Thursday, May 15, 2014

TOK KU PALOH, ULAMA BESAR PEJUANG BANGSA

Tok Ku Paloh

Pendahuluan.
Tidak lama dahulu, pejuang bangsa Melayu terdiri daripada ulama dan Tokoh agama. Perjuangan mereka dahulu adalah untuk menghalang penguasaan penjajah kafir daripada Britian yang semakin mencengkam pada waktu itu.

Diperhatikan dari tahun 1850-1930an kawasan Pantai Timur atau juga dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu tidak bersekutu giat bangkit memperjuangkan hak mereka sendiri, setelah melihat pemerintahan negeri semakin dikuasai oleh kafir British.

Perjuangan mereka juga adalah seruan jihad daripada Khalifah Turki Uthmaniyah pada waktu itu, dan kebanyakkan ulama yang menjadi pemimpin kebangkitan ini mendapat pendidikan di luar Tanah Melayu ini dan kebanyakkan mereka mendalami ilmu agama Islam di negara Islam yang pada waktu itu dibawah naungan Turki Uthmaniyah.

Siapa Tokku?
Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad al-Aidrus adalah nama penuh beliau dan juga dikenali dengan beberapa nama antaranya; Engku Sayyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik, dan Syeikh al-Islam Terenganu.

Dilahirkan di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu pada tahun 1817 [1236 Hijrah] merupakan anak kepada Sayyid Muhammad bin Sayyid Zainal Abidin al-Aidrus yang juga dikenali sebagai Tok ku Tuan Besar yang juga seorang kenamaan. Mengikut catatan lain, Tokku Paloh merupakan nasab yang ke-32 daripada Rasulullah s.a.w. di kalangan keluarga al-Aidrus.

Antara adik beradik kandung beliau:

  • Sayyid Zainal Abidin al-Aidrus (Engku Sayyid Seri Perdana)
  • Sayyid Ahmad al-Aidrus (Tok Ku Tuan Ngah Seberang Baruh)
  • Sayyid Mustafa al-Aidrus (Tok Ku Tuan Dalam)
  • Tuan Embung Abu Bakar (Tuan Embong Solok @ Tok Ku Tuan Kecik@Tuan Nik)

Pendidikan
Pada peringkat awal, Tok ku menerima didikan awal daripada ayahanda beliau sendiri yang pada waktu merupakan Ketua Ulama Terengganu. Selain itu, beliau juga menerima didikan mengenai Islam dari Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani atau Tok Syeikh Duyung.

Setelah itu, melanjutkan pelajaran ke Mekah. Di sini beliau telah bersahabat dengan Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathaniyang juga merupakan bapa kepada Syeikh Ahmad. Selain itu, Tok Ku Paloh juga bersahabat dengan Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Nik Mat Kecik Fathani dan ramai lagi.

Selama  10 tahun beliau menuntut Ilmu dengan Ulama-Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dan telah menguasai berbagai cabang Ilmu Agama Islam seperti Tauhid, Feqah, Tasawuf,Tasir, Nahu, Sarah dan pelbagai lagi. Sumber menyatakan bahawa Tok Ku begitu arif dalam ilmu Tasawuf dan Ilmu Tariqat dan telah mengarang risalah mengenai persoalan kerohanian.

Menabur Bakti
Tok ku telah pulang ke Terengganu sebagai seorang Ulama Besar yang warak dan terkenal sebagai pemimpian Tareqat Naqsyabandiah dengan menjadikan  masjid peninggalan ayahandanya di Kampung Cabang Tiga [Masjid Simpang Tok Ku] sebagai pusat pengajaran beliau. Status beliau sebagai anak kepada Ketua Ulama Terengganu dan beliau sendiri sebagai seorang Ulama telah membuatkan Tok Ku juga menjadi tempat rujukan orang ramai termasuk pembesar Istana Terengganu pada waktu itu.

Sultan Zainal Abidin III
Hubungan Tok Ku Paloh dengan Sultan Zainal Abidin III sangat erat sama seperti hubungan antara Tok Ku Pulau Manis dengan Sultan Zainal Abidin I [1725-1724]. Diriwayatkan, Tok Ku Paloh bersama Sayid Abdullah [Menteri Besar pada waktu itu] telah mengetuai sokongan perlantikan Sultan Zainal Abidin III sebagai Sultan Terengganu menggantikan Sultan Ahmad Syah II [1876-1881]. Berkat sokongan dua pemimpin ini, Sultan Zainal Abidin kekal memerintah hampir 37 tahun walaupun ketika baginda dilantik baru berusia 16 tahun dan ini adalah berkat kerana menerima pandangan dan pendapat daripada Ulama.

