Prasasti Grahi |
Episod pengenalan kami nyatakan akan asal keturunan Adruja Sriwijaya Mala dan kami telah sertakan satu salasilah yang berkaitan dengan Keturunan Raja-Raja Kelantan dan ia bermula dengan Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa dan beliau juga dikenali sebagai Deman Lebar Daun yang begitu masyhur dalam salasilah Raja-Raja Alam Melayu.
Siapa bernama Demang Lebar Daun ini?
Berdasarkan kepada Sejarah Melayu, Deman Lebar Daun memerintah di Palembang dan ketika waris Iskandar Zulkarnain iaitu:
Berdasarkan kepada Sejarah Melayu, Deman Lebar Daun memerintah di Palembang dan ketika waris Iskandar Zulkarnain iaitu:
- Nila Pahlawan
- Krishna Pendita
- Nila Utama
Mereka ini adalah Putera Raja Suran yang diriwayatkan turun ke dalam laut dan berkahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri, anak Raja Aftabul Ard yang memerintah Kerajaan Basram di bawah laut... diriwayatkan lagi, mereka semua telah naik ke darat dan mendarat di Bukit Siguntang, kelihatan seperti mitos namun ada yang percaya kerana ini berkaitan dengan Metafizik dan ia belum pernah dikaji secara saintifik, mungkin mitos ini ada benarnya, kerana kejadian Alam Sukar ditaakul akal biasa.
Setelah putera-putera Raja Suran titihan Iskandar Zulkarnain mendarat di Bukit Siguntang, dalam negeri Palembang, setibanya di bukit tersebut, mereka telah disambut oleh Wan Empuk dan Wan Malini yang sedang berladang di kawasan tersebut. Dipendekkan cerita, Nila Pahlawan telah berkahwin dengan Wan Empok, Krishna Pendita pula berkahwin dengan Wan Malini, manakala Nila Utama telah menukar nama sebagai Sang Sapurba.
Perkhabaran tentang pendaratan waris Iskandar Zulkarnian telah menarik minat Raja-Raja sekitar Palembang mengunjungi Bukit Siguntang. Mereka datang bersama ahli keluarga, Sang Sapurba telah mengambil puteri-puteri Raja yang datang dan diperisterikan oleh beliau. Raja-Raja ini tidak membantah malahan mereka rasa bertuah kerana dapat bermenantukan waris Raja yang Paling Agong dalam alam. Namun, puteri-puteri yang dikahwini oleh Sang Sapurba telah mengalami penyakit "kedal" stelah digauli oleh baginda, perkara ini berlaku kerana ketinggian daulat baginda.
Baginda Deman Lebar Daun juga tidak ketinggalan melawat Sang Sapurba, dan ditakdirkan waris Iskandar Zulkarnain itu jatuh hati kepada puteri baginda, Wan Sedari. Bimbangkan anakandanya, Deman Lebar Daun telah mengadakan satu perjanjian:
Begitulah tinggi martabat Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa a.k.a Deman Lebar Daun bermenantukan Sang Sapurba waris Raja yang Agong, Iskandar Zulkarnain. Tercatat dalam salasilah Kelantan bahawa Deman Lebar Daun ini mempunyai 3 orang putera juga menantu yang dominan iaitu:
Sekadar begini boleh kami sampaikan untuk mengenali siapa sebenarnya Deman Lebar Daun, pokoknya dari baginda lahir ramai Raja-Raja yang memerintah Alam Melayu kerana beliau adalah penguasa Alam Melayu.
Petikan Teks
Kami kongsikan petikan daripada sejarahwan mengenai leluhur Raja-Raja Alam Melayu.
Genaealogi Adruja Wijayamala Singha
Di awal artikel telah dinyatakan perkaitan Adruja dengan Srimat Trailokyaraja atau Deman Lebar Daun. Juga telah dinyatakan tentang 3 orang waris baginda iaitu, Sang Sapurba atau Sang Nila Utama adalah menantunya yang diberi kuasa memerintah di Palembang, Ken Arok memerintah di Singhasari dan Raja Surendra memerintah di Jawaka.
Adruja adalah cucu daripada Raja Surendra yang dikatakan memerintah Jawaka yang berlokasi di Utara Semenanjung Tanah Melayu, datuknya pula adalah Raja Sakranta dan ayahandanya adalah Raja Thilam yang memerintah Malayur.... Siapa mereka ini akan kami bawakan dalam pengisahan yang berasingan.
Legasi Deman Lebar Daun bukan sekadar di Bumi Suwarnadwipa tetapi ia tersebar keseluruhan daratan dan kepulauan Alam Melayu dan dari keturunan ini lahir wira-wirawati Melayu yangterbliang.
Kami adalah insan yang kerdil, menyampaikan apa yang diketahui melalui pembacaan yang terhad. Kami tidak mencari nama, kami tidak juga mencari pangkat atau mengangkat darjat. Niat kami agar anak Melayu kekal dengan jati diri sebagai seorang Melayu.
Pada yang arif sila tegur kami, jika ada kurang, tambah lah lagi. Jangan ditempelak dengan niat untuk memperlekeh, Bangsa Melayu memang nyata!
