Friday, July 26, 2013

Nuzul Quran


Assalamualaikum w.b.t

26 Julai 2013 bersamaan Hari Jumaat dan hari ini juga hari ke-17 Ramadhan dan bertepatan dengan satu hari yang kita kenali sebgai Hari Nuzul Quran.

Nuzul Quran adalah merupakan satu peristiwa yang besar dalam Sejarah Islam kerana pada 17 Ramadhan merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana Kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran ini berlaku pada malam Jumaat.  

Peristiwa ini berlaku sewaktu Baginda Rasulullah s.a.w. beribadat di Gua Hira dengan tarikh tepatnya ialah pada 6 Ogos 610 Masihi. Perkataan Nuzul bermaksud "turun" atau "pindah" dari atas ke bawah. Al-Quran adalah Mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. paling besar dan isi kandungannya tidak lapuk dek masa dan ianya tetap relevan sepanjang zaman.

Sesungguhnya, semalam admin secara peribadi dapat merasakan satu kelainan pada alam di bumi Kelantan (Pasir Puteh) keadaan menjadi tenang dan aman serta suasana agak sejuk dan admin dimaklumkan disestengah tempat hujan telah turun dengan lebat. Mungkin ini bertepatan dengan Malam Nuzul Quran.

Dikongsikan juga disini, surah pertama (al-Alaq) yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui Malaikat Jibrail...

Terjemahan:

[96: 1] Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.
[96: 2] Dia menciptakan manusia dari segumpal darah beku;
[96: 3] Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;
[96: 4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;
[96: 5] Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.
[96: 6] Tidak sama sekali! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas,
[96: 7] karena dia melihat dirinya serba cukup.
[96: 8] Sesungguhnya kepada Tuhanmu tempat kembali.
[96: 9] Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang,
[96: 10] seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang?
[96: 11] Bagaimana pendapatmu jika orang yang dilarang itu berada di atas jalan yang betul?
[96: 12] Atau dia menyuruh orang bertaqwa (kepada Allah)?
[96: 13] Bagaimana jika orang yang melarang itu mendustakan serta dia berpaling ingkar?
[96: 14] Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat?
[96: 15] Jangan sekali-kali begitu! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya.
[96: 16] Iaitu ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang berdosa.
[96: 17] Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya);
[96: 18] Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya).

[96: 19] Ingatlah! Janganlah engkau menurut kehendaknya dan sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah.

Ikuti tafsir surah ini di sini

Bacaan surah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...