Saturday, October 19, 2013

Perjalanan 12,000 kilometer...

12000 kilometer!

Itulah jarak Kuala Lumpur dengan Amsterdam. Perjalanan ini adalah yang paling jauh kami pernah tempuhi. Perjalanan kami dengan penerbangan MAS juga mencabar sebenarnya, kerana kami bawa bersama anak kecil kami. Keadaan dalam flight membuatkan Alya, puteri sulung kami tidak selesa ditambah masa penerbangan ke Amsterdam dijadualkan berlepas pada jam 11:55 pm yang juga waktu tidur kebanyakkan orang termasuklah Alya.

Namun, semuanya berjalan lancar. Hingga kini, hampir dua bulan sudah kami berada di sini. Patut rasanya kami kongsikan maklumat-maklumat penting buat sahabat-sahabat yang bakal datang ke Belanda, kerana sistem Belanda adalah berbeza berbanding negara-negara commonwealth. Maklumat yang kami sampaikan ini adalah dari kaca mata seorang "student otai" ... :D

Di Malaysia:

Sebagai student anda pasti lebih arif tentang prosedur untuk menyambung pelajaran samada Master atau PhD. Setelah anda menerima Surat Tawaran daripada Universiti di Belanda anda mestilah memaklumkan kepada pihak Universiti untuk urusan permohonan SLAB-SLAI di Kementerian Pelajaran (MoE).

Proses yang wajib dibuat dalam waktu ini juga adalah permohonan visa di Kedutaan Belanda yang terletak di Ampwalk Mall, Jalan Ampang berhampiran dengan Bangunan Tabung Haji, KL. Sebelum ke kedutaan, anda haruslah sediakan:
1) Sijil Lahir (anda, pasangan dan anak)*
2) Sijil Nikah (anda dan pasangan)*
* perlu diterjemahkan ke Bahasa Inggeris 

Jika anda di kawasan Lembah Klang dan berhampiran, hendaklah ke Kementerian Luar Negara (National Affairs Ministry) untuk pengesahan sijil Lahir dan sijil Nikah daripada Pegawai berkenaan. Jika anda berada diluar kawasan berkenaan, anda boleh terus ke Kedutaan Dutch dan berbincang dengan Pegawai imigresen Dutch utk proses terjemah dokumen yang dinyatakan dengan sejumlah bayaran (RM1000+).

Adalah lebih bijak jika anda call dahulu Jabatan Luar Negara di Putrajaya sebelum berurusan dengan Kedutaan Dutch untuk proses visa. Anda juga disarankan membuat temujanji dengan Kedutaan Dutch terlebih dahulu sebelum ke sana kerana waktu kerja mereka amat berlainan dengan Malaysia. Mereka hanya bekerja empat hari seminggu dan setiap hari bertugas dari jam 8:00 - 12:30 tengah hari!

Jika anda ke Putrajaya sendiri untuk membuatkan pengesahan dokumen, teruskan ke Kedutaan Dutch untuk pengesahan dari pihak Dutch. Jika anda memilih untuk Kedutaan Belanda menguruskan pengesahan dokumentasi anda hanya perlu ke kedutaan tersebut sahaja dan mereka akan hantar dokumen selesai ke alamat yang anda berikan semasa pertemuan di Kedutaan.

Seterusnya, anda harus berurusan dengan pihak pengurusan universiti di Belanda untuk proses permohonan permit sementara di Belanda. Perkara yang perlu anda lakukan adalah mengambil gambar passport dengan latar belakang berwarna putih dengan ukuran tertentu. Maklumat ini harus anda dapatkan daripada pegawai Universiti di Belanda yang anda berurusan kerana mereka akan bekalkan maklumat yang sepatutnya anda lakukan.

Isi borang yang anda terima dan hantar semula kepada mereka (proses ini dilakukan melalui e-mail). Setelah dokumen anda disahkan oleh pihak di Belanda, barulah anda membuat temunjanji dengan Kedutaan Dutch di KL untuk proses mencetak slip visa. Proses ini memakan masa dan harus tinggalkan Passport anda di Kedutaan.

Pegawai di Kedutaan lebih suka anda mengambil sendiri passport yang telah siap dicetak visa mungkin mereka tidak mahu disalahkan sekiranya passport kita hilang. Namun, jika anda berada jauh dari KL anda boleh berkeras untuk mereka pos ke alamat yang anda rasakan selamat.

Selesai episod di Malaysia dan kami akan sambung semula proses yang perlu dilakukan di Belanda pula.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...