Tuesday, August 6, 2013

Short Drama From UMT


Support rakan-rakan... Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Sumber daripada FB UMT Official 

Info Roadblock JPJ dan Speed Trap..... Selamat Pulang Ke Kampung

Hati-Hati anda sedang diperhatikan!!!

Lagi berapa hari lagi nak raya dah, ada yang dah mulakan perjalanan balik ke kampung ada yang tengah menunggu habis kerja baru nak balik, yang pastinya tiap-tiap kali habis raya ada masalah yang akan menghantui kita. Hahahahaha saman! Duit dah habis buat belanja raya, bagi duit raya.. hulur sana hulur sini alih-alih balik dari kampung surat saman sampai ke rumah. Demi membantu rakyat Malaysia yang tak tahu nak bawak slow ni update yang terbaru kawasan yang akan ada speed trap. Tempat dah tahu, bawak laju lagi tak tahu la. Ingatlah orang yang tersayang, pandu berhati-hati.. kalau penat tidur lah dulu.

Selamat hari Raya, Maaf Zahir Batin


PLUS Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)


PLUS Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

PLUS Tengah

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE

(Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 32- Km
2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas.
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju

21- MRR2 berhadapan Mikro CherasFlyingg Airbone.

Monday, August 5, 2013

Bila Akal lagi Tinggi dari Amal



Seorang muslimah yang mempunyai kelulusan Phd yang berhijab telah ditanya oleh para wartawan yang merasa hairan dengan pemakaian hijabnya tak memberi kesan terhadap tahap kecerdikannya kerana mereka menyangka berhijab adalah simbol kemunduran dan ketinggalan zaman, lalu dia menjawab dengan mudah dan bijaksana:


"Manusia pada zaman permulaan dahulu hampir bertelanjang keadaan mereka dan setelah pemikiran mereka berkembang mengikut peredaran zaman mereka mula memakai baju, dan hijab yang saya pakai pada hari ini ialah kemuncak pemikiran dan kemajuan yang dicapai oleh manusia dan ia bukanlah kemunduran."


Adapun bertelanjang ia adalah simbol kemunduran dan ketinggalan yang mengembalikan pemikiran manusia kepada zaman permulaan dahulu.

Kalaulah bertelanjang itu simbol kemajuan nescaya sudah tentulah binatang lebih maju".


KELANTAN CUTI!!!


Alhamdulillah dan Tahniah buat Rakyat Kelantan dan Kakitangan Kerajaan di Negeri Kelantan kerana anda mendapat CUTI pada 11 Ogos 2013 sebagai CUTI TAMBAHAN. Terima kasih juga buat Kerajaan Negeri Kelantan.

Realiti di Medan Rabiah - MESIR!!




Allah telah takdirkan perkara ini berlaku dalam bulan Ramadhan. Namun ia bermula sebelum Ramadhan lagi.

Apa yang berlaku di Mesir adalah hasil perancangan orang-orang yang zalim. Allah telah sebut 16 kali dalam al-Quran Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Mereka telah lakukan pelbagai kesilapan.

Pertamanya mereka telah memilih waktu yang salah. Mereka kira Ramadhan akan melemahkan penyokong Morsi kerana keletihan berpuasa namun sebaliknya yang berlaku mereka semakin teguh. Mereka gerun dengan keteguhan ikhwah akhawat kita tua dan muda. Mereka sangka selepas 5-10 hari mereka akan surut tetapi mereka tetap teguh.  Apabila dibawakan pistol dan senjata api mereka bawa al-Quran dan dada mereka sebagai perisai - ayuh bunuhlah kami! Apabila seorang terbunuh mereka bukannya takut bahkan lebih ramai yang rela untuk mati.

Jumlah demonstran di Medan Rabiah seramai 3 juta orang. Kalau tidak kerana perancangan rabbani bagaimana mungkin mentadbir 3 juta orang? Ada yang nak makan ada yang nak buang air ada yang nak tidur. Negara-negara teluk pun jumlah rakyatnya hanya 4 juta orang. Ukhuwah dan perpaduan ini menimbulkan kegerunan pd musuh. Mereka solat dgn satu imam dan berdoa dengan qunut yg sama. Mereka datang sekeluarga. Kata si ayah jika mati kami sanggup mati sekeluarga!

