Wednesday, June 25, 2014

Turki : Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam Hormat pada sekalian pembaca.


Turki.

Sebuah negara yang wujud diantara "Dua Benua". Ia telah wujud lama dan pernah menguasai dunia tatkala Peradaban Eropah masih dalam Kegelapan. Lebih manis, ianya adalah sebuah Negara Islam. Generasi Muslim kini hilang punca dalam memartabatkan Islam sebagai Agama Seluruh Dunia. Apa yang berlaku sekarang adalah Negara Islam tetapi pemahaman dan amalan Islam berbeza-beza mengikut negara.

Ketahuilah, 100 tahun dahulu (1904M), Turki menjadi stabilizer dalam permasalahan agama kerana pada waktu itu, Khalifah masih wujud dan semua negara Islam patuh kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Turki Uthmaniyah. Ianya dikenali sebagai sebuah Empayar yang luas dimana ia merangkumi negara-negara Eropah -Asia - Afrika yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Empayar ini digeruni oleh negara-negara Eropah. Namun kelemahan Empayar ini menjadi semakin lemah selepas Perang Salib 3.

Entri Pengenalan

Entri ini hanyalah satu pengenalan mengenai negara Turki. Sebenarnya, kami sudah lama untuk menerbitkan artikel berkenaan dengan Turki namun pada kali ini mendapat ruang dan masa untuk mengisahkan kembali tentang sebuah negara Islam yang melahirkan ramai tokoh-tokoh terbilang.

Sebelum ianya menjadi sebuah negara sekular di bawah pimpinan Mustafa Kamal Attaturk. Topik Turki ini sudah ramai kupas, tetapi tiada salahnya jika kami juga turut serta mengupas tentang kerajaan Islam ini. Mungkin topik sama tapi garapannya pasti berbeza.

Apa sekalipun, anda yang menilai. Pastinya anda dapat kesan jika kami ini menyeleweng atau sebaliknya. Setiap artikel kami hasilkan dengan penuh kejujuran dan tanpa sebarang agenda, kecuali kerana Allah s.w.t.

Di entri ini kami lampirkan senarai Sultan yang pernah memerintah Turki.....




Sultan Muhammad II (Al Fateh) - Penakluk
Khalifah Islam
3/2/1451 - 3/5/1481

Menakluk Kota Constantinople seperti yang diamanatkan oleh Rasulullah s.a.w. pada 1453.