Ketika Sultan Zainal Abidin III menaiki takhta, Tok Ku belum menyandang apa-apa jawatan rasmi dalam Kerajaan Terengganu, namun sebagai Tokoh Agama, beliau sudah berpengaruh di kalangan para pembesar Terengganu pada masa itu. Selepas itu, beliau telah dilantik sebagai Ketua Ulama dan seterusnya dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Negeri dalam pentadbiran kerajaan Sultan Zainal Abidin III secara tidak langsung beliau bertanggung jawab membantu kerajaan mentadbir rakyat dan negeri.

Selaku Ulama, beliau menjadi tempat rujukan Sultan dan menjadi orang yang bertanggungjawab dibelakang keputusan yang dibuat oleh Sultan dalam pelbagai perkara terutama dalam dasar luar negeri. Ini terbukti apabila Tok Ku Paloh membuat keputusan yang berani dengan memberi perlindungan kepada pahlawan-pahlawan dari Pahang iaitu Dato Bahaman, Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau, yang bangkit mempertahankan hak semasa mereka berundur akibat tekanan daripada pihak berkuasa. Semasa dalam perlindungan di Paloh, mereka telah berguru dengan Tok Ku.

Budak Raja
Dalam memastikan Paloh terhindar daripada perbuatan maksiat dan perlanggaran undang-undang telah mencontohi perbuatan Khalifah Umar al-Khattab r.a. Tok Ku Paloh telah menubuhkan satu pasukan penguatakuasaan yang bertindak seperto Polis hari ini yang dikenali sebagai  “Budak Raja” yang bertanggungjawab menjaga keamanan Paloh. Diriwayatkan Tok Ku gemar keluar malam, malah pada hari tertentu beliau akan berselubung kain kepala untuk meninjau kehidupan masyarakat seperti mana apa yang dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab dan Budak Rajalah yang akan diberi tugasan bagi menyempurnakan tugasan hasil daripada tinjauan Tok Ku itu.

Selain itu, Tok Ku Paloh juga mempunyai Mahkamah Keadilan sendiri di Paloh dan beliau diberi mandat oleh Sultan untuk menyelesaikan permasalahan penduduk di Paloh serta mengadili  pesalah laku di kawasan pentadbirannya. Begitulah kepercayaan Sultan kepada Tok Ku Paloh.

Dalam kehidupan, Tok Ku Paloh lebih rapat dengan Sultan berbanding soal pentadbiran, dan ini diperkuatkan lagi dengan salah seorang kekanda Sultan Zainal Abidin, iaitu Tengku Mandak juga salah seorang isteri kepada Tok Ku. Malah Baginda Sultan juga menyerahkan Tengku Sulaiman kepada Tok Ku untuk dijadikan anak angkat. Tengku Sulaiman kemudiannya menjadi Sultan Terengganu yang ke-13 memerintah dari 1920-1942. Begitulah eratnya hubungan Tok Ku Paloh dengan Sultan Zainal Abidin.

Tok Ku Paloh menghembus nafas terakhir pada Bulan Zulhijjah 1335H bersamaan September 1917 pada usia 102 tahun.

Ulasan penulis
Tok Ku Paloh adalah antara penggerak utama dalam menyekat penguasaan British. Dapatan kami menunjukkan bahawa Tok Ku Paloh bersahabat dengan Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani yang juga merupakan bapa kepada Syeikh Ahamd al-Fathani yang terkenal sebagai guru kepada Tok Kenali dan Tok Janggut.

Syeikh Muhammad Zain ini adalah anak kepada Syeikh Mustafa bin Syeikh Muhammad seorang Panglima Istana Patani. Selepas Patani menghadapi ancaman daripada Siam, Syeikh Muhammad Zain telah berhijrah ke Kota Mekah bersama keluarga beliau dan mendidik Syeikh Ahmad dengan pelbagai ilmu sebagai menjadi warak dan ternama di Kota Mekah.

Pendek kata, sahabat-sahabat Tok Ku ini tidak pernah surut semangat perjuangan mereka (Jihad) demi tanah air, bangsa dan agama. Siam adalah ancaman buat negeri Pantai Timur dan British pada masa itu baru mula bertapak di negeri Pantai Timur. Perjuangan ulama-ulama terdahulu bukan kerana kenaikan cukai, rampasan kuasa atau ramapasan tanah. Mereka berjuang untuk menyekat Pengaruh British dari menyesatkan pemikiran bangsa Melayu dan merendahkan Islam.


Tokoh Silam adalah cerminan kita pada hari ini. Sedikit demi sedikit kini kita bangkit...