Ikhwah akhawat kita boleh membahagi-bahagikan walaupun hanya sebutir tamar. Mereka boleh hidup bersama. Mereka menghubungi sahabat yang di masjid alharam kami berada di Medan Rabiah namun ruh kami seolah-olah berada di tanah haram. Memang tak dapat nak samakan medan rabiah dgn tanah haram tetapi ruh ukhuwah itu dapat dirasakan dan terasa nikmatnya.

Terdapat satu lagi medan namanya Medan Nahdhah yg tidak ada masjid cuma ada zoo taman bunga dan kebun buah-buahan kerana menjaga sempadan di situ. Sehingga timbul fatwa bolehkah kami beriktikaf di medan rabiah kearna ia bukan masjid? jawapannya tak boleh!

 Lalu mereka bertanya habis tu di mana kami nak iktikaf? berkatalah para ulamak. Bergembiralah kerana ikikaf itu sunat tetapi menjaga sempadan itu wajib. Kamu melakukan perkara wajib maka kedudukannya lebih istimewa daripada iktikaf. Situasi telah mmberikan kami ruh yang tinggi sehingga kami saling membantu. Makanan cukup dan ubatan cukup. Hingga terdapat begitu ramai org yg memberikan infaq. Ada make shift hospital sehingga ada yang mahu infaq ubatan disebut tak perlu kami sudah ada banyak ubatan. Inilah hospital yg paling besar.

Ada yang datang dari kampung bawa 5 ekor lembu dan kata mahu sembelih utk diedarkan dagingnya sebagai makanan.

Allah tidak akan sia-siakan hak bg org yg memiliki prinsip. Maka ingatlah saudara kamu dan berdoa untuk mereka sebelum kamu iftar.

Ini bukan isu mesir tapi isu umat. Saifuddin Qutuz telah keluar dari mesir utk memerangi mongol. Salahuddin telah keluar dari mesir ke medan hittin dan sererusnya menawan palestin. Maka mesir juga akan jadi pencetus kemenangan palestin seterusnya.

Di malaysia ada imam yg berdoa dlm bahasa melayu ya Allah bantulah dr morsi dan jatuhkan as-sisi sedangkan dia tidak kenal mereka berdua. Ini adalah barakah drpd dakwah ini.

SMHE
26 Ramadhan 1434
4 Ogos 2013
IIUM

Ratu Isabella Pemusnah Andalusia!


Ratu Isabella


Ratu Isabella dilahirkan pada Khamis, 22 April 1451 bandar Murcia, wilayah Madrigal di bawah pemerintahan kerajaan Castile. Pada masa itu Sepanyol terbahagi kepada empat kerajaan iaitu Castile yang terbesar, Aragon di bagian sebelah utara Spanyol sekarang, Granada di sebelah selatan dan Navarre di utara.

Siapa sangka Isabella semasa kecilnya seorang anak gadis yang comot pernah menderita akibat kekejaman abang tirinya Raja Enrique akhirnya muncul sebagai tokoh yang paling berjasa di Sepanyol.

Beliau dan suaminya Ferdinand berjaya menghapuskan pemerintahan Islam yang telah berkuasa di Sepanyol selama 800 tahun sehingga seolah-olah Islam tidak pernah wujud di Negara tersebut.

Zaman kemuncak pemerintahan Sepanyol apabila kekuasaannya meliputi Negara Jerman, Belanda, Belgaria, Austria, Swiss, sebagian besar Itali, sebagian Perancis, Chekoslovakia, Poland, Hunggry, Yugoslavia dan sebagian besar daerah Amerika Selatan.

Ternyata Ratu Isabella seorang wanita yang bijak, berpandangan jauh, licik dan begitu fanatik terhadap agamanya. Apabila abang tirinya Raja Enrique atau Henry 1V memaksanya berkahwin dengan Raja Portugal dengan tujuan politik bagi meluaskan pengaruhnya, Isabella memilih Ferdinand anak raja Aragon menjadi suaminya.

Raja Enrique marah lalu menamakan anak perempuannya Yuana yang masih kecil sebagai pewaris takhta. Tidak lama kemudian Raja Enrique meninggal dunia, Isabella dengan sokongan suaminya Ferdinand menuntut Kerajaan Castile. Berlaku perang saudara selama hampir dua tahun akhirnya pasukan Isabella beroleh kemenangan.