Sultan Biyazid II 
Khalifah Islam

19/5/1481 - 25/4/1512

Anak kepada Sultan Muhammad Al Fateh



Sultan Salim 1
Khalifah Islam

25/4/1512 - 21/9/1520

Anak kepada Sultan Biyazid II



Sultan Sulaiman 1
Khalifah Islam

30/9/1520 - 7/9/1566

Anak kepada Sultan Salim I



Sultan Salim II
Khalifah Islam

29/9/1566 - 21/12/1574

Anak kepada Sultan Sulaiman I



Sultan Murad III
Khalifah Islam

22/12/1574 - 16/1/1595

Anak kepada Sultan Salim II



Sultan Muhammad III
Khalifah Islam

27/1/1595 - 21/12/1603

Anak Sultan Murad 2





Sultan Ahmad 1
Khalifah Islam

21/12/1603 - 22/11/1617


Anak Sultan Muhammad III



Sultan Mustafa 1
Khalifah Islam

22/11/1618 - 26/2/1618


Anak Sultan Muhammad III



Sultan Osman II
Khalifah Islam

26/2/1618 - 19/5/1622


Anak kepada Sultan Ahmad I



Sultan Mustafa 1
Khalifah Islam

20/5/1622 - 10/9/1623


Pertabalan ke-2



Sultan Murad IV
Khalifah Islam

10/9/1623 - 9/2/1640


Anak kepada Sultan Ahmad I



Sultan Ibrahim
Khalifah Islam

9/2/1640 - 8/8/1648


Anak kepada Sultan Ahmad I



Sultan Muhammad IV
Khalifah Islam 

8/8/1648 - 8/11/1687


Anak kepada Sultan Ibrahim



Sultan Sulaiman II
Khalifah Islam

8/11/1687 - 22/6/1691


Anak kepada Sultan Ibrahim



Sultan Ahmad II
Khalifah Islam

22/6/1691 - 6/2/1695


Anak kepada Sultan Ibrahim



Sultan Musatafa II
Khalifah Islam

6/2/1695 - 22/8/1703


Anak kepada Sultan Muhammad IV



Sultan Ahmad III
Khalifah Islam


22/8/1703 - 2/10/1730


Anak kepada Sultan Muhammad IV



Sultan Mahmud I
Khalifah Islam

2/10/1730 - 13/12/1754


Anak kepada Sultan Mustafa II



Sultan Osman  III
Khalifah Islam

13/12/1754 - 13/10/1757


Anak kepada Sultan Mustafa II



Sultan Mustafa III
Khalifah Islam

30/10/1757 - 21/1/1774


Anak kepada Sultan Ahmad III



Sultan Abdul Hamid I
Khalifah Islam

21/1/1774 - 7/4/1789


Anak kepada Sultan Ahmad III



Sultan Salim III
Khalifah Islam

7/4/1789 - 29/5/1807


Anak kepada Sultan Mustafa III



Sultan Mustafa IV
Khalifah Islam

29/5/1807 - 28/7/1808


Anak kepada Sultan Abdul Hamid I



Sultan Mahmud II
Khalifah Islam

28/7/1808 - 1/7/1839


Anak kepada Sultan Abdul Hamid I



Sultan Abdul Majid I
Khalifah Islam

1/7/1839 - 25/6/1861


Anak Sultan Mahmud II



Sultan Abdul Aziz I
Khalifah Islam

25/6/1861 - 30/5/1876


Anak kepada Sultan Mahmud II



Sultan Murad V
Khalifah Islam

30/5/1876 - 31/8/1876 


Anak kepada Sultan Abdul Majid I





Sultan Abdul Hamid II
Khalifah Islam

31/8/1876 - 27/4/1909


Anak kepada Sultan Abdul Majid I



Sultan Muhammad V
Khalifah Islam

27/4/1909 - 3/7/1918


Anak kepada Sultan Abdul Majid I



Sultan Muhammad  VI
Khalifah Islam

4/7/1918 - 1/11/1922


Anak kepada Sultan Abdul Majid I



Sultan Abdul Majid II
Khalifah Islam

18/11/1922 - 3/3/1924


Anak kepada Sultan Abdul Aziz I

Iklan Sinikal - Global Warming!


Jelas dan terkesan. 

Sinis tetapi mudah untuk difahami. Itulah gambaran terbaik untuk klip diatas. Global Warming adalah isu sejagat yang relatifnya berkait rapat dengan Alam Sekitar. 


  • Penerokaan Hutan untuk logistik dan pertanian
  • Pembakaran Terbuka
  • Sisa Industri
  • Asap Kenderaan
Merupakan antara isu yang teratas yang dikenali pasti sebagai punca kepada masalah sejagat ini. Malaysia contohnya sentiasa menjalankan kempen di semua peringkat untuk menjaga Alam Sekitar. Bukan setakat itu, terdapat juga Jabatan Alam Sekitar yang menguat kuasakan undang-undang yang berkaitan dengan Pencemaran dan Penjagaan Alam Sekitar.


World Wide Fund for Nature (WWF) juga menganjurkan Kempen Earth Hour yang mana ianya mendapat sokongan seluruh dunia dengan Ibu Negara setiap negara akan memadamkan hampir kesemua punca elektrik selama satu jam.

Hayatilah bait lagu Hijau ini.....






Sunday, June 22, 2014

Suami boleh Rogol Isteri??

Gambar Hiasan

SEORANG pembaca yang menamakan dirinya Puan L bertanya sama ada kelakuan suami dalam melakukan perhubungan seks dengan isterinya boleh didefinisikan sebagai jenayah rogol jika isterinya tidak rela atau dipaksa.

Puan L juga ingin tahu sama ada seksyen 375 Kanun Keseksaan akan dipinda bagi memasukkan kesalahan suami merogol isteri atau marital rapeKemusykilan ini ditimbulkan kerana kata Puan L, beberapa negara lain telah menjadikan perbuatan suami mengadakan hubungan seks secara paksa dengan isteri sebagai suatu kesalahan jenayah.

Penggunaan kekerasan oleh suami terhadap isterinya untuk melakukan seks adalah tidak bermoral dan merendahkan martabat seorang isteri.

Ini bersesuaian dengan istilah 'rogol' dalam undang-undang jenayah, yang merujuk kepada serangan seksual, di mana penyerang memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seksualTetapi di Malaysia, seksyen 375 Kanun Keseksaan menyatakan persetubuhan antara suami dengan isteri dalam perkahwinan yang sah di sisi undang-undang tidak boleh dianggap sebagai rogol.

