Sunday, August 4, 2013

JENAYAH CURI IDENTITI -Elak kemaskini lokasi aktiviti dalam laman sosial



Jika anda jenis orang yang efisyen dalam hal mengepos atau mengemaskini aktiviti atau lokasi anda di media sosial, fikir semula!

Pemahkah anda mendengar jenayah kecurian identiti dalam talian? Kami pasti, anda sedar dengan ancaman kecurian identiti ini berdasarkan hakikat bahawa anda sentiasa ‘hadir' secara dalam talian, tidak kiralah menerusi akaun Facebook, beli-belah secara dalam talian mahupun melaksanakan transaksi perbankan di internet.

Lebih menakutkan, risiko kecurian identiti menjadi lebih tinggi ketika anda sedang bercuti atau mengembara. Kecurian identiti di Malaysia bukan masalah baru, malah wajar untuk dikatakan bahawa jenayah ini sudah sedia wujud sejak bermula era digital di negara ini.

Dengan kemunculan penggodam dan penjenayah siber yang semakin licik dan sofistikated tidak hairanlah kecurian identiti sudah mula menjadi masalah apabila lebih RM4 juta dilaporkan lesap akibat kecurian identiti pada tiga bulan pertama 2011.

Semestinya, pada kesempatan musim cuti perayaan seperti Aidilfitri, ramai akan merantau dan berada di luar kota menuju kampung halaman masing-masing, manakala ada juga yang lebih selesa meraikannya dengan pergi bercuti.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...