Sumber:
1) Abdul Ghani Said - 7 Wali Melayu; Mahbook Publication, 1993
3) Zihan1975

Tuesday, February 25, 2014

Episod 2 : Adruja Wijayamala Singha - Siapa Raja Rama Khamheng

Raja Rama Khamheng
Pendahuluan
Semenjak zaman Deman Lebar Daun lagi, Raja Surandera (1233-1253) telah diberi kuasa untuk memerintah di Jawaka iaitu sebuah kawasan di Utara Semenanjung Tanah Melayu atau lebih tepat di Segenting Kra, kemudian diganti oleh Maharaja Sakranta (1253-1267) dan diteruskan oleh Raja Thilam (1267-1335).

Kerajaan Jawaka juga dikenali sebagai GRAHI semenjak dari zaman Raja Surendra yang membawa hagemoni Sriwijaya di Semenanjung Tanah Melayu ketika hayat Deman Lebar Daun lagi. Kewujudan Grahi ini pastinya menimbulkan perseteruan dengan negara serantau dan dalam hal ini Siam Sukhotai menjadi ancaman utama kepada kekuasaan Grahi di Segenting Kra. Ancaman Sukhothai terhadap Grahi telah bermula apabila Raja Rama Khamheng mula memperluaskan kuasanya ke Selatan seawal pemerintahan Maharaja Sakranta.

Rama Khamheng
Bangsa Melayu mengenali Raja Siam ini sebagai Raja yang Zalim dan banyak sejarah mencatatkan ianya sebegitu, namun jarang kita mengetengahkan latar belakang Raja Sukhothai ini. Mengikut catatan Siam, Rama Khamheng dilahirkan pada 1237 atau 1247 dan tarikh kematiannya mungkin dikaburkan dalam sejarah Siam hanya dicatat mangkat pada 1298.

Nama penuhnya Pho Khun Ram Khamheng merupakan Raja Sukhothai yang ke-3 selepas diasaskan oleh ayahnya  Raja Sri Indraditya, ibunya bernama Permaisuri Sueang dan mempunyai dua saudara lelaki dan dua saudara perempuan. Abangnya yang tua, telah meninggal sewaktu kecil dan abangnya yang kedua, Ban Muang telah menggantikan ayahanda mereka pada 1257 dan mangkat pada 1277. Kemudian Rama Khamheng telah menaiki takhta menggantikan Ban Muang. Tarikh sebenar beliau menaiki takhta Sukhothai masih samar-samar dan ada pendapat dari sejarahwan Thailand bahawa Rama menaiki takhta pada 1279 iaitu pada tahun beliau menanam "pokok Thal atau Pokok Kabung" sebagai simbolik kepada pertabalan Raja Siam. Mengikut Prasoet Na Nakhon iaitu Institut Adat Istiadat Di Raja Thai menyatakan bahawa setiapa kali pertabalan, Raja yang ditabal akan menanam pokok Beringin atau pokok Kabung ini dengan harapan kekuasaan mereka akan kekal seperti mana usia pokok tersebut.

Ketika berusia 19 tahun, beliau telah terlibat dengan usaha ayahandanya untuk menakluki bandar Sukhothai yang pada waktu itu merupakan taklukan Khmer. Sumbangan beliau dalam serangan ini amat besar hingga mendapat gelaran Phra Ram Khamheng yang bermaksud Rama yang Berani. Semasa pemerintahan abangnya, Ban Muang, Ram Khamheng diberi kuasa untuk memerintah di Sit Sat Chanalai. 

Hubungan Sukhothai dengan China
Semasa pemerintahan Ramkhamheng, Sukhothai telah menjalinkan hubungan dengan China sewaktu pemerintahan Dinasti Yuan, sebuah Empayar Mongol dan berlakulah pemindahan teknologi antara kedua-dua kerajaan ini, paling menonjol adalah pemindahan kepakaran membuat barangan seramik ke Sukhothai yang dikenali sebagai Sangkhalok. 

Perluasan kuasa Sukhothai dilakukan bersama-sama Ban Muang dan Ramkhamheng, dimana Raja Rama meluaskan kuasa Sukhothai kearah Selatan manakala Ban Muang ke arah Utara. Kerajaan Sukhothai pada masa tersebut mendapat sokongan daripada orang-orang Mon dibawah Wareru yang dikatakan telah berkahwin dengan puteri Khamheng ketika melarikan diri daripada penguasaan Kerajaan Pagan yang kemudiannya dikenali sebagai Negara Pegu.

Jelas disini bahawa Alam Melayu menghadapi pelbagai ancaman selepas keruntuhan Sriwijaya. Pagan menyerang Mon, Sukhothai dari China menyerang pendudukan Khmer di Segenting Kra, yang kekal adalah JAWAKA yang juga dikenali sebagai GRAHI dalam chronic China dapat menangkis ancaman daripada Sukhothai sewaktu pemerintahan Maharaja Sakranta dan terus bertahan sehingga pemerintahan Raja Thilam@Sang Tawal.

