Saturday, May 24, 2014

Dato Bahaman Pencetus Kebangkitan Pantai Timur : Episod 4 Bahagian 1 – Berperang dengan British!

SIRI PANTAI TIMUR : PAHANG

Sultan Ahmad al-Muadzam (1882-1909)
Tamat perang saudara yang berlangsung selama 6 tahun (1857-1863), Pahang telah bertambah makmur dibawah pentadbiran Bendahara Sewa Raja Wan Ahmad dan dibantu oleh Orang Kaya Setia Semantan, Dato Bahaman dan Imam Perang Rasu Tok Gajah. Kemakmuran Pahang dalam jangka masa ini telah menarik minat Inggeris dan kuasa Eropah yang lain terutamanya Jerman datang untuk melabur serta memajukan Pahang.

Pendudukan Jerman ini dipandang serius oleh Inggeris kerana mereka telah lama bertapak di sebahagian Semenanjung Tanah Melayu dan mereka mula mencampuri urusan pentadbiran Pahang. Mengikut beberapa catatan, Pahang mempunyai hasil hutan yang banyak dengan balak yang bermutu tinggi. Hasil buminya juga tidak kurang sikitnya terutama Emas di Endau, Kuala Lipis dan beberapa daerah yang lain.

Campur Tangan
Pada peringkat awal, pihak Inggeris telah melaburkan modal mereka melalui syarikat perlombongan dan carigali namun lama kelamaan aktiviti Inggeris ini tidak disenangi oleh pembesar Pahang waktu itu kerana mereka sedar tentang apa yang dilakukan oleh Inggeris terhadap beberapa negeri di Tanah Melayu pada waktu itu seperti di Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan Kedah.

Bertitik tolak dari itu, Bendahara Wan Ahmad dan Pembesarnya telah mengadakan mesyuarat sulit di Kuala Bera, Temerloh dan selepas itu mereka adakan sekali mesyuarat di Pulau Tawar, Jerantut dan kesemua pembesar Pahang pada waktu itu telah mengisytiharkan ikrar taat setia kepada Bendahara Wan Ahmad serta menolak campurtangan Inggeris dalam pentadbiran Pahang.

Inggeris menyedari tentang bantahan daripada pembesar Pahang dan bermula 1882, mereka telah melancarkan pelbagai usaha untuk menguasai Pahang sama ada secara sulit atau melaga-lagakan pemimpin Pahang pada waktu itu.

Tengku Mahmud, Sultan Pahang 1909-1917
Pada 1885, Inggeris cuba memporak perandakan Pahang dengan melantik Wan Mansur adik kepada Bendahara Wan Ahmad sebagai Raja Muda dengan memaksa wakil Pahang di Singapura menandatangani perlantikan tersebut. Sedangkan pada waktu itu, Tengku Mahmud putera Wan Ahmad sudah diakui sebagai penggantinya. Jelas tindakan Inggeris dibawah kendalian Frank Swettenham yang juga Residen Selangor pada masa tersebut untuk mengucar kacirkan Pahang.

Rancangan jahat Inggeris diteruskan untuk menekan Pahang dan kejadian pembunuhan seorang tauke Cina yang bernama Goh Hui di kawasan istana Wan Ahmad di Pekan pada 23 Januari 1888 dijadikan alasan oleh British untuk memaksa Wan Ahmad menerima Penasihat Inggeris. Ini kerana British menyatakan bahawa Goh Hui adalah rakyatnya yang berasal dari Singapura.

Kes pembunuhan Goh Hui ini telah diambil kesempatan oleh British dengan menyatakan Pahang pada waktu itu tidak aman, selaka berlaku kes pembunuhan dan mengamalkan perhambaan.

Sebelum Campur Tangan
Pahang sebenarnya berada dalam keadaan aman selepas tamat perang saudara. Pentadbiran berjalan lancar dan para pembesar menjalankan tugas dengan amanah. Orang Melayu menjalankan kerja secara gotong royong dan tidak wujud istilah perhambaan atau kerahan tenaga. Namun gaya kerja yang dijalankan oleh orang-orang Pahang pada waktu itu disalah anggap oleh British.

Namun, orang yang jahat hatinya hitam. Tamak menguasai diri atau kerana mereka memangnya berniat untuk menjajah telah dan tetap melakukan onar.

JP Rodger, Residen Pertama Pahang
Inggeris telah membawa masuk buruh Cina secara beramai-ramai dari Singapura serta dari negeri di bawah naungannya ke Pahang sebagai pekerja lombong. Keadaan ini pastinya akan menimbulkan kekacauan di kawasan lombong dan menjadi diluar kawalan kerajaan Pahang pada waktu itu. Perkara ini telah membuka ruang kepada British menawarkan bantuan kententeraan mereka untuk mententeramkan keadaan tersebut.

Sebenarnya, hal ini bukan semudah seperti disangka oleh orang-orang Pahang yang baru pulih dari perang saudara pada waktu itu. Pejabat Tanah di London telah mengarahkan Residen mereka seluruh Empayar British untuk mendapatkan seberapa banyak bahan galian terutama bijih timah, getah dan Emas untuk menampung kilang perindustrian yang sedang pesat membangun di Eropah pada waktu tersebut.

British sungguh licik, sebelum mereka bergiat cerga di Pahang, mereka telah bersahabat baik dengan Kerajaan Johor terutama dengan Maharaja Abu Bakar bagi memajak beberapa kawasan tanah lombong di Pahang dan mereka telah berjaya beroperasi di Ulu Cheka, Kecau, Tenom, Penjuin, Tras dan Sungai Dua. Menjadikan alasan pengelibatan syarikat British inilah Frank Swettenham, Weld, Hugh Clifford, J.P Rodger, Hugh Low dan Martin Lister selalu ke Pekan sama ada memaksa atau menasihati Wan Ahmad.

Siri Lawatan oleh wakil-wakil British ini telah membuatkan pembesar Pahang mengadakan pertemuan sulit untuk menyatakan pendirian mereka terhadap kegiatan British di Pahang pada waktu itu. British pada waktu itu sangat menjengkelkan tetapi pembesar Pahang tidak bertindak kerana menghormati juga Johor yang juga sahabat kepada British.

Tidak Sensitif
8 Oktober 1887, Bendahara Wan Ahmad telah menandatangani perjanjian dengan British untuk menerima sistem Residen British di Pahang dengan tujuan untuk mengekang kejadian jenayah di Pahang serta mengembalikan keamanan. Perjanjian itu juga menyatakan bahawa Bendhara Sewa Raja Wan Ahmad ditabalkan sebagai Sultan dan keturunan Baginda diakui sebagai perwaris Kesultanan Pahang. Para pembesar di beri gaji mengikut pangkat.

Setelah itu, Inggeris melaksanakan sistem Residen di Pahang dengan J.P. Rodger sebagai Residen yang pertama. Selepas setahun, British makin aktif tetapi mereka tidak melaksanakan sebagaimana mereka janjikan.

Polis Inggeris dan Sikh bertindak kasar dan tidak menghormati budaya dan adat resam orang-orang Melayu hingga menimbulkan perasaan tidak puas hati dan ada yang berdendam dengan sikap pihak berkuasa British. Para pembesar Pahang juga tidak dibayar gaji seperti mana yang dijanjikan dan mereka merasakan hak mereka telah dicabul.

Inggeris telah menuduh pembesar Pahang memungut cukai dan tidak mempedulikan larangan mereka. Mereka juga dituduh menggunakan hamba dan menjalankan kerahan tenaga terhadap rakyat Pahang. Sudah menjadi adat dan amalan orang-orang Melayu bekerja secara gotong royong terutama dalam pekerjaan ladang dan penerokaan hutan.

Pembesar Pahang telah sebulat suara melantik Dato Bahaman sebagai Ketua Perutusan untuk bertemu dengan Sultan Abu Bakar dan Sir Cecil Clementi Smith, Gabenor Negeri-Negeri Selat di Kota Tingi, Johor bagi membincangkan perkara tersebut. 3 orang pahlawan Pahang dipilih untuk mengiringi Dato Bahaman iaitu Mat Lela, Mat Kelubi dan Panglima Hitam Haji Othman bin Haji Abdullah atau Radin Damabulan.

Rundingan Gagal
Perjalanan dari Pekan ke Kota Tinggi memang sukar pada masa itu, rombongan Dato Bahaman telah mudik dari Sungai Pahang hingga ke Penarik dengan perahu. Kemudian mereka berjalan kaki melalui Muar hingga ke Johor Bharu. Setelah itu melalui Skudai selama tiga hari barulah mereka tiba di Kota Tinggi.

