Menempuh perjalanan selama 13 jam dengan penerbangan terus dari KL ke Amsterdam, apa yang pasti penerbangan ini satu pengalaman baru buat kami, tambah-tambah lagi buat Alya yang sebelum ini tidak pernah mengalami perjalanan jauh dan lama. Paling lama pun 7 jam je itu pun dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.
Terpana juga ketika menaiki pesawat MAS-KLM dek kerana penerbangan tersebut dipenuhi dengan mat saleh, hanya barisan kami kelihatan muka asia. "Rileks je lah, kalau pikir banyak pun tak de guna" monolog kami ketika itu. Bertenang dan nikmati sahaja penerbangan itu. Alya meragam kerana tidak selesa dengan seat flight tu tidak sesuai untuk dia 'melasak' buat tidur.
Sesekali kami mencuri peluang menonton movie yang disediakan MAS....ada ratusan cerita yang boleh ditonton. Namun hanya "Bikers Kental" yang menarik untuk ditonton waktu itu. Selebihnya kami hanya berminat melihat GPS pesawat.
6:50 pagi, waktu ketibaan kami di Sciphol Airport, Amsterdam setelah bertolak dari KLIA pada jam 12:00 malam. Tiada masalah dihadapi, cuma agak bimbang ketika di Gate Immigration. Kebimbangan kami adalah kalau-kalau kami disoal kerana keyakinan untuk menjawab soalan itu agak rendah waktu, maklumlah BI kami ni cukup-cukup makan aje. Alhamdulillah, lancar pula kami menjawab pertanyaan di kaunter imegresen tu. Lepas tu kami ke bahagian bagasi dan semua beg kami diterima dalam keadaan baik dan selamat, cuma kami agak ragu-ragu samada perlu atau tidak kami declare bagasi kami pada kaunter KASTAM, memandangkan agak banyak juga barangan mentah yang kami bawa. Kerana tiada sebarang arahan di bahagian bagasi, kami terus sahaja ke Arrival Hall.
Di Arrival Hall kami telah dijemput oleh Dr.Kren iaitu penyelia PhD kami. Tanpa banyak soal, kami di bawa terus ke tempat letak kereta dan meneruskan perjalanan ke Wageningen, sejam perjalanan dari Sciphol.
Maka bermulah episod kami sebagai anak perantau bumi asing di HOlland.
Semuanya amat berlainan bagi kami, janggal pun ada rasanya. Namun, kami sudah bersedia dari awal, orang kata kalau kepala lemah, ekor pun akan lemah.... Jadi, kami kuatkan semangat dan buat-buat pandai. Kalau tidak ketinggalan lah kami dan mungkin kami tidak dapat survive.
Dr. Kren terus bawa ke rumah kami di Diedenwag 51. Buat seketika menunggu tuan rumah datang untuk menyerahkan kunci dan memberi sedikit penerangan. Waktu itu jam baru pukul 9 pagi, tapi kami rasakan sudah seperti 6 petang memandangkan kami belum lagi biasakan diri dengan perubahan masa. Tidak lama selepas itu, Hilda Lubbers, tuan rumah datang dan kami di bawa ke rumah serta penerangan dari Hilda..
Kami waktu itu sebenarnya sudah tidak larat, namun terpaksa kuatkan juga melayan Dr.Kren dan Hilda. Ditambah cuaca sejuk membuatkan kami bertambah letih.
10:30 pagi mereka pulang. Barulah kami mempunyai masa untuk membersihkan diri dan mempersiapkan makanan kami. Jam waktu itu baru menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Lelap sekejap.
No comments:
Post a Comment