Khamheng Menyerang Selatan
Raja Rama Khamheng sememangnya diberikan kuasa untuk memerintah Sukhothai bersama abangnya dan beliau memainkan peranan untuk meluaskan kuasa Sukhothai ke selatan iaitu ke Semenanjung Tanah Melayu.

Usaha ini berkemungkinan dilaksanakan sejak dari awal lagi iaitu ketika Maharaja Sakranta yang juga dikenali sebagai Sultan Aminuddin (1253-1267) memerintah Grahi. Namun ekspansi Sukhothai ini dapat dipatahkan dan diteruskan oleh Raja Thilam yang popular dengan gelaran Sang Tawal (1265-1335). Adruja Wijayamala Singha dilahirkan ketika Grahi tidak lekang dari usaha mematahkan serangan Sukhothai yang hari demi hari semakin rancak melakukan penaklukan.

Sang Tawal telah mengarahkan satu pembinaan Kota yang kukuh untuk menghalang serangan Sukhothai dari menceroboh ke Semenanjung Tanah Melayu. Setelah kota ini siap didirikan, ia dinamakan sebagai Kota Grahi. Kota ini memang terkenal sehingga tercatat dalam cronik China yang dikenali sebagai kia-lo-hi.

Setelah kemangkatan kekandanya Phra Ban Muang, Ram Khamheng telah ditabalkan sebagai Raja Sukhothai baru dan usaha meluaskan kuasa ke Selatan semakin rancak...hinggalah kepada perjuangan terakhirnya dengan Adruja Wijayamala Singha!

Bersambung... 
Dicatatkan seawal
http://en.wikipedia.org/wiki/Ram_Khamhaeng
http://en.wikipedia.org/wiki/Sukhothai_Kingdom
http://sejarahbangsamelayuyanghilang.blogspot.nl/2011/12/adruja-wijayamala-singa-puteri-wirawati.html

Monday, February 17, 2014

Pengenalan : Adruja Wijayamala Singha - Siapakah Gerangannya?

ADRUJA WIJAYAMALA SINGA

Pengenalan-Siapa Adruja
Srikandi Melayu yang paling masyhur dalam Sejarah Kelantan dan antara yang popular di Malaysia adalah Che Siti Wan Kembang. Nama ini merujuk kepada beberapa individu yang menggunakan nama yang sama dan masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Artikel ini pula menumpukan kepada sosok individu yang mempunyai konflik dengan Raja Siam zaman Ayuthaya, Raja Khamheng. Sosok yang dimaksudkan adalah Adruja Wijayamala Singa yang juga dikenali sebagai Che Siti Wan Kembang I.

Banyak penulisan telah dihasilkan mengisahkan siapa sebenarnya Adruja ini. Artikel ini pula mengambil pendekatan menyelidik dari awal iaitu tentang Maharaja Sang Tawal. Penghuraian artikel ini adalah berdasarkan Royal Ark yang memuatkan hampir keseluruhan data tentang Keluarga DiRaja seluruh dunia ini walaupun ada mendakwa ia tidak lengkap dan tidak tepat. Benar atau tidak dakwaan itu, laman tersebut menjadi rujukan utama dalam mengkaji genealogy atau salasilah. Selain dari itu, kami juga merujuk kepada buku Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Penting terbitan Muzium Kelantan 1981. Sumber ini lebih awal dari munculnya nama Grahi itu.

Sumber : Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Perinstiwa Penting, MuziumKelantan 1981

















Berdasarkan dari Salasilah ini, Cik Siti Wan Kembang@Dewi Durga@Raden Galuh Gemerchang@Hulubalang Tunggal@Arduja Wijayamala Singa adalah keturunan pemerintah Kelantan zaman berzaman. Keturunan Adruja Wijamala Singa bermula dari Maharaja Srimat Trailokyaraja yang juga Maharaja Bukit Siguntang (hingga 1233), kemudian dititihkan kepada moyang beliau iaitu Raja Surendra@Maharaja Suran pemerintah kerajaan Jawaka (1233-1253). Datuknya pula Raja Sakranta juga memerintah kerajaan Jawaka (1253-1267) dan kemudian tiba pada ayahandanya, Raja Thilam yang juga dikenali sebagai Raja Sang Tawal juga Raja Malawika yang memerintah Malayur (1267-1335).

Adik beradik Arduja Wijayamala Singa@Cik Siti Wan Kembang seperti berikut:
  1. Raja Bharubhasa (Raja Langkasuka : 1335-1345) dan (Raja Kelantan : 1345-1362)                  Nama lain bagi beliau adalah: Sultan Mahmud, Raja Chermin, Sultan  Jiddah Riayat Sa’adatus Salam.
  2. Raja Singadhiraja (Sultan Sulaiman Syah), Raja Langkasuka
  3. Puteri Chandana kahwin dengan al-Malikuzahir, Raja Samudera
  4. Puteri Tapasi (Raden Galuh Anjang) kahwin dengan Jaya Sinha Warman, Raja Champa.
  5. Cik Siti Wan Kembang, Raja Kelantan Selatan : 1318-1348
  6. Puteri Linang Cahaya kahwin dengan Sayyid Jamadil Qubra.