Dato Bahaman telah menjelaskan perihal Inggeris yang tidak memenuhi janji mereka pada 1887 itu. Gabenor Negeri-Negeri Selat menyatakan kesedihan beliau akan perkara itu dan menwarkan gaji tetap $500 sebulan kepada Dato Bahaman di samping gaji paling tinggi dikalangan pembesar selepas Sultan dan pembesar lain menerima gaji mengikut pangkat dan ianya berkuat kuasa sebulan selepas itu.

Tawaran tersebut telah ditolak bulat-bulat oleh Dato Bahaman dan berikrar dihadapan Sultan Abu Bakar dan Gabenor Inggeris itu untuk bangkit memperjuangkan Pahang selagi British tidak keluar dari Pahang.

Tindakan Dato Bahaman itu telah mencetus bibit perseteruan dengan British. Sultan Ahmad telah dipaksa melucutkan jawatan Dato Bahaman dan atas Sultan juga, Dato Bahaman kerap diundang ke Pekan sebagai umpan untuk menangkap beliau. Orangnya penuh ilmu dan pengalaman, Dato Bahaman tidak mudah diperdaya, malah beliau telah membina angkatan untuk bersedia menghadapi segala kemungkinan di Semantan.

British Bertindak
1889, Inggeris telah bertindak kejam dengan menembak dan merampas tapak rumah Orang Kaya Setia Raja Haji Wan Daud di Kuala Lipis dengan kekerasan dan ditawarkan $200 sebagai pampasan. Bagai mencurah minyak dalam api. Inggeris semakin bongkak dengan membina Pondok Polis di Lubuk Terua, Semantan tidak berapa jauh daripada rumah Dato Bahaman.

Tindakan ini telah membangkitkan kemarahan Dato Bahaman kerana ianya mencabar kedudukan beliau selaku Orang Besar Pahang. Di daerah lain, seperti Kuala Lipis, Bentong dan Jerantut, Inggeris dengan sombong telah membuka lombong bijih timah tanpa menghiraukan pembesar Pahang di daerah tersebut.

Sultan Ahmad  pula telah berpindah dari Pekan ke Pualau Tawar, Jerantut sejak Tengku Mahmud dilantik sebagai pemangku Raja pada 22 Julai 1889. Tengku Mahmud pula dipaksa ke Pekan untuk memudahkan urusan J.P.Rodgers bagi menandatangani perintah demi kepentingan Inggeris. Perpindahan Sultan Ahmad sebenarnya untuk memutuskan hubungan antara baginda dengan Dato Bahaman, seolah-olah Sultan Pahang tidak lagi menyokong Dato Bahaman.

Perkara ini telah membuatkan kedaulatan Sultan Pahang diremehkan dan telah menyemarakkan kemarahan penduduk Pahang terutama Dato Bahaman dan mereka menyedari Inggeris menggunakan nama Sultan dalam setiap tindakan mereka.

Episod ini akan bersambung pada bahagian dua.


Thursday, May 22, 2014

Dato Bahaman Pencetus Kebangkitan Pantai Timur : Episod 3 – Dari Acheh turun ke Pahang!

SIRI PANTAI TIMUR : PAHANG

Pendahuluan
Dua episod sebelum kami ada nyatakan tentang Dato Bahaman dan juga usaha mendedahkan kebenaran tentang Dato Bahaman yang masih lagi hidup pada tahun 1970an selepas menjadi buruan Inggeris selepas tamat Perjuangan di Pahang pada 1895.

Ramai generasi kita hanya nampak akan “Tok Gajah” sahaja seolah-olah Dato Bahaman Orang Kaya Setia Semantan Pahang hanyalah watak sampingan, begitu juga kisah Tok Janggut dan Engku Jeram itu hanyalah watak pembantu. Inilah “game” yang dimainkan untuk terus mematikan terus semangat perjuangan Orang Melayu. Namun, bukan itu yang kita mahu bangkitkan dalam artikel ini.

Dua artikel sebelum ini kita memperkenalkan kembali akan Perjuangan Dato Bahaman dan pada artikel seterusnya menyatakan akan perihal Tok Peramu yang kemudian disahkan sebagai Dato Bahaman melalui anak murid, keluarga dan sahabat beliau meskipun Tok Peramu tidak mengesahkan beliau adalah Dato Bahaman. Justeru, kami lanjutkan tentang susur galur Dato Bahaman itu.

Biodata
Nama sebenar :  Tengku Abdul Rahman Alam Shah bin Tengku Nong@Tengku Noh.
Tarikh Lahir : 1824
Tarikh Meninggal : 23 Julai 1977 pada usia 153 tahun dengan nama Tok Peramu
Bapa : Tengku Nong@Tengku Noh
Bonda : Tengku Esah binti Tengku Abdullah (Keturunan Raja Acheh)

Beliau mempunyai 5 orang saudara, 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan.
  • Tengku Muhammad Yaakob
  • Tengku Abdul Rahman Alam Shah (Tok Peramu)
  • Tengku Ibrahim
  • Tengku Maznah (Tengku Nah) – tinggal di Riau
  • Tengku Maimunah

 Datuk Bahaman mempunyai 4 orang Isteri dan 10 orang anak
  1. Maimunah, anaknya: Mat Kelubi
  2. Syaripah Zainab binti Haji Kamarudin (Dato Puteh) asal dari Salor Kampar-Sumatera, anaknya: Mat Lela
  3. Fatimah, anaknya:
  • Haji Derus
  • Zainab
  • Bedah
  • Hassan
  • Mohd. Amin (Dato Maharaja Lela Tok Siam)
  • Penghulu Muhammad
  • Ngah Wook
  • Awang Boyan Padang Tengku Lipis
  • Umar
4. Anak Batin Kalmak yang di Islamkan terlebih dahulu sebelum dikahwini. (Batin Orang Asli di Klau, Semantan) antara lain adalah untuk mendapatkan sokongan Kaum Orang Asli dalam perjuangan beliau menentang Inggeris.

Dari Acheh
Pada 1854, Datuk Bahaman telah keluar dari Kota Raja, Acheh bersama-sama ayah dan ahli keluarganya ke Batu Satu, Kampung Umur, Sri Menanti, Negeri Sembilan ketika berusia 30 tahun. Tengku Nong telah mangkat di Kampung Rantau Panjang, Lanchang dan dikebumikan di kampung itu.

Di Negeri Sembilan, Dato Bahaman telah menjadi orang yang berpengaruh di Istana dengan gelaran Datuk Camang Gagah atau disebut juga sebagai Kahar, selain itu Dato Bahaman ini sebenarnya sepupu kepada Tengku Antah yang berasal dari Pagar Ruyung, pada waktu baginda adalah Yamtuan Besar Negeri Sembilan. Sebelum mendapat gelaran Dato Bahaman, beliau lebih terkenal dengan gelaran Dato Camang Gagah.

Ringkasnya, Dato Camang Gagah adalah orang yang benar-benar dipercayai oleh Tengku Antah, segala perkara akan dirujuk kepada Dato Camang Gagah terlebih dahulu. Dalam tahun 1888, Yamtuan Besar Tengku Antah telah mangkat dan dimakamkan berhampiran kediaman Dato Camang di Batu Satu Kampung Umur, Sri Menanti.

Perseteruan dengan Inggeris
Setelah kemangkatan Yamtuan Besar Tengku Antah, Dato Camang Gagah telah diberi mandat oleh para Pembesar Negeri Sembilan memangku jawatan Yamtuan Besar kerana pada waktu itu pewaris takhta Negeri Sembilan, Tengku Muhammad belum cukup umur untuk ditabal sebagai Raja.

Pada waktu inilah berlaku perseteruan antara Tengku Muhammad dengan sepupunya yang lebih tua bernama Tengku Ahmad Tunggal menuntut takhta Yamtuan Besar, namun niat beliau dibantah oleh Dato Camang Gagah kerana Tengku Ahmad adalah waris takhta yang sah.

Tengku Ahmad Tunggal yang mendapat sokongan seorang Gabenor Inggeris, En. William Jervois yang mahukan Tengku Ahmad Tunggal menjadi Yamtuan Besar di Jelebu. Hasrat ini ditentang keras oleh Dato Camang Gagah dan berkeras bahawa Tengku Muhammad waris yang sah dan akan bersemayam di Seri Menanti dan bukannya di Jelebu. Dalam peristiwa tersebut jugalah Dato Camang Gagah tegas menyatakan bahawa hanya beliau yang berhak menabalkan Yamtuan Besar yang baru memandangkan pada waktu itu beliau adalah Pemangku Yamtuan Besar. Inilah permulaan konfrontasi secara langsung antara Dato Camang Gagah dengan British.