Bagaimanapun, perbuatan suami mendatangkan kecederaan atau menimbulkan ketakutan akan kematian kepada isterinya atau kecederaan kepada mana-mana orang lain bagi tujuan untuk mengadakan hubungan seks dengan isteri adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 375AElemen penting dalam perkara ini adalah kecederaan yang dilakukan oleh suami terhadap isteri. Ini juga tidak bertentangan dengan mana-mana prinsip agama.

Seksyen 375A Kanun Keseksaan dimasukkan atas syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang telah mengkaji Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004. Dapatan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ini telah mencadangkan seksyen 375A tersebut bagi melindungi martabat dan kepentingan seorang isteri yang daripada dipaksa oleh suami untuk melakukan hubungan seks sehingga mendatangkan kecederaan.

Namun Jawatankuasa itu tidak bersetuju bahawa perbuatan suami melakukan perhubungan seks tanpa kerelaan isteri atau dengan memaksa isteri sebagai suatu jenayah rogol di Malaysia dengan alasan ia bertentangan dengan undang-undang syariah dan juga agama lain. Oleh itu, seksyen 375 Kanun Keseksaan tidak perlu dipinda kerana peruntukan untuk menghukum suami yang mendatangkan kecederaan kepada isteri telah terdapat dalam seksyen 375A kanun itu, cuma ia tidak diistilahkan sebagai rogol.

Persoalan yang timbul sekiranya suami memaksa mengadakan hubungan seks tanpa kerelaan isteri tetapi tidak berlaku sebarang kecederaan kepada isteri, adakah isteri tidak boleh mendakwa suami atas apa juga alasan?

Undang-undang lazim mendefinisikan rogol sebagai persetubuhan tanpa keizinan yang dilakukan oleh seorang lelaki ke atas seorang perempuan yang tidak dikahwininya.

Takrifan rogol merujuk tafsiran Seksyen 375 (a) - (e) serta huraiannya jelas menunjukkan semua elemen yang dinyatakan menjurus kepada jenayah rogol kecuali jika lelaki itu adalah suami kepada perempuan berkenaan.

Jika berdasarkan takrifan dalam seksyen berkenaan, suami boleh melakukan apa sahaja perbuatan seksual terhadap isteri walaupun dalam keadaan isteri tidak rela atau tidak setuju.

Maknanya, suami kebal daripada sebarang tuduhan rogol jika perempuan yang diperlakukan sebegitu adalah isterinya asalkan ia tidak mendatangkan kecederaan fizikal. Suami hanya boleh dikenakan tindakan undang-undang jika pihak isteri dapat membuktikan suami telah mendatangkan kecederaan kepada isteri.

Dalam setiap jenayah perlu dibuktikan elemen mens rea (niat) dan actus rea (perbuatan). Jika dikaji semula, mens rea dalam perlakuan rogol ialah seseorang itu berniat untuk merogol mangsa dengan sengaja. Mangsa pula tidak rela diperlakukan sebegitu dan tidak mahu hubungan seks itu berlaku. Perkara yang boleh dibangkitkan sebagai mens rea berdasarkan definisi itu ialah hubungan seks itu berlaku tanpa kemahuan perempuan itu. Orang yang melakukan seks itu berniat untuk memaksa perempuan itu dan seks itu terjadi adalah kerana paksaan yang dibuat oleh lelaki itu. Oleh itu, ada persamaan antara perlakuan seks oleh suami tanpa kerelaan isteri dengan jenayah rogol berdasarkan Kanun Keseksaan. Perlakuan seks yang terjadi adalah tanpa kerelaan perempuan itu dan wujudnya unsur paksaan dari pihak lelaki dan dilakukan dengan sengaja.

Dari segi actus reus pula, berlaku perlakuan memasukkan zakar ke dalam kemaluan perempuan tanpa kerelaan perempuan itu. Dalam kes suami paksa isteri melakukan hubungan seks ini, kedua-dua elemen penting jenayah iaitu actus reus dan mens rea wujud.

Ini sepatutnya boleh membuatkan pihak lelaki (suami) di dakwa kerana jenayah rogol. Apakah kewajaran suami yang memaksa isteri mengadakan hubungan seks secara kekerasan tidak dikategorikan sebagai jenayah rogol? Daripada sudut agama dan adat pula, adakah menjadi kewajipan isteri melayan kehendak seks suami dalam apa jua keadaan?