Adruja Wijayamala Singa adalah nama dalam bahasa Sanskrit dan maksud nama itu adalah seperti berikut:

  • Adruja merupakan acronym bagi sebutan “Adhi Raja” yang bermaksud raja besar, mulia, tinggi darjatnya, yang utama, yang terbaik, dan pemuka pasukan perang.
  • Wijayamala merujuk kepada sejenis bunga seroja yang dikatakan dapat menghidupkan orang yang mati.
  • Singa pula adalah variasi kepada sebutan Simha yang bermaksud Singa, Raja segala haiwan.


Namun, kami tidak menolak akan pengisahan sejarah Cik Siti Wan Kembang melalui kajian oleh Allahyarham Dato Haji Adi Taha dan rakan-rakan seangkatannya yang menyatakan moyangnya Raja Suran yang memerintah Jawaka dan berpusat di Kota Grahi, manakala ayahanda Adruja Wijayamala Singa@CSWK. Raja Thilam adalah pemerintah ketiga Grahi.

Kerajaan di Segenting Kra
BERSAMBUNG...


Sunday, February 16, 2014

Episod 1 : Adruja Wijayamala Singha - Warisan Deman Lebar Daun

Prasasti Grahi 
Pendahuluan:
Episod pengenalan kami nyatakan akan asal keturunan Adruja Sriwijaya Mala dan kami telah sertakan satu salasilah yang berkaitan dengan Keturunan Raja-Raja Kelantan dan ia bermula dengan Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa dan beliau juga dikenali sebagai Deman Lebar Daun yang begitu masyhur dalam salasilah Raja-Raja Alam Melayu.

Siapa bernama Demang Lebar Daun ini?

Berdasarkan kepada Sejarah Melayu, Deman Lebar Daun memerintah di Palembang dan ketika waris Iskandar Zulkarnain iaitu:
  • Nila Pahlawan
  • Krishna Pendita
  • Nila Utama  
Mereka ini adalah Putera Raja Suran yang diriwayatkan turun ke dalam laut dan berkahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri, anak Raja Aftabul Ard yang memerintah Kerajaan Basram di bawah laut... diriwayatkan lagi, mereka semua telah naik ke darat dan mendarat di Bukit Siguntang, kelihatan seperti mitos namun ada yang percaya kerana ini berkaitan dengan Metafizik dan ia belum pernah dikaji secara saintifik, mungkin mitos ini ada benarnya, kerana kejadian Alam Sukar ditaakul  akal biasa.

Setelah putera-putera Raja Suran titihan Iskandar Zulkarnain mendarat di Bukit Siguntang, dalam negeri Palembang, setibanya di bukit tersebut, mereka telah disambut oleh Wan Empuk dan Wan Malini yang sedang berladang di kawasan tersebut. Dipendekkan cerita, Nila Pahlawan telah berkahwin dengan Wan Empok, Krishna Pendita pula berkahwin dengan Wan Malini, manakala Nila Utama telah menukar nama sebagai Sang Sapurba.  

Perkhabaran tentang pendaratan waris Iskandar Zulkarnian telah menarik  minat Raja-Raja sekitar Palembang mengunjungi Bukit Siguntang. Mereka datang bersama ahli keluarga, Sang Sapurba telah mengambil puteri-puteri Raja yang datang dan diperisterikan oleh beliau. Raja-Raja ini tidak membantah malahan mereka rasa bertuah kerana dapat bermenantukan waris Raja yang Paling Agong dalam alam. Namun, puteri-puteri yang dikahwini oleh Sang Sapurba telah mengalami penyakit "kedal" stelah digauli oleh baginda, perkara ini berlaku kerana ketinggian daulat baginda.

Baginda Deman Lebar Daun juga tidak ketinggalan melawat Sang Sapurba, dan ditakdirkan waris Iskandar Zulkarnain itu jatuh hati kepada puteri baginda, Wan Sedari. Bimbangkan anakandanya, Deman Lebar Daun telah mengadakan satu perjanjian:

“Jikalau anak patek tuanku peristeri, nescaya kedal ia. Tetapi jikalau tuanku mahu berwa’adat (berjanji sumpah setia) dengan patek, maka patek persembahkan anak patek ke bawah duli Yang di-Pertuan.”

Mengikut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun adalah orang yang pertama menggunakan bahasa “Yang di Pertuan” dan “Patek” apabila bercakap dengan raja, kerana Sang Sapurba itu keturunan raja-raja besar… Maka titah Sang Sapurba: “Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu?”