Tidak lama selepas itu, Dato Camang Gagah telah menabalkah Tengku Muhammad selaku Yamtuan Besar Negeri Sembila pada 1891. Selain itu, Dato Camang Gagah juga melantik Dato Abdullah sebagai Datuk Undang Pertama di Jelebu.

Rupanya, perseteruan antara Dato Camang Gagah dengan Inggeris tercetus semenjak 1874 lagi. Ia bermula apabila Inggeris mencampuri urusan pentadbiran di Negeri Sembilan.

Perang Saudara Pahang
Pahang selepas Sriwijaya runtuh, mengalami pelbagai konfrontasi daripada Siam, Empayar Melaka, Portugis, Belanda, Johor, dan Acheh pada sebahagian abad ke-16. Sepanjang tempoh itu, Raja-Raja Pahang sering terbunuh, kebanyakkan rakyatnya pula dibunuh ataupun dijadikan hamba dan ekonomi Pahang pada waktu itu musnah. Selepas  kejatuhan Acheh pada pertengahan abad ke-17, Pahang telah dikuasai oleh Johor. Namun semenjak 1470, Pahang diperintah oleh Sultan dari keturunan Kesultanan Melaka hinggalah pada 1688, setelah itu keturunan Raja Bendahara Seri Maharaja (Bendahara Johor) memerintah Pahang hingga 1882 dan setelah digabungkan dalam Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Pahang mempunyai institusi Kesultanannya yang tersendiri.

Pada 1857 – 1863, Pahang telah terlibat dalam Perang Saudara antara Wan Ahmad dengan Wan Mutahir. Mereka berdua adalah anak kepada Tun Ali tetapi berlainan ibu. Menurut sumber, perang ini bermula dari perselisihan faham antara Wan Ahmad dengan Wan Mutahir berikutan fitnah. Menurut sumber, tersebarnya hasutan fitnah oleh ipar Wan Mutahir; Engku Saiyid yang mengatakan Wan Ahmad berkelakuan sumbang dengan ibu tirinya, Cik Puan Seni (balu Alhamrhum Bendahara Tun Ali) dan mendesak Wan Mutahir untuk membunuh Wan Ahmad. Tujuan sebenar Wan Ahmad berbaik dengan Cik Puan Seni adalah untuk mendapatkan sebilah keris Warisan Kerajaan Pahang yang bernama “Tok Bidan”. Wan Ahmad memperoleh keris tersebut dengan bantuan Dato Camang Gagah.

Menurut sumber juga, fitnah itu sebenarnya dijadikan alasan utama sedangkan Wan Mutahir tidak mengiktiraf wasiat almarhum ayahandanya Bendahari Tun Ali, yang telah menyerahkan Kuantan di bawah Pentadbiran Wan Ahmad.

Dato Camang Gagah telah memihak kepada Wan Ahmad kerana mereka sudah lama bersahabat dan ditambah, Tun Fatimah binti Muhammad isteri kepada Wan Ahmad merupakan saudara beliau. Persengketaan dengan Inggeris di Seri Menanti telah membuatkan beliau meninggalkan Negeri Sembilan dan berjalan kaki menuju Pahang melalui Sungai Semantan dan Kuala Bera bersama isterinya, Aminah yang kebetulan telah jatuh sakit dan meninggal di Lubuk Tua, Kuala Bera.

Wan Ahmad sedar akan fitnah dan ancaman bunuh terhadap beliau tersebar. Beliau telah membuat keputusan untuk berundur bersama Dato Camang Gagah ke Kemaman, Terengganu. Kemudian ke Sungai Pahang dan mudik hingga ke Kuala Bera sampai ke Penarik, dan berjalan kaki  hingga ke Ulu Muar dan menaiki Kapa Laut hingga ke Kampung Gelam, Singapura bagi menemui sahabat mereka disana.

E.A. Blundell, Gabenor Singapura (1855-1859) tidak memandang berat akan kehadiran Wan Ahmad ke Singapura, meskipun Temenggong Ibrahim, Johor cuba mempengaruhi Blundell supaya menghalau Wan Ahmad keluar dari Singapura. Temenggong Ibrahim bersungguh-sungguh kerana beliau merupakan besan kepada Wan Mutahir.

Atas hubungan Dato Camang Gagah yang meluas, mereka telah mendapat sokongan pahlawan dari Singapura antaranya Tuan Sheikh Mohsin, Imam Perang Mahkota, Tuan Mandak Al-Jaffari, Imam Perang Gendut dan beberapa orang lagi. Setelah mendapat bantuan daripada pahlawan Melayu di Singapura, Wan Ahmad dan Dato Camang Gagah dapati mereka belum boleh melancarkan serangan atas beberapa faktor, namun persediaan mereka dijalankan dengan rapi. Mereka telah belayar ke Kemaman. Sultan Zainal Abidin yang memerintah Terengganu pada waktu itu juga menyokong Wan Ahmad.

Di Kemaman, mereka memantapkan lagi barisan pahlawan yang telah dikumpulkan dan terus belayar ke Kuala Pahang, kemudian ke Kampung Marhum dan seterusnya ke Kampung Pulau Jawa untuk menguji angkatan Wan Mutahir yang diterajui oleh Engku Saiyid bersama anaknya Tuan Embong. Mereka tidak dapat menahan asakan daripada angkatan Dato Camang Gagah dan berundur ke Kubu Wan Mutahir di Kampung Gancong. Selepas itu Engku Saiyid berkubu pula di Teluk Ketapang dan Kampung Cina. Engku Panglima Besar Wan Ismail dan Datuk Perba Jelai Wan Idris pula berkubu di Kampung Pulau Keladi.

Dato Camang Gagah telah dibantu oleh Imam Perang Rasu Tok Gajah bin Datuk Basirun, Saiyid Idrus, Wan Dagang dan Wan Lambak serta 500 orang hulubalang bersenjata dengan mudah dapat mengatasi kesemua kubu-kubu itu. Wan Mutahir dan angkatannnyat terpaksa berundur dan serangan berterusan dengan menyerang Kubu Wan Mutahir di Kampung Gancong. Setelah bertempur selama lima hari, angkatan Wan Mutahir telah berundur ke  Kampung Chenor.

Angkatan Dato Camang Gagah telah mudik ke Pulau Manis dan menunggu angkatan Wan Mutahir dari Kampung Chenor yang dalam perjalanan untuk melakukan serangan balas ke atas bandar Pekan. Mereka bertempur seharian suntuk dan berjaya mengundurkan angkatan Wan Mutahir. Pasukan Dato Camang Gagah telah membina kubu di Kampung Gancong dan Langgar dan bertahan disitu selama 3 bulan. Angkatan Dato Camang Gagah telah kehilangan semangat juang kerana terlalu lama berjauhan dengan keluarga akhirnya mereka telah tewas dalam satu serangan mengejut yang dilancarkan oleh musuh yang pada waktu dipimpin oleh Sultan Garang.

Mendapat Gelaran Dato Bahaman 
Setelah tewas, angkatan Dato Camang Gagah telah berundur ke Kemaman untuk memantapkan angkatan perang serta menyusun strategi baru. Mereka mula melancarkan perang saraf untuk mempengaruhi rakyat di kawasan Ulu Pahang seperti di Tembeling, Lipis, Jelai, Temerloh, Chenor untuk bangkit menentang kezaliman pemerintahan Wan Mutahir bersama anaknya Tun Qurish dan Wan Da.

Gerakan ini berjaya mempengaruhi rakyat Pahang dan mereka telah bersumpah untuk taat setia menyokong untuk menaikkan Wan Ahmad sebagai pemerintah Pahang. Buat kali kedua, angkatan Wan Ahmad berjaya dibina semula dengan pimpinan Dato Camang Gagah dan mereka mula melancaran serangan. Dari Kemaman ke Kuantan, kemudian ke Sungai Miang di Pekan dan menyerang pasukan Wan Mutahir di Endau dan mereka beroleh kemenangan dengan rampasan perang yang banyak termasuk makanan dan senjata.

Pasukan Dato Camang Gagah telah pulang semula ke Kemaman, dan mereka mudik Sungai Dungun  hingga ke hilir Sungai Tembeling dan bersatu dengan angkatan Wan Ahmad di Ulu Pahang yang sedang menuju ke Pekan untuk menyerang kedudukan angkatan Wan Mutahir.

