Isi kandungan posting ini diambil dari penjelasan yang dibuat oleh Ayahanda Abdul Latip Talib mengenai buku yang bertajuk Mustafa Kamal Attaturk Penegak Agenda Yahudi.
Abdul Latip Talib |
- Benarkah Mustafa Kamal Ataturk keturunan Yahudi? Apa buktinya.
- Benarkah Mustafa Kamal Ataturk mengalami penyakit misteri sebelum meninggal dunia? Apa buktinya?
- Bernarkan mayat Mustafa Kamal Ataturk tidak diterima bumi? Apa buktinya?
Saya bukanlah orang pertama
menulis kisah Mustafa Kamal Ataturk kerana sebelum ini sudah ditulis oleh Dr
Abdullah Azzam melalui bukunya Turki Negara Dua Wajah, Pahrol Mohamad Juoi
dalam bukunya Istanbul Iktibar Sebuah Empayar, Dr Ali Muhammad As Shalabi
melalui bukunya Bangkit&Runtuhnya Khalifah Uthmaniyah dan beberapa lagi.
Novel Mustafa Kamal Ataturk itu
ditulis dari fakta-fakta yang terdapat dalam buku rujukan tersebut ditambah
dengan temuramah dengan penduduk tempatan semasa kembara ke Turki.
Kisah kezaliman Mustafa Kamal
Ataturk termasuk kisah beliau mendapat penyakit misteri hanya diketahui umum
setelah beliau meninggal dunia. Perkara itu didedahkan sendiri oleh mereka yang
rapat dengannya. Dilakukan secara tidak disengajakan. Mereka menulis sendiri
kisah pengalaman bersama tokoh itu semasa hidupnya dengan tujuan hendak
memujinya. Tetapi mereka tidak sedar telah mendedahkan rahsia Mustafa Kamal
Ataturtk yang sekian lama disembunyikan.
Semasa Mustafa Kamal Ataturk
masih hidup dan setelah beliau meninggal dunia ada larangan dari pemerintah
menceritakan keburukannya. Kerana itu surat khabar dan media di Turki hanya
menceritakan kebaikannya sahaja. Namun buku-buku yang ditulis oleh mereka yang
rapat dengannya telah mendedahkan rahsia Mustafa Kamal Ataturk.
KETURUNAN YAHUDI
Falih Rifqi pembantu Mustafa Kamal Ataturk dalam bukunya Janqaya
halaman 17 menulis.
“Dalam pelbagai kesempatan terdapat mereka yang mahu mencatat salasilah
keturunan pemimpin mereka. Mustafa Kamal Ataturk tidak mahu memberitahu siapa
ayahnya. Pada suatu hari seorang pegawai tentera membawa gambar Ali Riza Efendi
yang berpakaian seragam tentera, Aku mendengar dengan telingaku sendiri beliau
berkata itu bukan ayahku.”
H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang
berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah
menulis: Sesungguhnya Ataturk adalah
daripada keturunan Yahudi. Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari
Sepanyol ke bandar Salonika.
Tindakan tidak bermoral daripada Kamal Ataturk itu tidak usah pembaca
hairankan tatkala mengetahui yang beliau sebenarnya berasal daripada bangsa
Yahudi Dunamah. (Petikan daripada buku Bangkit & Runtuhnya Khalifah
Uthmaniyah oleh Dr. Ali Muhammad Ash
Shalabi, Pustaka Al-Kautsar, 2004)
Arnol Toynbee menyatakan perihal nasab Mustafa Kamal Ataturk dengan
menyatakan, “Sesungguhnya, darah Yahudi
mengalir deras di dalam tubuh Mustafa Kamal Ataturk.”
Usamah Aynaya berkata, “Sesungguhnya,
orang-orang Dunamah begitu berbangga dengan Kamal Ataturk dan berkeyakinan
dengan keyakinan yang kukuh yang beliau adalah sebahagian daripada mereka.”
Dalam Ensiklopedia Yahudi disebutkan, “Sebahagian besar kalangan Yahudi Salonika mengatakan dengan tegas
bahawa Mustafa Kamal Ataturk berasal dari Yahudi Dunamah.
Saya sendiri pernah ke Salonika
tempat kelahiran Mustafa Kamal Ataturk penduduknya terdiri dari orang Yahudi.
PENGKHIANAT UMAT ISLAM
Mustafa Kamal Ataturk memegang
tampuk kekuasaan setelah perjanjian Luzon, dimana pihak Inggeris memberl syarat
padanya supaya meruntuhkan kekhalifahan dan memadamkan setiap usaha
mengembalikan sistem kekhalifahan dan supaya dia menghancurkan sinar Islam serta
mengambil undang-undang Eropah sebagai ganti hukum Islam. Dia melarang azan
dalam bahasa Arab, mengganti tulisan Arab dengan hUruf latin, memerintahkan
rakyat Turki memakai topi (topi koboi) melarang pakaian Islam serta merubah
masjid Aya Sofia menjadi muzium.” Turki Negara Dua Wajah oleh Dr Abdullah
Azzam.
“Beberapa bulan yang lalu,
Negara-negara Islam masih memandang Mustafa Kamal Ataturk sebagai Salahuddin al
Ayubi kedua. Mereka menaruh harapan besar agar Ataturk memimpin perang melawan
pasukan Kristien dan menjadi pelopor bagi Negara-negara Timur (Islam) untuk
melangsungkan perang suci..Tetapi kini kepercayan dunia Timur kepadanya mula
hilang perlahan-lahan.Saat berdialog dengan saya banyak kaum muslimin yang
berkata “Mustafa Kamal Ataturk telah menghianati kami”. Tidak ada lagi orang
yang membicarakan masalah perang suci .Mustafa Kamal Ataturk dipandang seperti
itu setelah penampilan jati dirinya yang sebenar terserlah.Dia mengambil setiap
keuntungan harta yang diberikan kepadanya dan sanggup mengorbankan banyak hal
yang dianggap oleh tokoh-tokoh Islam sebagai penghinaan.Ketika mendapat
pelbagai keuntungan dia berusaha memenopoli dan menyembunyikannya dan setelah
bernar-benar yakin dapat menguasainya dia cuba membuat strategi baru untuk
mendapat keuntungan yang lebih banyak lagi.” Hemingway The Toronto Daily Star
24 Oktober 1922 dengan judul “Surat-surat dari Istanbul- Bumi yang terjajah.
MENDAPAT PENYAKIT MISTERI
Zubaidah Hanim isteri Mustafa
Kamal Ataturk bercerita mengenai hari-hari terakhir mengenai suaminya.
“Suamiku di hari-hari terakhirnya sangat berdukacita dengan apa yang
dilakukannya sehingga membiarkan dirinya putus asa dan itu melemahkan jiwanya
ditambah lagi dengan penyakitnya yang semakin parah sehingga tidak ada harapan
lagi untuk hidup.”
Hal ini telah dinyatakan oleh Lord Kinross: But the rooms of the palace proved almost as hot, and everyday firemen
came to spray water on the outside walls of Ataturk bedroom.
Dr Rasyid Ghalib doktor peribadi Mustafa Kamla Ataturk dalam
bukunya menceritakan bagaimana Mustafa Kamal Ataturk mendapat penyakit misteri
seperti gatal seluruh badan, rasa panas yang melampau, perut kembung dan
ketagih arak.
Ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan
kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
Semoga kisah Mustafa Kamal
Ataturk menjadi pengajaran kepada kita…