Sembah Demang Lebar Daun: “Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di-Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinista dengan kata-kata jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Shara’.”

Sang Sapurba pun bertitah: “Akan minta bapa itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba…”“Janji yang mana itu, tuanku?”“Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”. Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah.”Titah Sang Si Perba: “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”

Begitulah tinggi martabat Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa a.k.a Deman Lebar Daun bermenantukan Sang Sapurba waris Raja yang Agong, Iskandar Zulkarnain. Tercatat dalam salasilah Kelantan bahawa Deman Lebar Daun ini mempunyai 3 orang putera juga menantu yang dominan iaitu:

  • Raja Surendra, Maharaja Jawaka
  • Sang Sapurba, Raja Palembang
  • Ken Arok, Raja Singhasari
Selidikan Lanjut
Sumber lain menyatakan bahawa Deman Lebar Daun ini merupakan Maharaja Melayu di Dharmasraya dan juga dianggap sebagai Maharaja Sriwijaya hal ini dapat dibuktikan dengan Prasasti Grahi yang bertarikh 1183 yang ditemui di Chaiya, Thailand. 

Dari segi bahasa (etimologi) Trailokya dalam Bahasa Sanskrit membawa maksud "Tiga Dunia", "Tiga Tingkatan", "Tiga Kehidupan", "Tiga Alam", & "Tiga Wilayah". 

Sejarahwan menganggap semasa pemerintahan Deman Lebar Daun ini Alam Melayu sedang mengalami perubahan kuasa, pada mula ia dikuasi oleh Sriwijaya yang dirujuk sebagai San-fo tsi dalam chronic China, telah bertukar kepada Dharmasraya.

Sekadar begini boleh kami sampaikan untuk mengenali siapa sebenarnya Deman Lebar Daun, pokoknya dari baginda lahir ramai Raja-Raja yang memerintah Alam Melayu kerana beliau adalah penguasa Alam Melayu.

Petikan Teks 
Kami kongsikan petikan daripada sejarahwan mengenai leluhur Raja-Raja Alam Melayu.

Pada tahun 1183M, berdasarkan Prasasti Grahi, menginformasikan kepada kita, Kerajaan Sriwijaya (beribukota di Dharmasyara) telah kembali bangkit, dan berhasil menguasai daerah hingga Thailand Selatan, selepas kehancurannya akibat serangan Kerajaan Chola. Pada masa itu, Kerajaan Sriwijaya-Dharmawangsa, dipimpin seorang Maharaja yang dikenal dengan nama Sri Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa. 
Para ahli genealogy percaya bahwa Sri Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa, adalah nama lain dari Maharaja Imbang Jaya atau Maharaja Sambugita,  yang disebut-sebut di dalam silsilah raja-raja Melayu 
Sekitar 100 tahun kemudian, pada tahun 1286M, berdasarkan prasasti yang ditemukan di komplek Candi Padang Roco Sumatera Barat, diketahui bahwa Negeri Sriwijaya di Pedalaman dipimpin oleh seseorang yang bergelar Sri Maharaja Srīmat Tribhuwanaraja Mauliwarmadewa.­­­  
Srī Mahārāja śrīmat tribhuwanarāja mauliwarmadewa, adalah generasi penerus Sri Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa, yang diyakini sebagai kakek dari Adityawarman (Maharajadiraja Srīmat Srī Udayādityawarma Pratāpaparākrama Rājendra Maulimāli Warmadewa), pendiri Kerajaan Pagaruyung.
Kanzunqalam.com 

Genaealogi Adruja Wijayamala Singha
Di awal artikel telah dinyatakan perkaitan Adruja dengan Srimat Trailokyaraja atau Deman Lebar Daun. Juga telah dinyatakan tentang 3 orang waris baginda iaitu, Sang Sapurba atau Sang Nila Utama adalah menantunya yang diberi kuasa memerintah di Palembang, Ken Arok memerintah di Singhasari dan Raja Surendra memerintah di Jawaka.

Adruja adalah cucu daripada Raja Surendra yang dikatakan memerintah Jawaka yang berlokasi di Utara Semenanjung Tanah Melayu, datuknya pula adalah Raja Sakranta dan ayahandanya adalah Raja Thilam yang memerintah Malayur.... Siapa mereka ini akan kami bawakan dalam pengisahan yang berasingan.

Legasi Deman Lebar Daun bukan sekadar di Bumi Suwarnadwipa tetapi ia tersebar keseluruhan daratan dan kepulauan Alam Melayu dan dari keturunan ini lahir wira-wirawati Melayu yangterbliang.


