Wednesday, July 31, 2013

Info : Mustafa Kamal Attaturk, Penegak Agenda Yahudi



Isi kandungan posting ini diambil dari penjelasan yang dibuat oleh Ayahanda Abdul Latip Talib mengenai buku yang bertajuk Mustafa Kamal Attaturk Penegak Agenda Yahudi.

Abdul Latip Talib

  1. Benarkah Mustafa Kamal Ataturk keturunan Yahudi? Apa buktinya.
  2. Benarkah Mustafa Kamal Ataturk mengalami penyakit misteri sebelum meninggal dunia? Apa buktinya?
  3. Bernarkan mayat Mustafa Kamal Ataturk tidak diterima bumi? Apa buktinya?

Saya bukanlah orang pertama menulis kisah Mustafa Kamal Ataturk kerana sebelum ini sudah ditulis oleh Dr Abdullah Azzam melalui bukunya Turki Negara Dua Wajah, Pahrol Mohamad Juoi dalam bukunya Istanbul Iktibar Sebuah Empayar, Dr Ali Muhammad As Shalabi melalui bukunya Bangkit&Runtuhnya Khalifah Uthmaniyah dan beberapa lagi.

Novel Mustafa Kamal Ataturk itu ditulis dari fakta-fakta yang terdapat dalam buku rujukan tersebut ditambah dengan temuramah dengan penduduk tempatan semasa kembara ke Turki.

Kisah kezaliman Mustafa Kamal Ataturk termasuk kisah beliau mendapat penyakit misteri hanya diketahui umum setelah beliau meninggal dunia. Perkara itu didedahkan sendiri oleh mereka yang rapat dengannya. Dilakukan secara tidak disengajakan. Mereka menulis sendiri kisah pengalaman bersama tokoh itu semasa hidupnya dengan tujuan hendak memujinya. Tetapi mereka tidak sedar telah mendedahkan rahsia Mustafa Kamal Ataturtk yang sekian lama disembunyikan.

Semasa Mustafa Kamal Ataturk masih hidup dan setelah beliau meninggal dunia ada larangan dari pemerintah menceritakan keburukannya. Kerana itu surat khabar dan media di Turki hanya menceritakan kebaikannya sahaja. Namun buku-buku yang ditulis oleh mereka yang rapat dengannya telah mendedahkan rahsia Mustafa Kamal Ataturk.

KETURUNAN YAHUDI

Falih Rifqi pembantu Mustafa Kamal Ataturk dalam bukunya Janqaya halaman 17 menulis.
“Dalam pelbagai kesempatan terdapat mereka yang mahu mencatat salasilah keturunan pemimpin mereka. Mustafa Kamal Ataturk tidak mahu memberitahu siapa ayahnya. Pada suatu hari seorang pegawai tentera membawa gambar Ali Riza Efendi yang berpakaian seragam tentera, Aku mendengar dengan telingaku sendiri beliau berkata itu bukan ayahku.”

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis: Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.

Tindakan tidak bermoral daripada Kamal Ataturk itu tidak usah pembaca hairankan tatkala mengetahui yang beliau sebenarnya berasal daripada bangsa Yahudi Dunamah. (Petikan daripada buku Bangkit & Runtuhnya Khalifah Uthmaniyah oleh Dr. Ali Muhammad Ash Shalabi, Pustaka Al-Kautsar, 2004)

Arnol Toynbee menyatakan perihal nasab Mustafa Kamal Ataturk dengan menyatakan, “Sesungguhnya, darah Yahudi mengalir deras di dalam tubuh Mustafa Kamal Ataturk.”

Usamah Aynaya berkata, “Sesungguhnya, orang-orang Dunamah begitu berbangga dengan Kamal Ataturk dan berkeyakinan dengan keyakinan yang kukuh yang beliau adalah sebahagian daripada mereka.”

Dalam Ensiklopedia Yahudi disebutkan, “Sebahagian besar kalangan Yahudi Salonika mengatakan dengan tegas bahawa Mustafa Kamal Ataturk berasal dari Yahudi Dunamah.
Saya sendiri pernah ke Salonika tempat kelahiran Mustafa Kamal Ataturk penduduknya terdiri dari orang Yahudi.


PENGKHIANAT UMAT ISLAM

Mustafa Kamal Ataturk memegang tampuk kekuasaan setelah perjanjian Luzon, dimana pihak Inggeris memberl syarat padanya supaya meruntuhkan kekhalifahan dan memadamkan setiap usaha mengembalikan sistem kekhalifahan dan supaya dia menghancurkan sinar Islam serta mengambil undang-undang Eropah sebagai ganti hukum Islam. Dia melarang azan dalam bahasa Arab, mengganti tulisan Arab dengan hUruf latin, memerintahkan rakyat Turki memakai topi (topi koboi) melarang pakaian Islam serta merubah masjid Aya Sofia menjadi muzium.” Turki Negara Dua Wajah oleh Dr Abdullah Azzam.

“Beberapa bulan yang lalu, Negara-negara Islam masih memandang Mustafa Kamal Ataturk sebagai Salahuddin al Ayubi kedua. Mereka menaruh harapan besar agar Ataturk memimpin perang melawan pasukan Kristien dan menjadi pelopor bagi Negara-negara Timur (Islam) untuk melangsungkan perang suci..Tetapi kini kepercayan dunia Timur kepadanya mula hilang perlahan-lahan.Saat berdialog dengan saya banyak kaum muslimin yang berkata “Mustafa Kamal Ataturk telah menghianati kami”. Tidak ada lagi orang yang membicarakan masalah perang suci .Mustafa Kamal Ataturk dipandang seperti itu setelah penampilan jati dirinya yang sebenar terserlah.Dia mengambil setiap keuntungan harta yang diberikan kepadanya dan sanggup mengorbankan banyak hal yang dianggap oleh tokoh-tokoh Islam sebagai penghinaan.Ketika mendapat pelbagai keuntungan dia berusaha memenopoli dan menyembunyikannya dan setelah bernar-benar yakin dapat menguasainya dia cuba membuat strategi baru untuk mendapat keuntungan yang lebih banyak lagi.” Hemingway The Toronto Daily Star 24 Oktober 1922 dengan judul “Surat-surat dari Istanbul- Bumi yang terjajah.


MENDAPAT PENYAKIT MISTERI

Zubaidah Hanim isteri Mustafa Kamal Ataturk bercerita mengenai hari-hari terakhir mengenai suaminya.

“Suamiku di hari-hari terakhirnya sangat berdukacita dengan apa yang dilakukannya sehingga membiarkan dirinya putus asa dan itu melemahkan jiwanya ditambah lagi dengan penyakitnya yang semakin parah sehingga tidak ada harapan lagi untuk hidup.”

Hal ini telah dinyatakan oleh Lord Kinross: But the rooms of the palace proved almost as hot, and everyday firemen came to spray water on the outside walls of Ataturk bedroom.

Dr Rasyid Ghalib doktor peribadi Mustafa Kamla Ataturk dalam bukunya menceritakan bagaimana Mustafa Kamal Ataturk mendapat penyakit misteri seperti gatal seluruh badan, rasa panas yang melampau, perut kembung dan ketagih arak.

Ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Semoga kisah Mustafa Kamal Ataturk menjadi pengajaran kepada kita…


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...