Nuh a.s. telah diangkat menjadi Nabi dan Rasul Allah. Kaumnya ditakdirkan Allah s.w.t. mempunyai umur yang panjang. Di riwayatkan, Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun. Namun, hanya 100 orang sahaja yang beriman kepada Allah s.w.t. selebihnya telah menjadi syirik, sombong dan bongkak.

Degilnya kaum itu, hingga Nabi Nuh a.s. memohon doa kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan pembelaan dari Allah.... [Quran : Al Qamar, 54-10]. Kemudian, Allah s.w.t. memerintahkan Nuh a.s. supaya membina bahtera dan jangan mempedulikan apa yang orang kata. [Quran : Hud 11, 36-37]. Setelah bahtera itu selesai dibina, maka dengan perintah Allah s.w.t. maka hujan mencurah-curah turun, dan Bumi juga mengeluarkan airnya. Kemudian, Allah s.w.t. memerintahkan Nuh agar membawa semua hidupan ke atas bahtera itu secara berpasang-pasangan.[Quran : Hud 11 - 40]. Disebut juga, ketika semua makhluk di bawa menaiki bahtera Nabi Nuh a.s. Iblis juga turut serta menumpang untuk menyelamatkan dirinya. 

Maka belayarlah bahtera Nabi Nuh mengelelilingi dunia. Bahtera tersebut membawa muatan hidupan yang sangat banyak dan pasti timbul beberapa masalah. Masalah yang utama dihadapi adalah berkenaan najis yang memenuhi bahtera telah membuatkan para pengikut Nuh a.s. tidak selesa. Justeru, Nuh telah memohon petunjuk dari Allah s.w.t.

Babi@Khinzir@Pig
Kemudian, Allah s.w.t. telah menyuruh Nabi Nuh agar membelai gajah dan akan keluar binatang-binatang yang dapat membersihkan kotoran tersebut. Lalu, Nabi Nuh mengikuti apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Baginda membelai gajah dan keluarlah babi-babi berpusu-pusu dan segera membersihkan najis-najis tersebut hingga tidak bersisa.

Tikus

Iblis cemburu melihatkan mukjizat Nabi Nuh a.s. tersebut. Lantas dia telah membelai gajah tersebut dan dengan izin Allah s.w.t. keluarlah berduyun-duyun tikus dari gajah itu dan tikus ini telah merosakkan bahtera Nuh. 

Kucing
Melihatkan masalah ini, Nabi Nuh a.s. sekali lagi memohon petunjuk dari Allah s.w.t. untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana baginda khuatir bahtera tersebut akan tenggelam. Allah s.w.t telah memerintahkan agar Nabi Nuh membelai Harimau dan akan keluar haiwan yang akan memusnahkan tikus-tikus itu. Perintah Allah s.w.t itu dipatuhi dan Nuh pun membelai Harimau, maka keluarlah berduyun-duyun Kucing dari harimau itu dan memakan tikus-tikus sehingga tidak bersisa.

|................| |................| |................| |................| |................| |................| |................| |................| 

Kesimpulannya, Babi - Tikus - Kucing adalah kejadian Allah s.w.t. Babi diizinkan Allah wujud kerana untuk membersihkan masalah najis para penumpang bahtera Nuh. Tikus wujud kerana keingkaran Iblis dan merosakkan bahtera. Manakala kucing pula wujud untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh Tikus. 

Namun yang menjadi ralat, kami tidak menemui sumber akan riwayat ini. Kami akan kemaskini semula artikel ini sekiranya menemui sumber yang dapat menyokong riwayat ini. Seterusnya, kami akan kupaskan mengenai HARAM memakan BABI!

Monday, January 27, 2014

Mumia Lembah Tarim : Jejak Kuno Manusia dari Eropah di China

Aneh Tetapi Benar!

Pada tahun 1979, seorang arkeologi China, Wang Binghua telah menjelajah Gurun Taklamakan untuk mencari tinggalan peradaban di timur laut wilayah Xinjiang, China atau di Lembah Tarim. Beliau telah menemui mayat-mayat manusia zaman silam dan mengejutkan mayat-mayat tersebut berbeza dengan orang China; beliau telah menemui mumia wanita dengan struktur tulang seperti manusia dari Kaukasia dengan pengenalan seperti rambut merah, tulang pipi yang tinggil menonjol, rahang sempit, dan rongga mata yang dalam. Mumia ini telah dikenali dengan nama “The Beauty of Loulan


Dengan struktur wajah yang masih utuh, pasukan forensik tidak menghadapi sebarang masalah untuk membina semula wajahnya seperti waktu mumia itu hidup. Dengan menelitik pakaian dan organ fizikalnya, para penyelidik mendapati wanita itu menjalani fasa kehidupan yang cukup getir. Kasut dan pakaiannya telah ditampal berkali-kali, rambut berkutu, dan dalam ususnya terdapat banyak pasir, debu dan arang. Ia meninggal pada usia 40 tahun dan tidak dapat dipastikan punca kematiannya berikutan paru-parunya rosak.

