Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Sunday, January 19, 2014

Etika Photographer : "By Accident or By Cause"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kami sebenarnya sedang menyediakan beberapa artikel yang berkaitan dengan sejarah negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Penyediaan artikel sejarah tidak boleh dilakukan secara semberono. Justeru itu,kami mengambil sedikit masa untuk mengekalkan ketajaman fikiran untuk terus mencerna maklumat dalam penghasilan artikel sejarah. 

Jadi, kami tampilkan satu artikel yang berkenaan dengan etika dan memilih untuk kongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian tentang Ethic of Photographer.

Jurugambar ataupun Photographer merupakan satu kerjaya profesional di mana banyak negara mengiktiraf pernana mereka dalam menyalurkan maklumat. Kata orang "Sekeping gambar membawa 1000 maksud" yang bererti, sekeping boleh mencetuskan pelbagai persepsi dan itulah sebenarnya kerjaya seorang Photographer.

Satu cabang fotografi yang popular adalah "Street Photo" iaitu rakaman gambar secara rawak yang dikenali sebagi candid. Kebanyakkan gambar ini dirakamkan ditempat terbuka seperti padang, stadium, majlis kahwin, atau yang lebih adalah di tempat yang mejadi tumpuan awam. Gambar-gambar Street Photo ini sering kali mendapat perhatian umum hingga ada Photographer diberi anugerah sebagai menghargai usaha mereka dalam menyelami kehidupan sesebuah masyarakat.

Photo : Paul Hansen
Gambar di atas dirakamkan oleh Paul Hansen seorang jurugambar daripada Sweeden. Gambar ini telah memenangi Swedish Pictures of The Year Awards 2011. Kelihatan dalam gambar ini adalah jasad Fabienne, 14 tahun. Dia dikatakan telah dibunuh oleh Polis Haiti kerana mencuri dua kerusi dan beberapa keping gambar dari sebuah kedai semasa Haiti dilanda gempa bumi pada 2011. 

Bagaimanapun, gambar ini telah mencetuskan kontroversi dan paling dipersoalkan adalah tentang etika dan kemanusiaan....

Photo : Nathan Waber
Inilah hakikat sebenar ketika gambar yang memenangi anugerah itu dirakam. Ianya bukan dirakam oleh Paul Hansen seorang tetapi oleh 14 Photographer lain. Benar, mereka ke Haiti adalah untuk misi kemanusiaan dan mereka menyumbang melalui karier mereka sebagai Journalist. 

Di Sweden, mereka persoalkan "Adakah Orang akan memberi sumbangan sekiranya gambar itu tidak diterbitkan?" Pedebatan mereka kelihatan mengenai nama dan pride. Namun, sebagai manusia patutkah kita berkelakuan seperti ini tatkala melihat sekujur jasad... kenapa tidak dikelubungkan jasad ini?

Photo : Cactus Wangi
Mungkin gambar ini kelihatan tidak menarik untuk disiarkan. Tetapi jelas ia adalah sekeping gambar yang menyatakan tentang satu kemalangan jalan raya berhampiran Eindhoven, Nederland. 3 keping gambar ini adalah untuk menyatakan tentang "By Accident or By Casue"

Wednesday, July 31, 2013

Tips Keselamatan : PECAH RUMAH



Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2013 bakal menjelma tidak lama lagi. Ramai antara kita sudah mula mencongak hari untuk pulang bercuti ke kampung dan destinasi tujuan masing-masing. Namun, ada di antara kita mengambil mudah akan aspek keselamatan RUMAH semasa kita pulang untuk berhari raya di kampung halaman.

Kali ini kami kongsikan sedikit tips untuk mengelakkan kejadian Pecah Rumah sewaktu kita pulang bercuti.

Bila kes pecah rumah sering berlaku :-
  1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam. 
  2.  Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
  3.  Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.

Langkah anda sebagai penghuni rumah yang berwaspada :-
  1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat. 
  2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah. 
  3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah. 
  4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari. 
  5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar. 
  6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor. 
  7. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas di peti simpanan keselamatan. 
  8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna “timer”, alat kawalan waktu). 
  9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah). 
  10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis. 
  11. Minta jiran tolong tengokkan rumah sepanjang ketiadaan anda di rumah dan kutip surat dalam peti surat, jika ada. 12. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.

Perlindungan keselamatan keadaan rumah:
  1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti. 
  2. Pasangdoor viewer’ dan penyelak di pintu utama. 
  3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah. 
  4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah. 
  5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan ‘CCTV’. 
  6. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh. 
  7. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh. 
  8. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.

Ikuti perkembangan aktiviti polis ketika musim perayaan untukmengetahui akan program RakanCop serta program keselamatan Balik Kampung,terutamanya ketika musim perayaan.

Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...