Saturday, October 26, 2013

KLIA, Kuala Lumpur - SCIPHOL, Amsterdam

Menempuh perjalanan selama 13 jam dengan penerbangan terus dari KL ke Amsterdam, apa yang pasti penerbangan ini satu pengalaman baru buat kami, tambah-tambah lagi buat Alya yang sebelum ini tidak pernah mengalami perjalanan jauh dan lama. Paling lama pun 7 jam je itu pun dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.

Terpana juga ketika menaiki pesawat MAS-KLM dek kerana penerbangan tersebut dipenuhi dengan mat saleh, hanya barisan kami kelihatan muka asia. "Rileks je lah, kalau pikir banyak pun tak de guna" monolog kami ketika itu. Bertenang dan nikmati sahaja penerbangan itu. Alya meragam kerana tidak selesa dengan seat flight tu tidak sesuai untuk dia 'melasak' buat tidur.

Sesekali kami mencuri peluang menonton movie yang disediakan MAS....ada ratusan cerita yang boleh ditonton. Namun hanya "Bikers Kental" yang menarik untuk ditonton waktu itu. Selebihnya kami hanya berminat melihat GPS pesawat.



6:50 pagi, waktu ketibaan kami di Sciphol Airport, Amsterdam setelah bertolak dari KLIA pada jam 12:00 malam. Tiada masalah dihadapi, cuma agak bimbang ketika di Gate Immigration. Kebimbangan kami adalah kalau-kalau kami disoal kerana keyakinan untuk menjawab soalan itu agak rendah waktu, maklumlah BI kami ni cukup-cukup makan aje. Alhamdulillah, lancar pula kami menjawab pertanyaan di kaunter imegresen tu. Lepas tu kami ke bahagian bagasi dan semua beg kami diterima dalam keadaan baik dan selamat, cuma kami agak ragu-ragu samada perlu atau tidak kami declare bagasi kami pada kaunter KASTAM, memandangkan agak banyak juga barangan mentah yang kami bawa. Kerana tiada sebarang arahan di bahagian bagasi, kami terus sahaja ke Arrival Hall. 


Di Arrival Hall kami telah dijemput oleh Dr.Kren iaitu penyelia PhD kami. Tanpa banyak soal, kami di bawa terus ke tempat letak kereta dan meneruskan perjalanan ke Wageningen, sejam perjalanan dari Sciphol.


Maka bermulah episod kami sebagai anak perantau bumi asing di HOlland.

Semuanya amat berlainan bagi kami, janggal pun ada rasanya. Namun, kami sudah bersedia dari awal, orang kata kalau kepala lemah, ekor pun akan lemah.... Jadi, kami kuatkan semangat dan buat-buat pandai. Kalau tidak ketinggalan lah kami dan mungkin kami tidak dapat survive. 


Dr. Kren terus bawa ke rumah kami di Diedenwag 51. Buat seketika menunggu tuan rumah datang untuk menyerahkan kunci dan memberi sedikit penerangan. Waktu itu jam baru pukul 9 pagi, tapi kami rasakan sudah seperti 6 petang memandangkan kami belum lagi biasakan diri dengan perubahan masa. Tidak lama selepas itu, Hilda Lubbers, tuan rumah datang dan kami di bawa ke rumah serta penerangan dari Hilda..

Kami waktu itu sebenarnya sudah tidak larat, namun terpaksa kuatkan juga melayan Dr.Kren dan Hilda. Ditambah cuaca sejuk membuatkan kami bertambah letih.

10:30 pagi mereka pulang. Barulah kami mempunyai masa untuk membersihkan diri dan mempersiapkan makanan kami. Jam waktu itu baru menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Lelap sekejap.





Monday, October 21, 2013

Saturday, October 19, 2013

Perjalanan 12,000 kilometer...

12000 kilometer!

Itulah jarak Kuala Lumpur dengan Amsterdam. Perjalanan ini adalah yang paling jauh kami pernah tempuhi. Perjalanan kami dengan penerbangan MAS juga mencabar sebenarnya, kerana kami bawa bersama anak kecil kami. Keadaan dalam flight membuatkan Alya, puteri sulung kami tidak selesa ditambah masa penerbangan ke Amsterdam dijadualkan berlepas pada jam 11:55 pm yang juga waktu tidur kebanyakkan orang termasuklah Alya.