1985, pasukan penyelidik telah berpindah ke bahagian Selatan Gurun Taklamakan dan lebih tepat di sebuah kawasan bernama Cherchen, para arkeologi menjumpai lagi mumia yang fizikalnya seperti orang Kaukasoid. Salah satu darinya adalah seorang lelaki berambut dan berjanggut perang yang dipintal empat. Mayat-mayat ini menjadi mumia secara semulajadi kerana cuaca Gurun Taklamakan yang kering dan sejuk hingga menampakkan mayat-mayat ini seolah-olah dalam keadaan tidur sahaja.



Mumia lain juga menakjubkan dan satu mumia yang dikenali sebagai The Beauty of Xiaohe, Ia dijumpai oleh pasukan penyelidik China sekitar tahun 2000 dengan keadaan jasadnya sangat baik. Ia dilitupi pakaian musim sejuk dengan kulit, bulu mata dan rambut yang masih utuh. Kerana kecantikan mumia ini, salah seorang aerkeologi kononnya sempat jatuh cinta!!


Hasil daripada ujian Carbon Dating (Pentarikhan Karbon) amat mengejutkan sekali. The Beauty of Loulan dan Xiohe dianggarkan berusia tidak kurang dari 3000 tahun. Selidikan lanjut menunjukkan bahawa Ras Kaukasia ini mendiami lembah Tarim 1000 tahun yang lebih awal daripada orang-orang Asia Timur. Perkahwinan antara keduanya diperkirakan berlaku, justeru kedua-dua ras ini dijumpai dalam satu kubur.

Analisa genetik menghuraikan bahawa mumia di Lembah Tarim diandaikan datang secara terus dari dataran Eropah, buktinya dengan persamaan aksesori mereka dengan bangsa Kelt di Eropah Barat. Meraka dikatakan berasal dari sekitar Laut Kaspia dan Laut Hitam, pada masa sekarang dikenali sebagai Ukraine dan Bulgaria. Sebahagian dari suku bangsa ini berkembang ke Eropah dan sebahagian lagi mengungsi hingga ke Benua China. Mumia dari generasi yang lebih muda memperlihatkan terdapat perkahwinan campur antara populasi Eropah dan Siberia dan lebih mengejutkan beberapa mumia itu memiliki gen Mesopotamia. India dan beberapa tempat yang tidak dapat dipastikan. Ini menunjukkan bahawa Lembah Tarim dahulunya merupakan Crossing Point laluan migrasi manusia.

Persoalannya, siapakah mereka? Physical antropoligst dan ahli bahasa menyatakan bahawa mereka adalah leluhur kepada bangsa Tokaria. Mereka mendapati bahawa populasi Eropah dan Asia pada awalnya berkembang secara eksklusif, terasing antara satu sama lain tanpa pencampuran. Di luar dugaan orang-orang Indo Eropah telah mendiami wilayah Asia Tengah hingga ke perbatasan China 1700 tahun sebelum lalu sutera wujud. merekalah yang memperkenalkan pengetahuan pembuatan tembaga dan penggunaan kuda ke China.

Orang China mencatatkan mereka sebagai Bangsa Yuezhi. Dinyatakan mereka mulanya tinggal di Lembah Tarim hingga sekitar tahun 500 Sebelum Masihi, namun terpaksa berpindah ke Asia Tengah dan Utara India ekoran kewujudan gerombolan Xiongnu iaitu persekutuan suku-suku Turki dan Mongol. Di abad ke-5 SM, sebahagian bangsa Tokaria memeluk agama Buddha dan menyebarkannya dari India ke China. Sebuah lukisan kuno menunjukkan pendeta Buddha dengan ciri fizikal Kaukasia berdampingan dengan pendeta berciri fizikal Mongoloid.