Pada waktu itu, angkatan Wan Mutahir, Tun Qurish, dan Wan Da di Chenor makin lemah dan ramai pembesar Pahang telah memihak kepada Wan Ahmad. Serangan Dato Camang Gagah telah mencapai kemangan tanpa rintangan besar. Pengikut Wan Mutahir yang melarikan diri dan berlindung dengan orang-orang Bugis yang diketuai oleh Suliwatang juga dapat dikalahkan oleh Dato Camang Gagah.

Kejayaan di Chenor telah menyemarakan Dato Camang Gagah dan para hulubalangnya. Dengan kekuatan 1500 orang hulubalang lengkap bersenjata, telah melancarkan serangan ke atas Wan Mutahir di Kubu Tanjong Parit, Kampung Baru. Kubu di Kampung Masjid pula telah diserang oleh Imam Perang Rasu Tok Gajah. Kesemua kubu ini dapat ditawan pada 10 Jun 1863. Wan Mutahir dan anakandanya Tengku Qurish melarikan diri ke Kuala Pahang dan belayar ke Johor. Mereka berdua telah jatuh gering dan mangkat dan disemadikan di Tanjung Puteri (Johor Bharu).

Setelah Dato Camang Gagah berjaya mengamankan pengikut Wan Mutahir, keadaan di Pahang menjadi aman dan tenteram. Beliau juga telah ke Kuala Terengganu dan menjemput Wan Ahmad kembali ke Pahang. Dalam tahun 1863 jugalah Wan Ahmad telah ditabalkan sebagai Bendahara Pahang dengan gelaran Bendahara Sewa Raja.

Bendahara Sewa Raja Wan Ahmad telah berkenan melantik Dato Camang Gagah sebagai Orang Kaya Setia Semantan Pahang dan digelar juga sebagai Dato Bahaman dengan mengambil nama asal beliau Tengku Abdul Rahman. Akhirnya, gelaran Dato Camang Gagah telah luput apabila nama Dato Bahaman itu lebih dikenali dan diingati oleh rakyat Pahang. Selaku Orang Besar Pahang, Dato Bahaman telah diberi kuasa untuk memerintah dan memungut cukai di kawasan Semantan (Lancang) hingga ke Genting Bidai bersempadan antara Pahang dan Selangor serta di semua anak Sungai Semantan hingga ke puncak air meleleh dan di sempadan Perak dan Kelantan.

Bendahara Sewa Raja Wan Ahmad juga telah melantik Imam Rasu bin Dato Basirun yang juga anak saudara Dato Bahaman sebagai Orang Besar Pahang dengan gelaran Imam Perang Rasu Tok Gajah. Beliau diberi kuasa memerintah Kuantan hingga bersempadan dengan Kemaman, Raub dan Jerantut.

Sokongan daripada Dato Bahaman dan Tok Gajah telah membuatkan Pahang di bawah pemerintahan Bendahara Sewa Raja Wan Ahmad aman dan tenteram. Hinggalah British mula mencampuri urusan pentadbiran Istana di Pekan seperti mana mereka ganggu pentadbiran di Seri Menanti.

 Dato Bahaman Pencetus Kebangkitan Pantai Timur : Episod 4 – Berperang dengan British!


Sunday, May 18, 2014

Dato Bahaman Pencetus Kebangkitan Pantai Timur : Episod 2 – Keperibadian

SIRI PANTAI TIMUR : PAHANG

Tok Guru Peramu

Pendahluan

Artikel ini akan membicarakan tentang latar belakang dan asal usul Dato Bahaman secara khusus. Maklumat yang dimuatkan dalam nukilan kami pada kali ini diambil dari pelbagai sumber, sama ada kajian ilmiah yang termuat dalam jurnal, blog, dan juga buku.

Sebelum membicarakan secara khusus mengenai Dato Bahaman, kami fikir adalah penting untuk kita ketahui bagaimana kisah Dato Bahaman mendapat perhatian meluas seluruh penduduk Malaysia yang pada waktu itu baru 10 tahun (lebih kurang) merdeka pada waktu itu.

Perjuangan Dato Bahaman pada awalnya mendapat liputan meluas setelah Mat Kilau mendedahkan diri pada khalayak ramai pada 1969 di Kampung Air Tawar setelah bersembunyi dan menyamar buat sekian lama. Pendedahan Mat Kilau telah mendedahkan bahawa Dato Bahaman juga masih hidup dan Kerajaan Negeri Pahang telah menubuhkan satu Jawatankuasa untuk menyiasat tentang latar belakang “Tok Peramu” seorang tua yang tinggal di Kampung Peramu di pinggir Sungai Kuantan pada tahun 1971 yang didakwa sebagai Dato Bahaman seperti mana didedahkan oleh Mat Kilau.

Kerajaan Negeri Pahang di bawah pentadbiran Menteri Besar yang berlainan iaitu Datuk Haji Abdul Aziz Ahmad (1972-1974) hingga Datuk Seri Haji Muhammad Jusuh (1974-1978) tidak mengeluarkan sebarang pengesahan mengenai Tok Peramu dan hasil siasatan yang dijalankan selama tiga tahun iaitu dari 1971-1974 oleh Jawatankuasa yang dibentuk Kerajaan Negeri Pahang dipandang sepi oleh pihak pemerintah pada waktu itu hinggalah Tok Peramu itu meninggal pada 1977.

Mungkin apa yang kami ceritakan ini satu versi lain tentang Dato Bahaman. Maklumat yang kami sampaikan ini adalah mengenai selidikan tentang Tok Peramu, jadi maklumat seterusnya ini adalah berdasarkan kepada satu sosok manusia yang digelar sebagai Tok Peramu oleh penduduk setempat pada masa itu.
 
Dari kanan: Mat Kilau, Mat Kelantan, Tok Raja Ibrahim dan Ajrah,
Isteri Mat Kilau di Pusat Latihan Pertanian Paya Besar, Jalan Gambang 1970.
Siapa Tok Peramu
Mengikut buku Siapa Sebenarnya Tok Peramu susunan Azahar Rahman 1982 merupakan seorang tua yang amat berahsia. Mungkin atas sebab berahsia inilah Kerajaan Negeri Pahang pada waktu itu tidak mengesahkan siapa sebenar Tok Peramu ini tetapi anak murid dan orang yang rapat dengan Tok Peramu mengetahui siapa sebenarnya beliau. Begitulah yang ditekankan oleh saudara Azahar Rahman dalam buku beliau itu.

Tok Peramu juga dikenali sebagai Tok Guru Peramu pada awalnya lebih dikenali sebagai seorang bomoh dan beliau sering dikunjungi oleh orang ramai dari pelbagai lapisan bangsa dan kaum dan ada antara mereka terdiri daripada kalangan pemimpin pada masa tersebut. 50 tahun dahulu, istilah Perubatan Islam tidak menonjol dan masyarakat kita pada masa tersebut hanya mengenali istilah bomoh.

Semasa Perang Dunia Kedua 1941-1945 di Tanah Melayu, kebanyakkan penduduk Tanjung Lumpur, Padang Lalang, Kampung Padang, dan Kampung Peramu berpindah berdekatan pondok Tok Guru Peramu, kerana bimbang dengan ancaman askar Jepun. Tok Guru Peramu hanya memasang bendera Merah empat penjuru di kawasan pondok di atas tanah seluas dua ekar dan sepanjang 5 tahun itu, mereka tidak pernah diganggu oleh askar Jepun walaupun bandar Kuantan sering dihujani peluru daripada udara. Waktu Perang Dunia tamat, Tok Peramu dapat lihat dengan jelas dari pondoknya tentang apa yang dibawa naik dan dibawa turun oleh kapal terbang Inggeris di Pengkalan Tentera yang terletak di Kilometer 16, Jalan Gambang.

Begitulah antara input yang dikumpulkan oleh saudara Azahar Azman mengenai Tok Peramu. Kisah mengenai tokoh ini makin menjadi tumpuan apabila Mat Kilau membuat pendedahan bahawa ketuanya masih lagi hidup dan tinggal tidak jauh dari 8 kilometer dari Jalan Gambang. Semenjak dari itu, orang ramai berpusu-pusu mengunjungi Tok Peramu hingga memaksa Kerajaan Pahang di bawah pimpinan Datuk Haji Abdul Aziz bin Ahmad, Menteri Besar pada waktu menubuhkan satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Datuk Ibrahim bin Haji Arshad, Ahli Exco Kerajaan Negeri pada waktu itu untuk menyiasat latar belakang Tok Peramu itu.

Namun, Jawatankuasa ini menemui jalan buntu kerana Tok Peramu amat berahsia mengenai identiti beliau sendiri dan siasatan mengenai orang tua itu memakan masa dan perlu mengumpul maklumat dari tokoh-tokoh silam yang lain.

