Assalamualaikum
w.b.t. dan salam ramadhan...
Kini kita sudah berada pada 20 Ramadhan dan Aidilfitri
bakal menjelma dalam masa 10 hari lagi. Ramai antara kita begitu teruja apabila
disebut pasal Aidilfitri ini. Keterujaan ini ditambah lagi apabila media massa
dan kedai-kedai serta Shopping Complex memutarkan
lagu-lagu yang berkaitan dengan Aidilfitri. Kita sebenarnya sudah sedia maklum
bahawa, Bulan Ramadhan ini adalah bulan penuh keberkatan. Amalan Ibadah yang
dilakukan pada bulan ini, di balas dengan pahala yang berlipat kali ganda.
Dalam bulan Ramadhan ini juga, kita akan mengingati turunnya Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada 17 Ramadhan.
Peristiwa ini dikenali sebagai Nuzul
Quran.
10 hari terakhir Ramadhan juga menjadi “kejaran”
buat kaum Muslimin kerana dalam malam 10 terakhir ini aka ada satu malam yang
di kenali sebagai Malam Lailatul Qadar. Sempena
10 malam terakhir ini, admin ingin membawa kalian untuk mengenali tentang Lailatul
Qadar ini.
LAILATUL
QADAR
'Lailatul Qadar adalah satu malam yang khusus
terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur'an diturunkan pada malam ini. Malam ini
disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan.
Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui
namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan
Ramadhan, iaitu pada salah satu malam
ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27
atau ke-29, ini adalah pandangan
jumhur ulama' dan umat Islam. Malah ada
sebahagian kecil ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam ke 22,
24, 26, 28 atau 30 Ramadhan. Ada
juga sebahagian ulama berpendapat ia
adalah tetap, iaitu pada malam ke 27.
Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini
dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di
sepuluh malam yang terakhir. Majoriti Muslim biasanya berusaha agar tidak
mensia-sia malam ini. Mereka akan tekun dan menjaga diri agar berjaga pada
malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.
Yang pasti, Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar
ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan.
Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000
bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun
bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan
lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500
tahun, berbahagialah orang yang tidak
pernah meninggalkan solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih kerana orang yang
solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat
Lailatul Qadar, dan Rasullah s.a.w. mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya
dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi.
1. Sejarah ringkas Malam al-Qadar: Apabila
sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. mengkagumi ibadah seorang umat Bani Israil yang
beribadah selama 1,000 bulan, dengan beribadah pada malam hari dan berjihad
pada siangnya, lalu Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan surah al-Qadar yang
menyatakan malam al-Qadar baik daripada 1,000 bulan. Ia adalah rahmat dan
kurniaan Allah Ta’ala kepada Umat Nabi Muhammad s.a.w.
BILAKAH
LAILATUL QADAR?
- Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadhan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadhan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar. Seluruh ulama sepakat bahawa al-Quran diturunkan pada malam al-Qadar, sebahagian ulama berpendapat malam al-Quran diturunkan itu berlaku pada 17 Ramadhan, Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury dalam kitab Sirah Nabawiyyah mengatakan al-Quran diturunkan pada malam ke 21 Ramadhan.
- Satu kaedah mengetahuinya, kata Imam Ghazali, kebiasaannya, jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad dan Rabu maka Lailatul Qadar malam ke 29, jika hari Isnin maka Lailatul Qadar malam ke 21, dan jika hari Jumaat dan Selasa, maka Lailatul Qadar malam ke 27, jika hari Khamis maka Lailatul Qadar malam ke 25, jika hari Sabtu maka Lailatul Qadar malam ke 23. Tetapi kaedah ini bukanlah sesuatu yang muktamad, mungkin ia bertepatan dengannya dan mungkin juga tidak, mungkin juga ia berlaku pada malam yang genap, kerana bagi negara kita ia malam yang genap tetapi bagi negara yang puasa lewat atau awal satu hari, ia adalah malam yang ganjil, jadi carilah dengan tekun pada 10 malam yang terakhir tesebut.
SIAPAKAH
YANG MENDAPAT LAILATUL QADAR?
- Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjamaah sepanjang bulan Ramadhan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat Subuh berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang sholat ‘Isya` berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai).
- Solat tarawih adalah termasuk solat malam kerana ia dilakukan selepas solat Isyak, orang yang solat tarawih dikira solat sunat pada malam Lailatul Qadar, oleh itu tambahkanlah lagi bilangan rakaatnya pada 10 malam terakhir Ramadhan.
No comments:
Post a Comment