Ternyata Ratu Isabella belum berpuas hati dengan kejayaannya itu, Beliau mahu memerintah seluruh Sepanyol dan menjatuhkan pemerintahan Islam yang sudah berkluasa selama 800 tahun. Sebelum itu banyak usaha telah dilakukan bagi menjatuhkan pemerintahan Islam tapi tidak berjaya.

Akhirnya Isabella dan suaminya tahu di mana kelemahan umat Islam lalu menghantar rokok, arak dan para penyanyi dan penari yang akhirnya membuat orang Islam lebih suka menyanyi dan melihat tarian serta hiburan dari membaca al Quran.

Akhirnya pada tahun 1492 Ratu Isabella dan suaminya Ferdinand berjaya menakluk Granada kubu terakhir pemerintah Islam. Bagi memastikan umat Islam tidak memberontak maka dibuat perjanjian damai, umat Islam dibenarkan beribadat menurut ajaran agama. Begitu juga orang Yahudi dibenarkan menganut agama mereka.

Kemudian Ratu Isabella dan Ferdinand mengeluarkan perintah melalui mahkamah semua orang Yahudi di Sepanyol masuk Kristian atau keluar dari Sepanyol. Ketika itu umat Islam tidak termasuk dalam perintah itu malah Ratu Isabella meminta bantuan orang Islam untuk memastikan semua orang Yahudi keluar dari Sepanyol.

Selepas rancangan itu berjaya akhirnya tiba pula giliran umat Islam dipaksa membuat pilihan masuk Kristian atau keluar dari Sepanyol. Pada mulanya umat Islam Sepanyol menentang perintah tersebut malah mereka sanggup berjuang. Lalu dipujuk mereka boleh keluar dari Sepanyol berlindung di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniyah di Turki. Malah Ratu Isabella berjanji menyediakan kapal yang mengangkut mereka keluar dari Sepanyol dengan percuma.

Ternyata umat Islam Sepanyol termakan pujukan itu lalu bersetuju meletak senjata dan pergi ke pantai hanya dengan membawa harta tanpa senjata. Ternyata itu adalah perangkap, apabila mereka sudah menaiki kapal maka kapal itu dibakar di tengah lautan. Mereka yang menunggu giliran di pantai dibunuh tentera Ratu Isabella tanpa belas kasihan.

Mereka yang masuk Kristian pula dipastikan mereka tidak murtad. Jika didapati bersembahyang, tidak makan babi atau menyimpan al Quran dalam rumah maka seluruh keluarga habis dibunuh.

Kisah kekejaman Ratu Isabella terhadap umat Islam ini banyak diceritakan dalam buku sejarah seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal bernama Ibn Hazam mnceritakannya dalam kitabnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.

Sunday, August 4, 2013

JENAYAH CURI IDENTITI -Elak kemaskini lokasi aktiviti dalam laman sosial



Jika anda jenis orang yang efisyen dalam hal mengepos atau mengemaskini aktiviti atau lokasi anda di media sosial, fikir semula!

Pemahkah anda mendengar jenayah kecurian identiti dalam talian? Kami pasti, anda sedar dengan ancaman kecurian identiti ini berdasarkan hakikat bahawa anda sentiasa ‘hadir' secara dalam talian, tidak kiralah menerusi akaun Facebook, beli-belah secara dalam talian mahupun melaksanakan transaksi perbankan di internet.

Lebih menakutkan, risiko kecurian identiti menjadi lebih tinggi ketika anda sedang bercuti atau mengembara. Kecurian identiti di Malaysia bukan masalah baru, malah wajar untuk dikatakan bahawa jenayah ini sudah sedia wujud sejak bermula era digital di negara ini.

Dengan kemunculan penggodam dan penjenayah siber yang semakin licik dan sofistikated tidak hairanlah kecurian identiti sudah mula menjadi masalah apabila lebih RM4 juta dilaporkan lesap akibat kecurian identiti pada tiga bulan pertama 2011.

Semestinya, pada kesempatan musim cuti perayaan seperti Aidilfitri, ramai akan merantau dan berada di luar kota menuju kampung halaman masing-masing, manakala ada juga yang lebih selesa meraikannya dengan pergi bercuti.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...