Menurut saudara Azahar Azman lagi, Tok Peramu akan menceritakan identiti beliau sebagai Dato Bahaman sepertimana dakwaan Pahlawan Mat Kilau kepada anak murid dan juga ahli keluarga yang rapat dengan beliau. Menurut Azahar lagi, Tok Peramu amat berahsia mengenai hal ini untuk mengelakkan dirinya daripada melanggar sumpah yang beliau lafazkan bersama pahlawan-pahlawan Pahang yang lain di Sungai Salan, Pulau Tawar – Jerantut sebelum tercetusnya pemberontakan menentang Inggeris pada 1891.

Pengetahuan Luas
Orang ramai menjadi yakin bahawa Tok Peramu sebagai Dato Bahaman kerana beliau mampu memperincikan perang yang berlaku di waktu silam seperti:
  • Perang di Kuantan,
  • Kuala Sungai Parit,
  • Kampung Masjid,
  • Kampung Langgar di Pekan,
  • Semantan,
  • Jerantut,
  • Raub,
  • Bentong,
  • Ulu Tembeling,
  • Selangor,Perak,Negeri Sembilan,Johor,Terengganu,Kelantan
Malah beliau juga mampu memperincikan tentang perang yang berlaku di
  • Golok,
  • Cheang Mai dan
  • Patani.


Pada waktu itu, masyarakat umum tidak mengetahui akan kisah perang yang berlaku ini melainkan orang-orang yang terlibat dalam peperangan yang dinyatakan oleh Tok Peramu itu. Kerana itu, orang ramai yakin dialah Dato Bahaman yang sebenarnya.

Mengenai Pahang, beliau boleh memperincikan beberapa peperangan yang berlaku di zaman pemerintahan Almarhum Sultan Ahmad, antaranya:
  • Perang Saudara antara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad
  • Perang Semantan
  • Perang Kuala Parit
  • Perang Lubuk Terua
  • Perang Kuala Tembeling
  • Perang Jeram Ampai
  • Perang Lubuk Senggarat
  • Perang Genting Bidai
  • Perang Bukit Berapit
  • Perang Tanjung Putus (Negeri Sembilan)
  • Perang Naning

Rapat dengan Pahlawan Silam
Selain daripada pengetahuan yang mendalam mengenai perang-perang yang tidak diketahui oleh masyarakat umum, Tok Peramu juga mendakwa mengenali dengan rapat pahlawan silam seperti :
Imam Perang Rasu Tok Gajah
  • Mat Kilau
  • Mat Lela
  • Panglima Garang Yusoff
  • Teh Ibrahim
  • Awang Nong
  • Mat Kelantan
  • Raja Ibrahim
  • Panglima Hitam
  • Batin Tok Selampit (Perak)
  • Batin Kalmak (Klau, Semantan)

Tok Peramu juga sering bertanya kepada tetamu yang datang dari Daerah Temerloh tentang Umbi Pokok Merbau Besar di Lubok Senggarat di Semantan dan Bunga Cempaka di Seberang Sungai Telang,Bukit Pelindong-Kuala Lipisi kerana di kawasan ini beliau pernah berlindung di kawasan itu suatu ketika dahulu.

Walaupun mengenali rapat dengan pahlawan besar pada zaman silam, Tok Peramu sedikit pun tidak pernah menyentuh hal peribadi tentang Dato Bahaman, seolah-olah rahsia besar pada nama tersebut.

Tok Raja Ibrahim
Tok Raja Ibrahim
Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 1970 telah mengadakan satu pertemuan antara 3 pahlawan sezaman iaitu Mat Kilau dengan rombongan Mat Kelantan dan Raja Ibrahim bin Tan Kechik (Tok Raja) di Pusat Latihan Pertanian Paya Besar, Jalan Gambang. Selepas pertemuan itu, Raja Ibrahim telah dibawa ke Pondok Tok Peramu.

Apabila Raja Ibrahim bertentang dengan Tok Peramu, beliau telah mengesahkan bahawa itulah Dato Bahaman, gurunya semasa menuntut ”Ilmu Hulubalang” di Semantan; beberapa bulan sebelum meletusnya perang menentang Inggeris di Semantan pada 1891. Hal ini disaksikan sendiri oleh beberapa orang ahli Jawatankuasa Penyiasat Mat Kilau dan juga bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Haji Abdul Aziz Ahmad.

Ujar Tok Raja lagi, selepas tamat perguruan, Dato Bahaman telah memberi kepadanya sebilah keris dan sebatang lembing untuk persediaan perang. Setelah perang menentang Inggeris di Pahang tamat pada 1895, keris dan lembing itu diambil semula oleh Dato Bahaman. Sewaktu itu juga, Tok Peramu menyanggah dengan menyatakan bahawa Tok Raja yang menyerahkan kedua senjata itu kerana takut menghadapi kesusahan semasa pulang ke Kelantan sekiranya bertemu dengan Inggeris, Tok Peramu menambah lagi bahawa setelah kedua senjata itu diserahkan kembali kepadanya, dia telah menyerahkan senjata tersebut kepada orang lain pula.

Puan Normah binti Mat Dali
Pada tahun 1970, Puan Normah dari Selama, Perak telah mengunjungi Tok Peramu di pondoknya bagi melaksanakan wasiat arwah ayahanya yang mewasiatan agar menyampaikan salam dan amanat ayahnya itu. Wasiat itu menyatakan bahawa Dato Bahaman dan Mat Kilau masih lagi hidup dan jika antara kedua tokoh ini muncul maka amanat itu harus dilaksanakan. Setelah amanat itu disampaikan, Tok Peramu menyatakan bahawa beliau amat kenal dengan Mat Dali daripada Bachok sebelum berpindah ke Selama.

3 Individu
Radin Damabulan
Dalam tahun 1971, tiga orang kenalan lama Tok Peramu telah datang melawat serta mengesahkan TokRadin Damabulan atau nama sebenarnya Haji Osman bin Haji Abdullah,125 tahun (1971) berasal dari Gunung Merapi Tanah Jawa, iaitu salah seorang sahabat yang berganding bahu mempertaruhkan nyawa mempertahankan Pahang daripada Inggeris hingga akhirnya terpaksa berundur ke Terengganu, Kelantan hingga ke Chiang Mai, Thailand.
Peramu adalah Dato Bahaman Orang Kaya Setia Semantan Pahang. Seorang adalah sahabat Dato Bahaman waktu perang yang dikenali sebagai

Radin Damabulan menceritakan bahawa beliau telah membantu Dato Bahaman menyediakan beberapa bilah keris picit di tepi Sungai Lepar, Pulau Manis.  Selepas itu, Radin Damabulan bersama Dato Bahaman, Imam Perang Rasu Tok Gajah, Mat Kilau, Mat lela, Mat Kelubi, Datuk Panglima Garang, Syed Sagah dan beberapa orang lagi berundur dari Semantan ke Batu Malim, Bukit Berapit, kemudian ke Terengganu, dan Kelantan melalui Jalan Kuala Krai, Jeli dan Bukit Kangkong hinggalah ke Teluk Seraya dan Sungai Jai di Negeri Thai.

Tuan Haji Abdullah bin Haji Osman, 70 tahun (1970) dari Kampung Beserah, Pahang dan Tuan Syed Hussin bin Syed Abdul Rahman 69 tahun (1970) dari Kampung Selamat, Pahang merupakan dua orang murid Tok Peramu yang mengesahkan guru mereka itu sebagai Dato Bahaman.

Tuan Haji Abdullah pernah menuntut pelbagai ilmu dan mendalami Islam dari Tok Peramu pada tahun 1924 ketika tinggal Kampung Padang Lalang. Seminggu selepas Mat Kilau mengisytiharkan diri, Tok Peramu telah memberitahu kepada beliau bahawa dialah Dato Bahaman yang sebenar.

Tuan Syed Hussin pula mendalami Ilmu agama dan menuntut Ilmu Silat Gayung daripada Tok Peramu juga dalam tahun 1924, setelah tamat dan menerima tauliah daripada Tok Peramu, beliau secara sulit telah diberitahu tentang identiti sebenar gurunya itu, namun demikian mereka telah berjanji akan merahsiakan hal itu daripada pengetahuan orang ramai.

Kesimpulan
Mengikut sumber utama dalam penulisan artikel ini, Tok Peramu tidak pernah melafazkan dengan mulut beliau sendiri kepada pihak berwajib bahawa beliau adalah Dato Bahaman Orang Kaya Semantan Pahang. Hal ini menyebabkan pihak Kerajaan Negeri Pahang pada waktu itu tidak dapat membuat pengesahan bahawa Tok Guru Peramu sebagai Dato Bahaman.

