Peperangan terakhir antara Sukhothai dengan Grahi telah berakhir dengan kematian Raja Rama Khamhaeng dengan kepala dipenggal oleh Adruja. Peristiwa ini telah membuatkan angkatan perang Siam patah semangat dan tidak mampu bertempur.
Peristiwa ini juga menyebabkan pengganti Raja Rama Khamhaeng, Raja Leothai telah menyimpan dendam yang amat mendalam dengan bersumpah akan membunuh seluruh bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
Dalam masa angkatan bersenjata Siam mengatur strategi, sekumpulan Sami telah turun dari Sukhothai ke Grahi dengan membawa 10 pedati berisi emas dan perak menghadap Raja Sang Tawal dan Puteri Adruja untuk meminta dipulangkan kepala Rama Khamhaeng. Setelah hajat mereka dipenuhi, sami-sami ini pulang dengan meratap tangis.
Grahi Runtuh, Langkasuka dan Kisaran Payung Muncul!
Semasa Rama Khamhaeng terbunuh dalam peperangan terakhirnya, perwarisnya Leothai berada di China kerana mengadap Maharaja China pada waktu itu dan peristiwa itu amat menyakitkan hatinya. Angkatan perang Siam di bawah pimpinan Leothai tidak pernah serik untuk menyerang Grahi hinggalah pada 1325, Grahi dan Kota Grahi akhirnya kalah jua...
Kekalahan ini adalah disebabkan pasukan Siam tidak pernah berhenti menyerang Grahi hingga menyebabkan Grahi tiada masa untuk membina kekuatan ekoran kerana terlalu bertahan. Akhirnya, Sang Tawal telah memindahkan keseluruhan kerajaan Grahi ke Selatan iaitu dari Grahi ke Sanjura dan disini beliau telah membina Kota Mahligai dan ditabal sebagai Raja Langkasuka. Beliau sempat memerintah selama 10 tahun sebelum mangkat pada 1335. Selepas itu, Kerajaan Langkasuka telah diserahkan kepada Raja Bharubhasa. Langkasuka di bawah Bharubhasa telah bertukar menjadi sebuah negara Islam dan ramai rakyatnya telah memeluk Islam.
Pada masa sama juga (1335), Adruja juga telah dianugerahkan sebuah negeri kerana mengenang jasa dan bakti atas sumbangan beliau dalam mempertahankan Grahi selama ini. Kerajaan ini digelar Serendah (Seri Indah) Sekebuh Bunga atau nama lainnya, Kisaran Payung. Setelah kemangkatan Sang Tawal, Adruja telah ditabal sebagai Pemerintah Negeri Serendah Sekebun Bunga dengan Chintawangsa sebagai Pusat Pemerintahannya.
Rakyatnya telah menggelarkan Adruja sebagai Che Siti Wan Kembang oleh rakyat tempatan. Lama-kelamaan gelaran ini menjadi satu gelaran rasmi kepada pemerintahan Perempuan di negeri tersebut. Sumber Pensejarahan Kelantan menyatakan bahawa Adruja Wijayamala Singha adalah Che Siti Wan Kembang yang pertama.
Mangkat 1345
Setelah memerintah Negeri Serendah Sekebun Bunga selama sepuluh tahun, Che Siti Wan Kembang telah mangkat dan meninggalkan negeri tersebut tanpa pengganti kerana beliau adalah "Ratu Dara" kerana tidak pernah berkahwin seumur hidupnya.
Berikutan itu, kekandanya, Raja Bharubhasa atau Sultan Mahmud Shah, telah mengambil alih kerajaan tersebut dan menggabungkannya di bawah Langkasuka yang berpusat di Kota Mahligai. Tidak lama kemudian, beliau telah menyerahkan takhta Langkasuka kepada Raja Singhadiraja iaitu saudaranya yang dikenali sebagai Sultan Sulaiman. Kerajaan Serendah Sekebun Bunga terus diperintah oleh pewaris daripada Raja Bharubhasa selama beberapa generasi.
Penutup
Begitulah kisah seorang Srikandi Melayu Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang jarang mendapat tempat untuk diketengahkan. Mungkin kisah Mahsuri berdarah Putih di Langkawi atau Tun Teja di Melaka mendapat nama atau lebih ruang untuk diketengahkan kepada khalayak umum di Malaysia melalui pelbagai Media.
Che Siti Wan Kembang pula menjadi folklore atau cerita rakyat yang menjurus kearah dongeng atau mitos. Namun, terbukti bahawa sosok Che Siti Wan Kembang ini wujud dan sekurang-kurangnya dua orang sosok CSWK ini dalam sejarah Kelantan dan masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Episod 1-4 adalah untuk menjelaskan siapa sebenarnya CSWK yang pertama. Dikesempatan yang akan datang, kami akan jelaskan pula siapa itu CSWK yang kedua... Insha Allah...
Lakaran : CSWK 1 dan CSWK 2 |
Sekian.. Wallahualam!
No comments:
Post a Comment