Namun, semuanya berjalan lancar. Hingga kini, hampir dua bulan sudah kami berada di sini. Patut rasanya kami kongsikan maklumat-maklumat penting buat sahabat-sahabat yang bakal datang ke Belanda, kerana sistem Belanda adalah berbeza berbanding negara-negara commonwealth. Maklumat yang kami sampaikan ini adalah dari kaca mata seorang "student otai" ... :D

Di Malaysia:

Sebagai student anda pasti lebih arif tentang prosedur untuk menyambung pelajaran samada Master atau PhD. Setelah anda menerima Surat Tawaran daripada Universiti di Belanda anda mestilah memaklumkan kepada pihak Universiti untuk urusan permohonan SLAB-SLAI di Kementerian Pelajaran (MoE).

Proses yang wajib dibuat dalam waktu ini juga adalah permohonan visa di Kedutaan Belanda yang terletak di Ampwalk Mall, Jalan Ampang berhampiran dengan Bangunan Tabung Haji, KL. Sebelum ke kedutaan, anda haruslah sediakan:
1) Sijil Lahir (anda, pasangan dan anak)*
2) Sijil Nikah (anda dan pasangan)*
* perlu diterjemahkan ke Bahasa Inggeris 

Jika anda di kawasan Lembah Klang dan berhampiran, hendaklah ke Kementerian Luar Negara (National Affairs Ministry) untuk pengesahan sijil Lahir dan sijil Nikah daripada Pegawai berkenaan. Jika anda berada diluar kawasan berkenaan, anda boleh terus ke Kedutaan Dutch dan berbincang dengan Pegawai imigresen Dutch utk proses terjemah dokumen yang dinyatakan dengan sejumlah bayaran (RM1000+).

Adalah lebih bijak jika anda call dahulu Jabatan Luar Negara di Putrajaya sebelum berurusan dengan Kedutaan Dutch untuk proses visa. Anda juga disarankan membuat temujanji dengan Kedutaan Dutch terlebih dahulu sebelum ke sana kerana waktu kerja mereka amat berlainan dengan Malaysia. Mereka hanya bekerja empat hari seminggu dan setiap hari bertugas dari jam 8:00 - 12:30 tengah hari!

Jika anda ke Putrajaya sendiri untuk membuatkan pengesahan dokumen, teruskan ke Kedutaan Dutch untuk pengesahan dari pihak Dutch. Jika anda memilih untuk Kedutaan Belanda menguruskan pengesahan dokumentasi anda hanya perlu ke kedutaan tersebut sahaja dan mereka akan hantar dokumen selesai ke alamat yang anda berikan semasa pertemuan di Kedutaan.

Seterusnya, anda harus berurusan dengan pihak pengurusan universiti di Belanda untuk proses permohonan permit sementara di Belanda. Perkara yang perlu anda lakukan adalah mengambil gambar passport dengan latar belakang berwarna putih dengan ukuran tertentu. Maklumat ini harus anda dapatkan daripada pegawai Universiti di Belanda yang anda berurusan kerana mereka akan bekalkan maklumat yang sepatutnya anda lakukan.

Isi borang yang anda terima dan hantar semula kepada mereka (proses ini dilakukan melalui e-mail). Setelah dokumen anda disahkan oleh pihak di Belanda, barulah anda membuat temunjanji dengan Kedutaan Dutch di KL untuk proses mencetak slip visa. Proses ini memakan masa dan harus tinggalkan Passport anda di Kedutaan.

Pegawai di Kedutaan lebih suka anda mengambil sendiri passport yang telah siap dicetak visa mungkin mereka tidak mahu disalahkan sekiranya passport kita hilang. Namun, jika anda berada jauh dari KL anda boleh berkeras untuk mereka pos ke alamat yang anda rasakan selamat.

Selesai episod di Malaysia dan kami akan sambung semula proses yang perlu dilakukan di Belanda pula.





Welkom, dit is de Nederland!!

Groeten. Dit is het begin van ons artikel over het leven van de Maleiers in Nederland .... (sila terjemah menggunakan google translate....)

Kini kami berada sejauh 10,000 KM daripada Bumi Malaysia. Tepatnya kami sekarang berada di Netherlands a.k.a, satu negara asing namun tidaklah janggal bagi orang kita kerana Belanda sering kali kita perkatakan.

Di ruangan ini, kami akan update tentang kehidupan kami di Belanda serta juga tip-tip untuk menjalani kehidupan yang secara umumnya berlainan di Malaysia. 

goedenavond.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...