Di zaman moden ini, suku Uyghur di China mendakwa bahawa mereka adalah keturunan dari bangsa Tokaria  walaupaun kajian menyatakan mereka berasal sumber populasi yang berbeza. Perkawinan antara bangsa Tokaria dengan suku-suku Turki, Mongolia, Iran dan dataran India yang terjadi membuatkan bangsa ini akhirnya ‘terserap’ ke populasi Asia Tengah dan Selatan. Justeru itu di zaman moden ini orang-orang Iran, Afghan, Uzbek, Tajik, Punjabi, Uyghur, dan sebagainya memiliki ciri fizikal campuran antara Eropa dan Asia.

Friday, January 24, 2014

Fosil Labah-Labah yang RARE dijumpai!!

Satu fosil labah-labah (jantan) gergasi telah dijumpai di Daohugou, pedalaman  Mongolia. Penemuan ini mengejutkan saintis dan kini mereka telah mencadangkan satu nama spesis baru yang dipanggil Mongolarachne. 


Fosil Labah-Labah Gergasi (Jantan)

Penemuan fosil ini adalah cari gali yang lebih lanjut mengenai fosil labah-labah (betina) gergasi yang dijumpai  di kawasan sama pada 2011. Usia fosil labah-labah gergasi (betina) itu dianggarkan berusia 165 juta tahun dan tergolong dalam spesis Nephila seakan-akan spesis labah-labah yang sama Nephilidae dan ianya telah digelar sebagai Nephila Jurasicca. Namun semua nama-nama ini terbatal setelah penemuan fosil labah-labah jantan itu.

Saiz fizikal fosil jantan itu tidak menunjukkan ia dalam spesis Nephila dan saintis mendapati ianya berada dalam jenis spesis yang lain. Perkara ini ditimbulkan kerana perbezaan jantina yang tidak sepadan dengan mana-mana spesis Nephila moden.

Fosil Labah-Labah betina

Perbezaan jantina unggas ini telah membuatkan Prof. Paul Seldan daripada Kansas University telah mencadangkan satu nama spesis baharu buat labah-labah tersebut sebagai Mongolarachne daripada keluarga Monggolarachnidae dan spesis ini ada beberapa persamaan dengan labah-labah spesis sama tetapi dalam keluarga Denophidae.

Fosil labah-labah dianggap sukar ditemui memandangkan komposisi yang mudah rosak, namun yang rare bagi kedua-dua fosil yang berusia 165 Juta didalam debu-debu Gunung Berapi!! 

Adalah dipercayai, kedua-dua fosil ini terpendalam dalam dasar tasik yang membolehkan badan labah-labah ini terselamat dari proses luluhawa bumi.

Monday, January 20, 2014

Pokok keluarkan DUIT!!

Pokok berbuahkan duit atau Pokok mengeluarkan duit, mesti ramai menyangkalnya. Tetapi ini kejadian benar-benar berlaku di mana ia mengeluarkan DUIT!

Kejadian ini berlaku di United Kingdom (UK) di mana terdapat pokok yang mengeluarkan duit dari kulitnya....benarkah begitu?

Dari jauh pokok ini kelihatan biasa....

Iya... kejadian ini, benar-benar berlaku. Tetapi ia tidak terjadi dengan sendirinya. Ia adalah perbuatan manusia jua.. :)

Pokok-pokok ini sebenarnya telah "dipasak" dengan syiling oleh orang-orang yang mempunyai niat yang tersendiri dan ia dikaitkan dengan kepercayaan mistik masyarakat UK. Jadi, jangan ingat kat Malaysia je percaya alam mistik atau superstitious, masyarakat UK juga sebegitu juga.

Menurut BBC, pada kurun ke-17, masyarakat Scotish akan mempasak florin ke pokok sebagai persembahan dengan harapan untuk mengelakkan penyakit. Amalan ini tidak dapat dipastikan menjadi sebaliknya ia diteruskan sebagai tradisi.

Syiling yang telah dipasak ke pokok!

Kebiasaannya masyarakat Scottish ini akan ke hutan dan pasak syiling mereka ke pokok-pokok tertentu. Walaupun ia dibuat kerana kepercayaan mistik, ia telah membuatkan pokok-pokok ini kelihatan unik dan menarik. 







Kebanyakkan amalan ini diteruskan di daerah Cumbri dan Portmeirion, United Kingdom. Walaupun ia dikaitkan dengan perbuatan tahyul, tetapi ia telah menjadi tradisi lain seperti melekatkan padlock mangga di jambatan,  mencampakkan syiling kedalam perigi ataupun mempasakan syiling ke pokok, ia telah membuatkan masyarakat UK mempunyai ragam budaya yang berbeza... namun ia Unik...