Kerana itu pada penghujung tahun 1974, Kerajaan Negeri Pahang membenarkan Tok Guru Peramu dibenarkan dibawa pulang ke Sungai Lui, Kuala Pilah, Negeri Sembilan iaitu tempat ahli keluarga beliau disana atas alasan usia Tok Guru Peramu yang makin lanjut dan kehidupan beliau yang daif pada waktu itu.

Walaupun begitu, orang-orang yang rapat dengan beliau seperti yang dinyatakan sudah mengesahkan bahawa Tok Guru Peramu dan Dato Bahaman adalah orang yang sama. Dalam tahun 70an, perkara ini mendapat liputan meluas oleh media massa namun orang luar dari Pahang memandang sinis tentang perkara ini. Sentimen mundur dan jumud begitu kuat dimainkan pada waktu itu, maklumlah pada era tersebut orang begtu taksub dengan istilah “moden”.

Kami hanya menyampaikan hasil selidikan orang terdahulu... Pendedahan ini tidak tamat disini... Artikel ini akan disambung dengan tajuk - Dato Bahaman Pencetus Kebangkitan Pantai Timur : Episod 3 – Dari Acheh turun ke Pahang!

Saturday, May 17, 2014

Dato Bahaman; Pencetus Kebangkitan Pantai Timur - Episod Pengenalan

SIRI PANTAI TIMUR : PAHANG

Dato Bahaman (akuanakpahang.blogspot.com)


Pendahluan
Gerakan kebangkitan orang-orang Melayu di negeri Pantai Timur Semenanjung jarang diketengahkan secara mendalam dalam pengkajian sejarah arus perdana. Sekalipun ada, ianya merupakan satu disertasi pengajian pada peringkat Sarjana Muda ataupun Sarjana, selepas dibentangkan ia sepi menjadi satu koleksi bahan arkib dan sukar diakses oleh pengkaji kerana ia menjadi hakmilik Universiti atau Pusat Pengajian dan ada diantaranya diklafikasi sebagai terhad.

Produksi majalah dan surat khabar pula hanya bergantung kepada nilai komersial dan hanya menerbitkan artikel yang bersifat populis dan memberi impak kepada masyarakat. Di zaman teknologi maklumat ini, platform blog telah mencambah penulis-penulis yang dilabel oleh media arus perdana sebagai satu kelompok amatur.

Justeru, maka lahirlah artikel yang mutunya amat rendah kerana amalan “copy paste” dan ada antara penulis blog ini menyusun atur maklumat yang sama hingga ada diantaranya kelihatan seperti sebuah karya dongeng.
Mengambil contoh tentang kisah Dato Bahaman, terdapat maklumat-maklumat jelas tokoh pejuang Melayu Pahang ini dan ianya diterbitkan dalam pelbagai jurnal dan disertasi namun kandungannya kelihatan berat dan sukar dicernakan oleh pembaca. Kerana itu, untuk disesuaikan dengan pembaca terdapat artikel dalam majalah mengurangkan tahap maklumat dan disesuaikan dengan selera pembaca, dan ini menyebabkan maklumat yang sebenar tidak dapat disampaikan.

Kami pula cuba mengetengahkan satu dimensi baru dalam menyelami akar perjuangan Dato Bahaman yang mencetus semangat kebangkitan di Kelantan dan Terengganu hingga ke Patani pada suatu masa dahulu.

Latar Belakang
Berdasarkan kepada bahan bacaan umum yang boleh diakses serendah pelajar sekolah menengah dalam buku teks mereka hanya menyatakan tentang nama Dato Bahaman dan punca-punca kebangkitan beliau sahaja serta orang-orang yang terlibat dalam kebagkitan orang-orang Semantan pada waktu itu.

Sir Hugh Charles Clifford (1886-1941)
Bahan bacaan tinggi sedikit pula seolah-olah menuduh Dato Bahaman sebagai petualang bangsa dan ada artikel yang menyatakan pangkat Dato Bahaman diturun oleh British. Jika dibaca tentang catatan pihak British terutama oleh Hugh Clifford menyatakan secara terus bahawa pemimpin Melayu ini sebagai Pemberontak yang kejam.

Jadi, pembaca membuat kesimpulan bahawa Dato Bahaman bangkit kerana menentang British kerana kuasa beliau telah dipandang rendah seolah-olah beliau tidak lagi berkuasa di Semantan. Inilah pengakhiran mudah yang diambil oleh pembaca yang telah salah tafsir akan perjuangan Dato Bahaman yang sebenar dan mereka terlepas akan peristiwa-peristiwa penting dalam perjuangan Dato Bahaman.

Isu Dato Bahaman juga sebenarnya tidak difahami dengan jelas bagaimana kisah Pahlawan Pahang ini mula meniti di bibir rakyat Pahang yang antaranya mengenal Dato Bahaman ini sebagai “Tok Peramu” satu nama samaran yang digunakan untuk mengelak beliau dikesan kerana Dato Bahaman dan para pengikutnya diburu dengan ketat oleh British hinggalah Mat Kilau tampil mendedahkan diri di khalayak ramai pada 1969 di Kampung Air Tawar.

Tanggapan umum Perjuangan Dato Bahaman
Ini adalah yang difahami oleh generasi kini mengenai perjuangan Dato Bahaman yang sekadar menghafal “isi penting” untuk menjawab soalan peperiksaan umum di Malaysia.

Latar Belakang
  • nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh
  • dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan
  • diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perangsaudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor
  • dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya InderaSegara
  • Dato’ Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang
Faktor Penentangan
(a)    Hilang Hak Mengutip Cukai
  • Dato’ Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise sebagaiPegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh
  • Dato’ Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya iaitu di Temerloh

(b)   Pembinaan Balai Polis
  • Pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpaberunding terlebih dahulu dengan Dato’ Bahaman
  • Konflik antara kedua-duanya menjadi lebihserius
  •  Dato’ bahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh kawasanserta mengancam kedudukannya

(c)    Perlucutan Gelaran
  • Hugh Clifford menganggap Dato’ Bahaman sebagai penderhaka keranaenggan mematuhi arahan British
  • British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’ Setia PerkasaPahlawan Semantan
  • tindakan British memalukan Dato’ Bahaman dan beliau bersumpahmenghalau keluar British dari Pahang

(d)   Peristiwa Penentangan
·         16 Disember 1891 British menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahamankerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran
·         tindakan British itu menyebabkan Dato’ Bahaman dan pengikutnyamenyerang Balai Polis Lubuk Terua
·         peristiwa ini mencetuskan perang
·         26 Disember 1891 Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tenterauntuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran diKelubi
·         Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan Singapura
·         Januari 1892 British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang

Ringkas dan jelas.
Beginilah cara kita belajar mengenai sejarah yang signifikan dalam kebangkitan orang-orang Melayu di Pantai Timur dalam menentang British yang pada waktu itu meresap dalam pentadbiran Sultan yang memerintah tatkala pada Sultan sedang menghadapi ancaman.

Kebanyakkan pengamat sejarah memandang hal ini sebagai satu usaha pihak tertentu dalam melemahkan semangat generasi kini untuk terus tunduk, natijahnya sejarah bangsa yang sebenar diselindung dalam menimbulkan hagemoni pemerintahan baru.

Perjuangan Dato Bahaman sebenarnya adalah pencetus semangat keperwiraan di kalangan orang-orang Kelantan-Terengganu-Pahang. Laungan This is Pantai Timur yang diwarkan-warkan atas nama bola sepak juga boleh menterjemah aspirasi pahlawan-pahlawan Pantai Timur silam dalam ertikata perjuangan kebangkitan semangat perwira yang sebenar.

Sekadar ini dahulu untuk episod pengenalan ini, nantikan artikel kami yang seterusnya untuk membongkarkan tentang Dato Bahaman yang bertajuk Dato Bahaman Pencetus Kebangkitan Pantai Timur : Episod 2 - Keperibadian



Thursday, May 15, 2014

Episod 4 : Adruja Wijayamala Singha di Gelar "Che Siti Wan Kembang"

Pendahuluan
Peperangan terakhir antara Sukhothai dengan Grahi telah berakhir dengan kematian Raja Rama Khamhaeng dengan kepala dipenggal oleh Adruja. Peristiwa ini telah membuatkan angkatan perang Siam patah semangat dan tidak mampu bertempur. 

Peristiwa ini juga menyebabkan pengganti Raja Rama Khamhaeng, Raja Leothai telah menyimpan dendam yang amat mendalam dengan bersumpah akan membunuh seluruh bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. 