Kami adalah insan yang kerdil, menyampaikan apa yang diketahui melalui pembacaan yang terhad. Kami tidak mencari nama, kami tidak juga mencari pangkat atau mengangkat darjat. Niat kami agar anak Melayu kekal dengan jati diri sebagai seorang Melayu. 
Pada yang arif sila tegur kami, jika ada kurang, tambah lah lagi. Jangan ditempelak dengan niat untuk memperlekeh, Bangsa Melayu memang nyata!


Bersambung...

Monday, January 27, 2014

Mumia Lembah Tarim : Jejak Kuno Manusia dari Eropah di China

Aneh Tetapi Benar!

Pada tahun 1979, seorang arkeologi China, Wang Binghua telah menjelajah Gurun Taklamakan untuk mencari tinggalan peradaban di timur laut wilayah Xinjiang, China atau di Lembah Tarim. Beliau telah menemui mayat-mayat manusia zaman silam dan mengejutkan mayat-mayat tersebut berbeza dengan orang China; beliau telah menemui mumia wanita dengan struktur tulang seperti manusia dari Kaukasia dengan pengenalan seperti rambut merah, tulang pipi yang tinggil menonjol, rahang sempit, dan rongga mata yang dalam. Mumia ini telah dikenali dengan nama “The Beauty of Loulan


Dengan struktur wajah yang masih utuh, pasukan forensik tidak menghadapi sebarang masalah untuk membina semula wajahnya seperti waktu mumia itu hidup. Dengan menelitik pakaian dan organ fizikalnya, para penyelidik mendapati wanita itu menjalani fasa kehidupan yang cukup getir. Kasut dan pakaiannya telah ditampal berkali-kali, rambut berkutu, dan dalam ususnya terdapat banyak pasir, debu dan arang. Ia meninggal pada usia 40 tahun dan tidak dapat dipastikan punca kematiannya berikutan paru-parunya rosak.

1985, pasukan penyelidik telah berpindah ke bahagian Selatan Gurun Taklamakan dan lebih tepat di sebuah kawasan bernama Cherchen, para arkeologi menjumpai lagi mumia yang fizikalnya seperti orang Kaukasoid. Salah satu darinya adalah seorang lelaki berambut dan berjanggut perang yang dipintal empat. Mayat-mayat ini menjadi mumia secara semulajadi kerana cuaca Gurun Taklamakan yang kering dan sejuk hingga menampakkan mayat-mayat ini seolah-olah dalam keadaan tidur sahaja.



Mumia lain juga menakjubkan dan satu mumia yang dikenali sebagai The Beauty of Xiaohe, Ia dijumpai oleh pasukan penyelidik China sekitar tahun 2000 dengan keadaan jasadnya sangat baik. Ia dilitupi pakaian musim sejuk dengan kulit, bulu mata dan rambut yang masih utuh. Kerana kecantikan mumia ini, salah seorang aerkeologi kononnya sempat jatuh cinta!!


Hasil daripada ujian Carbon Dating (Pentarikhan Karbon) amat mengejutkan sekali. The Beauty of Loulan dan Xiohe dianggarkan berusia tidak kurang dari 3000 tahun. Selidikan lanjut menunjukkan bahawa Ras Kaukasia ini mendiami lembah Tarim 1000 tahun yang lebih awal daripada orang-orang Asia Timur. Perkahwinan antara keduanya diperkirakan berlaku, justeru kedua-dua ras ini dijumpai dalam satu kubur.

Analisa genetik menghuraikan bahawa mumia di Lembah Tarim diandaikan datang secara terus dari dataran Eropah, buktinya dengan persamaan aksesori mereka dengan bangsa Kelt di Eropah Barat. Meraka dikatakan berasal dari sekitar Laut Kaspia dan Laut Hitam, pada masa sekarang dikenali sebagai Ukraine dan Bulgaria. Sebahagian dari suku bangsa ini berkembang ke Eropah dan sebahagian lagi mengungsi hingga ke Benua China. Mumia dari generasi yang lebih muda memperlihatkan terdapat perkahwinan campur antara populasi Eropah dan Siberia dan lebih mengejutkan beberapa mumia itu memiliki gen Mesopotamia. India dan beberapa tempat yang tidak dapat dipastikan. Ini menunjukkan bahawa Lembah Tarim dahulunya merupakan Crossing Point laluan migrasi manusia.

Persoalannya, siapakah mereka? Physical antropoligst dan ahli bahasa menyatakan bahawa mereka adalah leluhur kepada bangsa Tokaria. Mereka mendapati bahawa populasi Eropah dan Asia pada awalnya berkembang secara eksklusif, terasing antara satu sama lain tanpa pencampuran. Di luar dugaan orang-orang Indo Eropah telah mendiami wilayah Asia Tengah hingga ke perbatasan China 1700 tahun sebelum lalu sutera wujud. merekalah yang memperkenalkan pengetahuan pembuatan tembaga dan penggunaan kuda ke China.

