Bumi adalah tempat tinggal Manusia dan makhluk-makhluk yang diciptakan Allah s.w.t. Bumi ini telah diamanahkan kepada umat manusia dan dijadikan Khalifah untuk mentadbir Bumi ini dan sekalian hidupan yang lain.
Namun bukan ini yang ingin kita bicarakan.
Kali ini, kita mahu melihat tentang Kejadian Siang dan Malam. Secara saintifiknya, kejadian ini berlaku apabila Bumi berputar di atas paksinya, apabila sebahagian bumi menghadap ke arah matahari bahagian tersebut akan mengalami kejadian siang dan bahagian yang membelakangi matahari akan mengalami kejadian malam. Bumi berputar dari Barat ke Timur, justeru itu bahagian timur bumi akan menerima cahaya matahari terlebih dahulu (siang) berbanding bahagian barat (malam).
Putaran bumi semasa membuat perkelilingan dengan matahari
yang berlaku pada kecondongan 23.5 Darjah, menyebabkan satah bumi-matahari juga
condong pada kadar yang sama. Perubahan kedudukan matahari di ekliptiknya, memberi kesan
terhadap kedudukan terbit dan terbenam matahari serta panjang slang dan malam.
Berdasarkan paksi kutub, yang ditentukan oleh nilai latitud sesuatu tempat,
panjang siang dan malam setiap tempat di bumi berbeza-beza di sepanjang tahun.
Saiz lengkungan siang terletak di sebelah atas ufuk, manakala lengkungan malam
terletak di bawah ufuk. Apabila matahari berada di langit utara, penduduk di
hemisfera utara akan mengalami slang yang lebih panjang berbanding ketika
matahari berada di selatan.
Selepas bulan Mac, waktu siang lebih panjang daripada waktu
malam. Manakala pada bulan Disember, waktu malam lebih panjang daripada waktu
siang. Siang dan malam menjadi hampir sama panjang pada masamasa berdekatan
ekuinoks, iaitu bulan Mac dan September. Kesan ini lebih ketara bagi
negara-negara yang berada pada latitud tinggi. Perubahan ini juga menjelaskan
bagaimana waktu solat berubah-ubah di sepanjang tahun.
Dalam Quran juga telah disebutkan mengenai hal ini dalam Surah Al-Araf seperti berikut:
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit
dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam
dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang
menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada
perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan
(sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan
mentadbirkan sekalian alam.
Kejadian Siang dan Malam
No comments:
Post a Comment