Dalam masa angkatan bersenjata Siam mengatur strategi, sekumpulan Sami telah turun dari Sukhothai ke Grahi dengan membawa 10 pedati berisi emas dan perak menghadap Raja Sang Tawal dan Puteri Adruja untuk meminta dipulangkan kepala Rama Khamhaeng. Setelah hajat mereka dipenuhi, sami-sami ini pulang dengan meratap tangis.


Grahi Runtuh, Langkasuka dan Kisaran Payung Muncul!
Semasa Rama Khamhaeng terbunuh dalam peperangan terakhirnya, perwarisnya Leothai berada di China kerana mengadap Maharaja China pada waktu itu dan peristiwa itu amat menyakitkan hatinya. Angkatan perang Siam di bawah pimpinan Leothai tidak pernah serik untuk menyerang Grahi hinggalah pada 1325, Grahi dan Kota Grahi akhirnya kalah jua...

Kekalahan ini adalah disebabkan pasukan Siam tidak pernah berhenti menyerang Grahi hingga menyebabkan Grahi tiada masa untuk membina kekuatan ekoran kerana terlalu bertahan. Akhirnya, Sang Tawal telah memindahkan keseluruhan kerajaan Grahi ke Selatan iaitu dari Grahi ke Sanjura dan disini beliau telah membina Kota Mahligai dan ditabal sebagai Raja Langkasuka. Beliau sempat memerintah selama 10 tahun sebelum mangkat pada 1335. Selepas itu, Kerajaan Langkasuka telah diserahkan kepada Raja Bharubhasa. Langkasuka di bawah Bharubhasa telah bertukar menjadi sebuah negara Islam dan ramai rakyatnya telah memeluk Islam. 

Pada masa sama juga (1335), Adruja juga telah dianugerahkan sebuah negeri kerana mengenang jasa dan bakti atas sumbangan beliau dalam mempertahankan Grahi selama ini. Kerajaan ini digelar Serendah (Seri Indah) Sekebuh Bunga atau nama lainnya,  Kisaran Payung. Setelah kemangkatan Sang Tawal, Adruja telah ditabal sebagai Pemerintah Negeri Serendah Sekebun Bunga dengan Chintawangsa sebagai Pusat Pemerintahannya.

Rakyatnya telah menggelarkan Adruja sebagai Che Siti Wan Kembang oleh rakyat tempatan. Lama-kelamaan gelaran ini menjadi satu gelaran rasmi kepada pemerintahan Perempuan di negeri tersebut. Sumber Pensejarahan Kelantan menyatakan bahawa Adruja Wijayamala Singha adalah Che Siti Wan Kembang yang pertama.

Mangkat 1345
Setelah memerintah Negeri Serendah Sekebun Bunga selama sepuluh tahun, Che Siti Wan Kembang telah mangkat dan meninggalkan negeri tersebut tanpa pengganti kerana beliau adalah "Ratu Dara" kerana tidak pernah berkahwin seumur hidupnya. 

Berikutan itu, kekandanya, Raja Bharubhasa atau Sultan Mahmud Shah, telah mengambil alih kerajaan tersebut dan menggabungkannya di bawah Langkasuka yang berpusat di Kota Mahligai.  Tidak lama kemudian, beliau telah menyerahkan takhta Langkasuka kepada Raja Singhadiraja iaitu saudaranya yang dikenali sebagai Sultan Sulaiman. Kerajaan Serendah Sekebun Bunga terus diperintah oleh pewaris daripada Raja Bharubhasa selama beberapa generasi.

Penutup
Begitulah kisah seorang Srikandi Melayu Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang jarang mendapat tempat untuk diketengahkan. Mungkin kisah Mahsuri berdarah Putih di Langkawi atau Tun Teja di Melaka mendapat nama atau lebih ruang untuk diketengahkan kepada khalayak umum di Malaysia melalui pelbagai Media.

Che Siti Wan Kembang pula menjadi folklore atau cerita rakyat yang menjurus kearah dongeng atau mitos. Namun, terbukti bahawa sosok Che Siti Wan Kembang ini wujud dan sekurang-kurangnya dua orang sosok CSWK ini dalam sejarah Kelantan dan masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Episod 1-4 adalah untuk menjelaskan siapa sebenarnya CSWK yang pertama. Dikesempatan yang akan datang, kami akan jelaskan pula siapa itu CSWK yang kedua... Insha Allah...

Lakaran : CSWK 1 dan CSWK 2

Sekian.. Wallahualam!



Episod 3 : Adruja Wijayamala Singha - Memengal Kepala Khamheng

Adruja Wijayamala : Lukisan oleh Dani War Guide

Pendahuluan
Adruja Wijayamala Singha merupakan salah satu kunci Rahsia Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang jarang diketengahkan tetapi sering diingati sebagai satu ikon wanita yang dominan bagi masyarakat Melayu-Kelantan. 

Berdasarkan Sejarah Kelantan, beliaulah yang digelar sebagai Che Siti Wan Kembang, Raja Perempuan Kelantan yang mengangkat martabat Wanita Kelantan. Namun, kisahnya sering samar-samar kerana terdapat beberapa individu yang menggunakan gelaran yang sama. 

Peribadi Adruja Wijayamala Singha
Sejak dari zaman kanak-kanak lagi, Adruja sudah mahir menunggang kuda, dan bermain senjata seperti kelewang dan berperwatakan seperti lelaki. Namun begitu, unsur wanita tetapi subur berikutan beliau gemar akan bauan wangian kayu cendana yang dicampurkan kedalam minyak wangi yang diperbuat daripada Bunga Melur. 

Ketika meningkat remaja, beliau menjadi pembantu ayahandanya di medan perang sebagai pembawa Panji-Panji Kerajaan Grahi ketika Sang Tawal berangkat ke medan perang menentang Siam Sukhothai. Setelah perang berakhir, dia akan membantu merawat tentera yang cedera. Pengalaman ini telah membuatkan dia memahami keadaan dan selok belok peperangan.

Melihatkan keadaan tentera Grahi yang kurang bersemangat dan mudah berundur tatkala diasak membuatkan Adruja membentuk sebuah pasukan tentera yang terdiri daripada wanita. Pembentukan pasukan tentera Wanita Grahi ini bermatlamat untuk mempertahankan kaum wanita yang seringkali diperkosa oleh tentera Siam yang menyerang kampung-kampung yang jauh daripada Kota Grahi serta ingin membuktikan bahawa golongan wanita juga mampu dan setanding dengan golongan lelaki di Medan Perang.

Pada mulanya cadangan Adruja untuk menubuhkan pasukan tentera dari kalangan Wanita Grahi mendapat tentangan daripada ayahandanya, Sang Tawal dengan anggapan wanita pada masa itu hanya terhad kepada memasak dan merawat tentera yang cedera sahaja. Namun, setelah dikenangkan jasa Adruja yang sering membawa panji-panji Perang Grahi di medan perang, Sang Tawal telah berubah fikiran dan membenarkan Adruja menubuhkan pasukan tentera wanita Melayu yang pertama.

Memandangkan sikap agresif puteri Grahi itu, Sang Tawal cuba untuk menyelamatkan Adruja dari terjerumus dalam medan perang dengan usaha mengahwinkan beliau. Tetapi usaha ini tidak dapat mengekang semangat juang Srikandi itu dengan memberi syarat bahawa sesiapa yang dapat mengalahkan dia dalam pertarungan satu lawan satu boleh berkahwin dengan beliau. Syarat ini sebenarnya berat kerana pertarungan satu lawan satu diakhiri dengan kematian lawan.

Hiasan.
Pasukan Bersenjata (Seri Wijayamala)
Setelah cadangan Adruja untuk menubuhkan pasukan tentera diperkenankan oleh Sang Tawal makan bermulalah usaha beliau untuk merekrut semua golongan wanita Grahi untuk menjadi tentera.

Golongan Wanita Perawan telah menolak untuk menyertai pasukan tentera tersebut, kemudian Adruja beralih dengan mendekatan golongan janda muda yang kematian suami dalam medan perang untuk berjuang bersama-sama beliau. Pada awalnya, usaha beliau telah ditempelak sebilangan janda muda yang berpendapat bahawa wanita hanya berkerja memasak dan merawat askar sahaja.

Adruja telah murka dan menyatakan bahawa, kaum wanita tidak boleh sahaja bergantung harap pada kaum lelaki sekiranya mahu meneruskan survival dalam ancaman Siam. Adruja juga menganggap bahawa perjuangan mereka adalah untuk kebenaran dan ia adalah jalan untuk Syahid di jalan yang benar jua.

