Seorang muslimah yang mempunyai kelulusan Phd yang
berhijab telah ditanya oleh para wartawan yang merasa hairan dengan pemakaian
hijabnya tak memberi kesan terhadap tahap kecerdikannya kerana mereka menyangka
berhijab adalah simbol kemunduran dan ketinggalan zaman, lalu dia menjawab
dengan mudah dan bijaksana:
"Manusia pada zaman permulaan dahulu hampir bertelanjang keadaan mereka dan setelah pemikiran mereka berkembang mengikut peredaran zaman mereka mula memakai baju, dan hijab yang saya pakai pada hari ini ialah kemuncak pemikiran dan kemajuan yang dicapai oleh manusia dan ia bukanlah kemunduran."
Adapun bertelanjang ia adalah simbol kemunduran dan
ketinggalan yang mengembalikan pemikiran manusia kepada zaman permulaan dahulu.
Kalaulah bertelanjang itu simbol kemajuan nescaya
sudah tentulah binatang lebih maju".
No comments:
Post a Comment