Aneh
Tetapi Benar!
Pada
tahun 1979, seorang arkeologi China, Wang Binghua telah menjelajah Gurun Taklamakan untuk mencari tinggalan
peradaban di timur laut wilayah Xinjiang,
China atau di Lembah Tarim. Beliau telah menemui mayat-mayat manusia zaman
silam dan mengejutkan mayat-mayat tersebut berbeza dengan orang China; beliau
telah menemui mumia wanita dengan struktur tulang seperti manusia dari Kaukasia dengan pengenalan seperti
rambut merah, tulang pipi yang tinggil menonjol, rahang sempit, dan rongga mata
yang dalam. Mumia ini telah dikenali dengan nama “The Beauty of Loulan”
Dengan
struktur wajah yang masih utuh, pasukan forensik tidak menghadapi sebarang
masalah untuk membina semula wajahnya seperti waktu mumia itu hidup. Dengan
menelitik pakaian dan organ fizikalnya, para penyelidik mendapati wanita itu
menjalani fasa kehidupan yang cukup getir. Kasut dan pakaiannya telah ditampal
berkali-kali, rambut berkutu, dan dalam ususnya terdapat banyak pasir, debu dan
arang. Ia meninggal pada usia 40 tahun dan tidak dapat dipastikan punca
kematiannya berikutan paru-parunya rosak.
1985,
pasukan penyelidik telah berpindah ke bahagian Selatan Gurun Taklamakan dan
lebih tepat di sebuah kawasan bernama Cherchen,
para arkeologi menjumpai lagi mumia yang fizikalnya seperti orang Kaukasoid.
Salah satu darinya adalah seorang lelaki berambut dan berjanggut perang yang
dipintal empat. Mayat-mayat ini menjadi mumia secara semulajadi kerana cuaca
Gurun Taklamakan yang kering dan sejuk hingga menampakkan mayat-mayat ini seolah-olah
dalam keadaan tidur sahaja.
Mumia
lain juga menakjubkan dan satu mumia yang dikenali sebagai The Beauty of Xiaohe, Ia dijumpai oleh pasukan penyelidik China
sekitar tahun 2000 dengan keadaan jasadnya sangat baik. Ia dilitupi pakaian
musim sejuk dengan kulit, bulu mata dan rambut yang masih utuh. Kerana
kecantikan mumia ini, salah seorang aerkeologi kononnya sempat jatuh cinta!!
Hasil
daripada ujian Carbon Dating (Pentarikhan
Karbon) amat mengejutkan sekali. The Beauty of Loulan dan Xiohe dianggarkan
berusia tidak kurang dari 3000 tahun. Selidikan lanjut menunjukkan bahawa Ras Kaukasia ini mendiami lembah Tarim 1000 tahun yang lebih
awal daripada orang-orang Asia Timur. Perkahwinan antara keduanya diperkirakan
berlaku, justeru kedua-dua ras ini dijumpai dalam satu kubur.
Analisa genetik menghuraikan bahawa mumia di Lembah Tarim diandaikan datang secara terus dari dataran Eropah, buktinya dengan persamaan aksesori mereka dengan bangsa Kelt di Eropah Barat. Meraka dikatakan berasal dari sekitar Laut Kaspia dan Laut Hitam, pada masa sekarang dikenali sebagai Ukraine dan Bulgaria. Sebahagian dari suku bangsa ini berkembang ke Eropah dan sebahagian lagi mengungsi hingga ke Benua China. Mumia dari generasi yang lebih muda memperlihatkan terdapat perkahwinan campur antara populasi Eropah dan Siberia dan lebih mengejutkan beberapa mumia itu memiliki gen Mesopotamia. India dan beberapa tempat yang tidak dapat dipastikan. Ini menunjukkan bahawa Lembah Tarim dahulunya merupakan Crossing Point laluan migrasi manusia.
Persoalannya, siapakah mereka? Physical antropoligst dan ahli bahasa menyatakan bahawa mereka adalah leluhur kepada bangsa Tokaria. Mereka mendapati bahawa populasi Eropah dan Asia pada awalnya berkembang secara eksklusif, terasing antara satu sama lain tanpa pencampuran. Di luar dugaan orang-orang Indo Eropah telah mendiami wilayah Asia Tengah hingga ke perbatasan China 1700 tahun sebelum lalu sutera wujud. merekalah yang memperkenalkan pengetahuan pembuatan tembaga dan penggunaan kuda ke China.
Orang China mencatatkan mereka sebagai Bangsa Yuezhi. Dinyatakan mereka mulanya tinggal di Lembah Tarim hingga sekitar tahun 500 Sebelum Masihi, namun terpaksa berpindah ke Asia Tengah dan Utara India ekoran kewujudan gerombolan Xiongnu iaitu persekutuan suku-suku Turki dan Mongol. Di abad ke-5 SM, sebahagian bangsa Tokaria memeluk agama Buddha dan menyebarkannya dari India ke China. Sebuah lukisan kuno menunjukkan pendeta Buddha dengan ciri fizikal Kaukasia berdampingan dengan pendeta berciri fizikal Mongoloid.
Orang China mencatatkan mereka sebagai Bangsa Yuezhi. Dinyatakan mereka mulanya tinggal di Lembah Tarim hingga sekitar tahun 500 Sebelum Masihi, namun terpaksa berpindah ke Asia Tengah dan Utara India ekoran kewujudan gerombolan Xiongnu iaitu persekutuan suku-suku Turki dan Mongol. Di abad ke-5 SM, sebahagian bangsa Tokaria memeluk agama Buddha dan menyebarkannya dari India ke China. Sebuah lukisan kuno menunjukkan pendeta Buddha dengan ciri fizikal Kaukasia berdampingan dengan pendeta berciri fizikal Mongoloid.
Di
zaman moden ini, suku Uyghur di China mendakwa bahawa mereka adalah keturunan
dari bangsa Tokaria walaupaun kajian menyatakan mereka berasal sumber populasi yang berbeza. Perkawinan antara bangsa Tokaria dengan suku-suku
Turki, Mongolia, Iran dan dataran India yang terjadi membuatkan bangsa ini akhirnya ‘terserap’ ke populasi Asia Tengah dan Selatan. Justeru itu di zaman moden ini orang-orang Iran, Afghan, Uzbek, Tajik,
Punjabi, Uyghur, dan sebagainya memiliki ciri fizikal campuran antara Eropa dan Asia.
No comments:
Post a Comment