Orang China mencatatkan mereka sebagai Bangsa Yuezhi. Dinyatakan mereka mulanya tinggal di Lembah Tarim hingga sekitar tahun 500 Sebelum Masihi, namun terpaksa berpindah ke Asia Tengah dan Utara India ekoran kewujudan gerombolan Xiongnu iaitu persekutuan suku-suku Turki dan Mongol. Di abad ke-5 SM, sebahagian bangsa Tokaria memeluk agama Buddha dan menyebarkannya dari India ke China. Sebuah lukisan kuno menunjukkan pendeta Buddha dengan ciri fizikal Kaukasia berdampingan dengan pendeta berciri fizikal Mongoloid.


Di zaman moden ini, suku Uyghur di China mendakwa bahawa mereka adalah keturunan dari bangsa Tokaria  walaupaun kajian menyatakan mereka berasal sumber populasi yang berbeza. Perkawinan antara bangsa Tokaria dengan suku-suku Turki, Mongolia, Iran dan dataran India yang terjadi membuatkan bangsa ini akhirnya ‘terserap’ ke populasi Asia Tengah dan Selatan. Justeru itu di zaman moden ini orang-orang Iran, Afghan, Uzbek, Tajik, Punjabi, Uyghur, dan sebagainya memiliki ciri fizikal campuran antara Eropa dan Asia.

Friday, January 24, 2014

Fosil Labah-Labah yang RARE dijumpai!!

Satu fosil labah-labah (jantan) gergasi telah dijumpai di Daohugou, pedalaman  Mongolia. Penemuan ini mengejutkan saintis dan kini mereka telah mencadangkan satu nama spesis baru yang dipanggil Mongolarachne. 


Fosil Labah-Labah Gergasi (Jantan)

Penemuan fosil ini adalah cari gali yang lebih lanjut mengenai fosil labah-labah (betina) gergasi yang dijumpai  di kawasan sama pada 2011. Usia fosil labah-labah gergasi (betina) itu dianggarkan berusia 165 juta tahun dan tergolong dalam spesis Nephila seakan-akan spesis labah-labah yang sama Nephilidae dan ianya telah digelar sebagai Nephila Jurasicca. Namun semua nama-nama ini terbatal setelah penemuan fosil labah-labah jantan itu.

Saiz fizikal fosil jantan itu tidak menunjukkan ia dalam spesis Nephila dan saintis mendapati ianya berada dalam jenis spesis yang lain. Perkara ini ditimbulkan kerana perbezaan jantina yang tidak sepadan dengan mana-mana spesis Nephila moden.

Fosil Labah-Labah betina

Perbezaan jantina unggas ini telah membuatkan Prof. Paul Seldan daripada Kansas University telah mencadangkan satu nama spesis baharu buat labah-labah tersebut sebagai Mongolarachne daripada keluarga Monggolarachnidae dan spesis ini ada beberapa persamaan dengan labah-labah spesis sama tetapi dalam keluarga Denophidae.

Fosil labah-labah dianggap sukar ditemui memandangkan komposisi yang mudah rosak, namun yang rare bagi kedua-dua fosil yang berusia 165 Juta didalam debu-debu Gunung Berapi!! 

Adalah dipercayai, kedua-dua fosil ini terpendalam dalam dasar tasik yang membolehkan badan labah-labah ini terselamat dari proses luluhawa bumi.

RAKAMAN MASA : KOREA 1895

Massa Malaysia sekarang kuat dipengaruhi dengan sub-budaya daripada Korea melalui hiburan atau lebih dikenali dengan K-Pop. Rasanya ramai yang tidak tahu tentang keadaan atau Sejarah Korea. Mungkin ramai yang tahu bahawa wujudnya Korea Selatan dengan Korea Utara antara Negara Demokrasi dan Negara Komunis yang menjadi perseteruan di Korea. Hingga setakat itulah yang dipegang oleh orang-orang Kita.

Kali ini kami bawa "adik-adik" sekalian menyelami Sejarah Budaya Korea melalui sedikit rakaman masa ini. Semoga ianya menjadi gambaran kepada kita bahawa Korea pun sama sahaja dengan kita pada 130 tahun yang lalu....











Sekeping gambar boleh membawa 1000 maksud. Singapura pada 130 tahun lalu lebih maju berbanding dengan Korea. Namun, itu berubah setelah perang Dunia Kedua. Korea bebas dari cengkaman China sebaliknya dipengaruhi Jepun. Kerana itu, Korea menjadi maju tempias Fahaman Meiji di Jepun. Jika di Jepun ada Mitsubishi, Honda, Suzuki, Yamaha, Korea pula mempunyai GM Motors, Hyundai, Samsung jenama ini adalah yang masyhur seantero dunia.

Hakikatnya, mereka juga adalah sama!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...