**Manusia memang pelik...suka sangat lakukan perbuatan sia-sia... Elakkan dari perbuatan sia-sia, Allah s.w.t. telah melarangnya!

Friday, January 17, 2014

ILMU HUTAN


Pengalaman masuk hutan, berkawan ngan bebudak asli ni, dan termasuk kengkawan yg memang askar, banyak benda yg saya belajar..iaitu,

  1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.
  2. Ular tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli.
  3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar.
  4. Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli.
  5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli.
  6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.
  7. Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar..
  8. Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar.
  9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli.
  10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain.
  11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman.
  12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli.

Ok, masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni..).

1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dari paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..


8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi...


Credit : The Patriot dan Harry Lord

Thursday, August 1, 2013

Pintu Syurga selebar 1273KM!!



Sheikh Abdel Majid al-Zindani, merupakan pengarah projek Scientific Miracles in the Quran and Hadith, Universiti King Abdul Aziz Jeddah, Saudi Arabia telah mengumumkan satu lagi penemuan saintifik yang telah beliau temui yang membuktikan kebenaran kenabian Nabi Muhammad saw, melalui hadith yang menceritakan tentang jarak antara dua pintu syurga.

Kemajuan didalam bidang sains dan angkasa dizaman kini telah membuktikan sabda Rasulullah saw yang telah baginda sampaikan sejak 1400 tahun yang lalu. Padahal baginda adalah seorang nabi yang diutuskan sebagai ummi, yang tidak tahu membaca dan menulis sebelumnya.

Sheikh Zindani telah membawa satu hadis dalam Sahih Muslim dan diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda (dengan maksud):


“Demi Dzat yang jiwaku ada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu syurga seperti antara Makkah dengan Hajar, atau seperti antara Makkah dengan Bushra.”
(HR. Muslim no. 287)

Sheikh tersebut mengatakan Nabi Muhammad s.a.w memberikan jarak antara dua pintu syurga adalah sama jaraknya Makkah dan Hajar yang berada di sebelah timur (sekarang ini Qatar dan Bahrain), dan juga jarak antara Makkah dan Bushra yang berada di sebelah utara.

Sesuai hadis ini, maka jaraknya sama seperti jarak antara Makkah dan Hajar atau sama dengan jarak antara Makkah dan Bushra (Jarak Makkah ke Hajar = Jarak Makkah ke Bushra).

Beliau mengatakan adalah sukar untuk mengukur jarak yang jauh antara dua tempat melalui jalan darat kerana terdapatnya halangan seperti bentuk mukabumi, jarak yang tepat hanya boleh diperolehi melalui pengukuran dari udara yang tidak mungkin dapat dilakukan pada zaman tersebut.

Beliau mengatakan dengan adanya kapal terbang dan satelit dalam abad 20 ini jarak tersebut dapat dihitung dengan tepat.

Ukuran dengan Google Earth membuktikannya, bahawa adalah benar jarak Makkah-Hajar tepat sama dengan jarak Makkah-Bushra, iaitu keduanya memiliki jarak yang sama, 1273 km!

Bagaimana mungkin seorang manusia di padang pasir Arab dapat dengan tepat mengukur jarak dua tempat itu, jika tidak kerana bantuan, pemberitahuan dari Allah Yang Maha Pencipta yang mencipta langit dan bumi dan seluruh alam ini!

Jarak Keluasan Pintu Syurga
 Sumber FB Kaki Dotcom

Tuesday, July 30, 2013

Saintis NASA ‘Menemukan’ Terompet Sangkakala Malaikat Israfil


JANGKA MASA ALAM SEMESTA


Peristiwa mengerikan yang akan terjadi pertama kali pada hari kiamat adalah ditiupnya sangkakala (ash-shur) oleh malaikat Israfil atas perintah Allah.