“Jikalau anak patek tuanku peristeri, nescaya kedal ia. Tetapi jikalau tuanku mahu berwa’adat (berjanji sumpah setia) dengan patek, maka patek persembahkan anak patek ke bawah duli Yang di-Pertuan.”Mengikut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun adalah orang yang pertama menggunakan bahasa “Yang di Pertuan” dan “Patek” apabila bercakap dengan raja, kerana Sang Sapurba itu keturunan raja-raja besar… Maka titah Sang Sapurba: “Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu?”Sembah Demang Lebar Daun: “Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di-Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinista dengan kata-kata jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Shara’.”Sang Sapurba pun bertitah: “Akan minta bapa itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba…”“Janji yang mana itu, tuanku?”“Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”. “Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah.”Titah Sang Si Perba: “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”
Begitulah tinggi martabat Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa a.k.a Deman Lebar Daun bermenantukan Sang Sapurba waris Raja yang Agong, Iskandar Zulkarnain. Tercatat dalam salasilah Kelantan bahawa Deman Lebar Daun ini mempunyai 3 orang putera juga menantu yang dominan iaitu:
- Raja Surendra, Maharaja Jawaka
- Sang Sapurba, Raja Palembang
- Ken Arok, Raja Singhasari
Selidikan Lanjut
Sumber lain menyatakan bahawa Deman Lebar Daun ini merupakan Maharaja Melayu di Dharmasraya dan juga dianggap sebagai Maharaja Sriwijaya hal ini dapat dibuktikan dengan Prasasti Grahi yang bertarikh 1183 yang ditemui di Chaiya, Thailand.
Dari segi bahasa (etimologi) Trailokya dalam Bahasa Sanskrit membawa maksud "Tiga Dunia", "Tiga Tingkatan", "Tiga Kehidupan", "Tiga Alam", & "Tiga Wilayah".
Sejarahwan menganggap semasa pemerintahan Deman Lebar Daun ini Alam Melayu sedang mengalami perubahan kuasa, pada mula ia dikuasi oleh Sriwijaya yang dirujuk sebagai San-fo tsi dalam chronic China, telah bertukar kepada Dharmasraya.
Sekadar begini boleh kami sampaikan untuk mengenali siapa sebenarnya Deman Lebar Daun, pokoknya dari baginda lahir ramai Raja-Raja yang memerintah Alam Melayu kerana beliau adalah penguasa Alam Melayu.
Petikan Teks
Kami kongsikan petikan daripada sejarahwan mengenai leluhur Raja-Raja Alam Melayu.
Pada tahun 1183M, berdasarkan Prasasti Grahi, menginformasikan kepada kita, Kerajaan Sriwijaya (beribukota di Dharmasyara) telah kembali bangkit, dan berhasil menguasai daerah hingga Thailand Selatan, selepas kehancurannya akibat serangan Kerajaan Chola. Pada masa itu, Kerajaan Sriwijaya-Dharmawangsa, dipimpin seorang Maharaja yang dikenal dengan nama Sri Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa.
Para ahli genealogy percaya bahwa Sri Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa, adalah nama lain dari Maharaja Imbang Jaya atau Maharaja Sambugita, yang disebut-sebut di dalam silsilah raja-raja Melayu
Sekitar 100 tahun kemudian, pada tahun 1286M, berdasarkan prasasti yang ditemukan di komplek Candi Padang Roco Sumatera Barat, diketahui bahwa Negeri Sriwijaya di Pedalaman dipimpin oleh seseorang yang bergelar Sri Maharaja Srīmat Tribhuwanaraja Mauliwarmadewa.
Srī Mahārāja śrīmat tribhuwanarāja mauliwarmadewa, adalah generasi penerus Sri Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa, yang diyakini sebagai kakek dari Adityawarman (Maharajadiraja Srīmat Srī Udayādityawarma Pratāpaparākrama Rājendra Maulimāli Warmadewa), pendiri Kerajaan Pagaruyung.
Kanzunqalam.com
Di awal artikel telah dinyatakan perkaitan Adruja dengan Srimat Trailokyaraja atau Deman Lebar Daun. Juga telah dinyatakan tentang 3 orang waris baginda iaitu, Sang Sapurba atau Sang Nila Utama adalah menantunya yang diberi kuasa memerintah di Palembang, Ken Arok memerintah di Singhasari dan Raja Surendra memerintah di Jawaka.
Adruja adalah cucu daripada Raja Surendra yang dikatakan memerintah Jawaka yang berlokasi di Utara Semenanjung Tanah Melayu, datuknya pula adalah Raja Sakranta dan ayahandanya adalah Raja Thilam yang memerintah Malayur.... Siapa mereka ini akan kami bawakan dalam pengisahan yang berasingan.
Legasi Deman Lebar Daun bukan sekadar di Bumi Suwarnadwipa tetapi ia tersebar keseluruhan daratan dan kepulauan Alam Melayu dan dari keturunan ini lahir wira-wirawati Melayu yangterbliang.
Kami adalah insan yang kerdil, menyampaikan apa yang diketahui melalui pembacaan yang terhad. Kami tidak mencari nama, kami tidak juga mencari pangkat atau mengangkat darjat. Niat kami agar anak Melayu kekal dengan jati diri sebagai seorang Melayu.
Pada yang arif sila tegur kami, jika ada kurang, tambah lah lagi. Jangan ditempelak dengan niat untuk memperlekeh, Bangsa Melayu memang nyata!
Bersambung...
Assalam,
ReplyDeleteJika boleh saya bertanya, bagaimanakah kita boleh ketahui sekiranya seseorang itu adalah dari keturunan Demang Lebar Daun? Apakah tanda-tandanya?
terima kasih.