Setelah mendengar kata-kata Puteri Raja itu, ramai wanita telah menyertai angkatan Perang Grahi dan pasukan ini dinamakan sebagai Seri Wijayamala dan ia diketaui oleh Adruja sendiri. Kemudian beliau telah melengkapkan peralatan perang bagi pasukannya dan juga membeli kuda untuk memperkuatkan pasukannya. Senjata-senjata pula telah diubahsuai agar sesuai untuk digunakan oleh wanita. Seekor kuda putih juga telah didapatkan untuk tunggangannya dan ia dinamakan sebagai Halilintar. Kebanyakkan kelengkapan ini diperoleh dari para pedagang Arab dan Turki yang singgah berdagang di pelabuhan berhampiran Kota Grahi. Melalui para pedagang inilah Adruja mempelajari Bahasa Arab dan Turki.

Seri Wijayamala bersedia
Pasukan Khas yang terdiri dari Wanita Grahi yang diketuai oleh Adruja telah siapa sedia dan jumlah mereka hanyalah 41 orang sahaja. Walaupun sedikit pasukan kita terdiri daripada mereka yang mahir dalam penggunaan senjata. Mereka semua adalah janda kematian suami dalam perang, hamba abdi dan budak suruhan.

Melihatkan sekumpulan wanita, ada Panglima Grahi mempersoalkan akan keupayaan pasukan itu. Namun segala terjawab apabila seorang penolong Adruja yang bernama Puspa memperlihatkan kehandalannya memanah. Perkara ini disaksikan sendiri oleh Sang Tawal dan menteri lain dan mereka memperakui kebolehan pasukan tersebut. Peristiwa ini dicatat berlaku dalam tahun 1317.

Saat Sukhothai melancarkan serangan keatas Garhi dan Ibu Kotanya telah diketahui oleh semua angakatan Grahi, namun kerana lama bertahan menyebabkan sebahagian angkatan tentera Garhi menjadi leka. Pasukan Seri Wijayamala terus siap siaga sepanjang masa.

Hinggalah seorang anggota pasukan Adruja melihat anak panah berapi dari arah sebuah kampung dan menyedari bahawa kampung tersebut telah dilanggar oleh Sukhothai. Adruja dan pasukannya tidak berlengah lagi dan mereka terus menuju kearah anak berapi itu. Setibanya di kawasan tersebut, mereka melihat pasukan Sukhothai sedang mengganas dan ramai menjadi mangsa.

Adruja tidak dapat lagi menahan amarah apabila melihatkan seorang Panglima Sukhothai cuba memperkosa seorang gadis dari kampung yang diserang itu. Dia telah memenggal kepala Panglima itu dengan Kilatan, Kelewang yang menjadi senjata rasminya. Lantas, beliau telah mengarahkan semua pengikutnya menghapuskan semua penceroboh itu. Tiada seorang pun tentera Sukhothai kembali ke pengkalan mereka pada malam itu!

Adruja Bertindak bersama Seri Wijayamala
Hiasan

Angkatan Siam Sukhothai mula berasa gentar apabila tiada seorang pun anggota pasukan yang menyerang perbatasan Grahi kembali semula ke pengkalan. Jumlah mereka dikatan ratusan orang. Perkara ini sedikit pun tidak menjejaskan semangat Rama Khamhaeng dan dia bertekad untuk menyerang Kota Grahi sekali lagi dan dia sendiri akan mengetuai angkatan Sukhothai kali ini.

Persiapan Sukhotai telah diketahui oleh Sang Tawal dan segera menyiapkan angkatan Grahi. Kali ini, baginda menitahkan agar Adruja kekal di dalam Kota. Berlakulah peperangan antara angkatan Sang Tawal dengan angkatan Rama Khamhaeng. Selaku penyerang, sudah tentu Khamheang banyak idea, serangan kali ini dilancarkan dengan dua ketumbukan. Pertama berperang secara terus dengan angkatan Grahi, dan pasukan kedua melancarkan serangan mengejut keatas Kota Grahi ketika seluruh angkatan Grahi bertumpu di kawasan perbatasan. Pasukan Adruja mempertahankan kota tersebut sedaya upaya. Akhirnya, kota tersebut dapat mengekang serangan Sukhothai yang dilancarkan secara mengejut itu.

Tindakan serangan mengejut itu, memberi isyarat kepada Pasukan Adruja bahawa angkatan Grahi sedang menghadapi serangan yang dahsyat. Lantas Adruja dan pasukan Seri Wijayamala turun ke medan perang tanpa memikirkan keselamatan mereka lagi.

Mematahkan sesuatu serangan adalah dengan cara menumpaskan Panglima Perang untuk sesuatu serangan. Pada serangan kali ini, Rama Khamheang merupakan Panglima Perang dan sudah pasti ia menunggang gajah atau kuda yang berlaianan dari anggota yang lain.

Adruja telah mengesan kedudukan Panglima Perang pada saat itu, iaitu dikawal dan menunggang Gajah Hitam dan ia kelihatan gah. Anggota Seri Wijayamala juga membantu serangan itu dengan menumpaskan pengawal sekeliling gajah Rama Khamheang untuk memudahkan laluan Adruja yang meluru laju dengan Halilintar telah melompat ke atas gajah hitam Ramkhamheang lantas memenggal kepala Raja Sukhothai itu.

Badan Raja Sukhothai itu diheret ke laut dan kepala disimpan oleh pasukan Seri Wijayamala. Perbuatan ini membuatkan tentera Sukhothai penasaran. Tentera yang mengejar badan yang dibawa lari itu dipanah dan dicantas kepalanya. Yang cuba merenggut kepala Khamheang juga dicantas kepalanya. Pendek kata, dengan kematian Rama telah membuatkan angkatan Sukhothai hilang arah.

Penutup
Begitulah ketokohan Adruja Wijayamala Singha. Kejadian Adruja memenggal kepala Rama Khamheang dicatat berlaku pada tahun 1317. Perbuatan melarikan kepala Khamheang membuatkan Sukhothai kendur dan takut kepada Adruja. Hal ini juga membuatkan Siam Sukhothai terus berdendam dengan Orang-Orang Melayu!

Wallahualam..

Berkarat...

 Hiasan..

Hampir 3 bulan tidak menulis....

Begini rasanya menghadapi "Sindrom Mental Block"..

Alhamdulillah, Hari ini berjaya menyiapkan satu artikel mengenai Tok Ku Paloh... berdebar-debar juga menyiapkan artikel mengenai tokoh ini. Aura Ulama ini dapat dirasai hingga kini walaupun sudah hampir 100 tahun beliau tiada di alam ini.

Artikel tersebut telah di terbitkan bawah label "Sejarah"..

Artikel santai ini sebegini elok dimuatkan dalam ruangan "Netherlands".. Kenapa?

Sebabnya, buat masa sekarang saya ada di sini... ibarat kata sahabat saya, "kembara" dan saya sudah lama tidak dengar istilah "kembara" atau "mengembara" ini... terima kasih sahabat!

Saya di Nederland ni lebih kepada mengembara, selama saya di sini... saya sudah nampak akan perbezaan antara Nederland dan Malaysia... memang berbeza, dan saya sebenarnya merindui suasana di Malaysia. Tidak mengapalah, Malaysia tetap dikenang, dan Nederland mesti kita terima barulah pengembaraan ini mencabar, kalau asyik ingatkan Malaysia, pasti bulan depan saya sudah pulang...

Pasti ramai yang keliru beberapa nama yang merujuk kepada The Netherland ini antaranya,



  • Netherland
  • Nederland
  • Holland
  • Belanda
Empat nama ini semuanya merujuk kepada Negara Netherland ni...Orang Malaysia dan Indonesia lebih gemar menggunakan nama Belanda kerana menurut sejarah, kita mengenal mereka dengan nama ini. Namun Masyrakat Dutch merujuk mereka sebagai  The Netherlands... 

Negara mereka kecil, tetapi terpecah kepada beberapa "negeri" atau mereka lebih gemar sebut sebagai Provinci iaitu:
  1. Drenthe
  2. Flevoland
  3. Friesland
  4. Gelderland
  5. Groningen
  6. Limburg
  7. North Brabant
  8. North Holland
  9. Overijssel 
  10. South Holland
  11. Utrecht
  12. Zeeland
Setiap negeri ini mempunyai "Raja"! 

Mungkin satu masa, kami akan kupaskan mengenai Belanda dan juga sejarahnya dengan lebih mendalam... Kami kira, ini sudah bagus untuk permulaan untuk mengasah minda kami yang makin tepu... Salam hormat dan terima kasih kerana meluangkan masa anda membaca coretan ini!!

Assalamualaikum....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...