Makna ash-shur secara etimologi (bahasa) adalah al-qarn (tanduk). Sedangkan menurut istilah syariat, yang dimaksud adalah sangkakala yang sangat besar yang malaikat Israfil telah memasukkannya ke dalam mulutnya (siap untuk meniupnya), dan dia sedang menunggu kapan dia diperintahkan untuk meniupnya. (Syarh Lum’atul Itiqad karya Ibnu Utsaimin, hal. 114)

Makna ini disebutkan dalam hadits shahih dari Abdullah bin ‘Amr, dia berkata:
Seorang badui bertanya: “Wahai Rasulullah, apa itu ash-shur?” Rasulullah menjawab: “Tanduk yang akan ditiup.” (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Abu Dawud. Hadits ini disebutkan dalam Al Jami Ash Shahih 6/113-114, karya Asy Syaikh Muqbil)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ilmuwan NASA ‘Menemukan’ Trumpet Sangkakala Malaikat Israfil

Wilkinson Microwave Anisotropy Probe (WMAP) adalah alat yang merupakan sebahagian dari program atau misi NASA untuk melihat Kosmologi (kajian tentang sifat alam semesta) secara keseluruhan. Projek ini melakukan pemantauan terhadap alam semesta untuk menemukan bentuk sebenarnya dari alam semesta. Sebabnya ramalan umum selama ini mengatakan bahawa alam semesta berbentuk bulat-bundar atau ramalan lain menyatakan bentuknya adalah datar.

Dengan menggunakan WMAP, mereka memperoleh sebuah kesimpulan yang sangat menghairankan, kerana hasil penelitian tersebut menemukan bahawa alam semesta ini berbentuk seperti terompet.

Pada bahagian hujung belakang wilayah ‘trumpet’ alam semesta itu merupakan alam semesta yang tidak dapat diamati (unobservable), sedang bahagian depan, di mana bumi dan seluruh sistem suria berada merupakan alam semesta yang boleh diamati (observable).

“Dan ditiuplah sangkakala, Maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu putusannya masing-masing.” (Az Zumar: 68)

“Kami biarkan mereka di hari itu bercampur aduk antara satu dengan yang lain, kemudian ditiup lagi sangkakala, lalu Kami kumpulkan mereka itu semuanya.” (Al Kahfi: 99)

“Dan (ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkakala, maka terkejutlah segala yang di langit dan segala yang di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Dan semua mereka datang menghadap-Nya dengan merendahkan diri. (An Naml: 87)

“Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka.” (Yasin: 51)

Banyak ulama tafsir mengatakan bahwa tiupan trumpet sangkakala di ayat-ayat tadi selalu diertikan sebagai peristiwa di hari kiamat. Dr Wahbah az-Zuhaily dalam Tafsir Al Wasith menghuraikan bahawa tiupan trumpet di hari kiamat itu tiga kali: 


  • Pertama, tiupan yang menggentarkan, 
  •  Kedua yang mematikan seketika seluruh makhluk. 
  •  Tiupan ketiga tanda mulainya hari kiamat, di mana semua dibangkitkan dan dikumpulkan.

Kalau kita cermati, Al Quran menyebutkan bahawa tiupan itu selalu “di dalam” trumpet, “Wanufikha fi-shshuuri”. Mengapa terompet? Mengapa di dalam (Fi)?

Pasukan WMAP mengamati pola titik-titik panas dan sejuk radiasi microwave kosmik, yang berupaya menggambarkan bentuk alam semesta 380.000 tahun setelah Big Bang. Projek WMAP dari NASA membuat peta titik-titik tadi secara jelas dan lengkap, hasilnya ialah pola itu cenderung memudar, yakni tidak ada titik panas dan dingin yang tampak melebihi jarak rentang 60 darjah. Ini dapat disimpulkan bahawa ketika mengembang, alam semesta terulur panjang. Sempit di awal dan kemudian makin lebar seperti corong. Mirip bentuk trumpet abad pertengahan. Hal ini tentu menyangah ramalan selama ini yang menyatakan bahwa bentuk alam semesta seperti bola (bulat) yang mengembang ke segala arah.

Pasukan WMAP yakin bahawa alam semesta bukanlah berbentuk bola, tetapi berbentuk trumpet. Alam semesta bukan meluas tak terbatas, tetapi dibatasi oleh hujung trumpet. Jadi, alam semesta ada awal dan akhirnya. Hanya Allah yang tidak berawal dan berakhir, “Huwal awwalu wal akhiru”.

“Sesungguhnya telah datang kepada kalian cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. Dengan Kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari keadaan gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” (Al Maidah: 15-16)

“Itulah Kitab yang tidak ada keraguan di dalamnya, sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al Baqarah: 2)

“Sesungguhnya Al Quran itu adalah kitab yang mulia. Yang tidak datang kepadanya kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.” (Fusshilat: 41-42)

Maha Benar Allah atas segala Firman-Nya
Editor: Farid Zakaria
Credit Info & Picture © NASA / WMAP Science Team (http://map.gsfc.nasa.gov/media/060915/index.html)

Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...