Setakat ini jenayah terhadap wanita yang mewajibkan hukuman sebatan ialah di bawah Seksyen 376B. Seksyen 376 memberi budi bicara kepada mahkamah untuk mengenakan hukuman sebatan ke atas dakwaan rogol di bawah seksyen 375. Tetapi tidak pula dicadangkan bagi menambahkan hukuman berat ke atas kes marital rape.

Tambahan pula dalam sesetengah kebudayaan dan agama, istilah marital rape tidak wujud. Adakah ini bermakna setelah berkahwin wanita menjadi hak suami sepenuhnya dan boleh diperlakukan tanpa batasan?

Tentulah sangat malang bagi seseorang wanita itu jika dia mendapat suami yang tidak bertimbang rasa.


Sumber asal : http://bit.ly/1nu6NL1

Friday, June 20, 2014

Ramadhan 1435@Kuala Terengganu



Insya Allah, dua minggu lagi kita akan bertemu dengan bulan penuh keberkatan yang mana pahala berganda akan diganjarkan kepada seluruh Muslimin yang mengerjakan ibadat pada bulan ini.

Syukur, Allah s.w.t. masih panjangkan umur ini hingga bertemu lagi dengan Ramadhan.. Masih lagi terbayang akan kemeriahan dan kegembiraan Ramadhan tahun lepas. 

Sepanjang menjalani ibadat Puasa ini, ia senantiasa menguji fizikal dan mental dan ia juga melahirkan rasa takjub akan kekuasaan Allah melalui apa yang dapat kita lihat  dan rasa pada fizikal kita.

Bayangkan, jika kita tidak mengambil sarapan atau miss makan tengah hari, kita akan jadi letih, lesu dan tidak bersemangat, namun ia berlainan pada bulan Ramadhan, walaupun kita tidak melalui dua sesi makan itu kita masih lagi bertenaga dan bersemangat.

Inilah dikatakan "Nikmat Ramadhan" yang hakikatnya datang dari Allah s.w.t. perkara ini jarang kita sedari dan sesungguhnya Allah Maha Dekat dengan setiap insan. 


Sabar

Benar, kita boleh menahan rasa lapar seharian namun, Allah uji pula tahap kesabaran kita. Kebiasaannya, kita mudah marah kerana berlapar tetapi perkara sebaliknya berlaku. Kebanyakkan orang tidak mudah melenting sewaktu menjalani ibadah puasa ini. Kelakuan juga dijaga.

Tapi malangnya, semua itu lebur apabila kita berada di jalanraya dan Pasar Ramadhan. Kebanyakkan pemandu mudah menjadi baran ketika dijalan raya dan ini tidak dapat dipastikan punca berlaku sedemikian. Jalan yang kebiasaannya tenang menjadi sesak ekoran semua orang mahu cepat sampai ke rumah. 

Lebuh raya usah cerita, berbuka dalam kereta sudah menjadi lumrah di bandar-bandar urban seluruh negara. Kehidupan di kota raya metropolitan KL di kelas tersendiri dan tidak sama dengan kehidupan di Kuala Terengganu walaupun ianya berstatus Bandaraya.

Jalan sesak di Kuala Terengganu merupakan satu kejanggalan kecuali pada waktu puncak iaitu pagi sewaktu sebelum jam pejabat dan petang selepas waktu pejabat. Namun, pada bulan Ramadhan hari-hari jalan akan sesak bermula dari jam 3:00 petang hingga pukul 7:00 petang. Kesesakkan jalanraya inilah mengundang berlakunya kemalangan di jalan raya baik yang kecil mahupun kemalangan maut. 

Pada bulan ini juga dapat disaksikan seluruh bandar Kuala Terengganu akan mengalami kesesakkan yang teruk dan ini boleh dikatakan berlaku di semua ibu negeri di Semenanjung.

Pasar Ramadhan

Ia juga menjadi satu penyumbang kepada kesesakkan jalan raya kerana kebanyakkannya diwujudkan berhampiran jalanraya dan tidak mempunyai parkir kenderaan yang baik dan menyebabkan jalan yang sedia sempit menjadi bertambah sempit.

Gambar Hiasa : Pasar Ramadhan
Tidak dinafikan, bulan yang penuh keberkatan ini juga merupakan lubuk kepada para peniaga-peniaga tidak kira kecil atau besar, semua berlumba-lumba untuk turut serta sebagai penjual di Pasar Ramadhan ini.

Tapi sayang sekali, variasi makanan yang dijual hampir sama dan harga juga menjadi tandatanya, kerana kuantiti sedikit tetapi harga mahal. Akhirnya, pengunjung pasar merasakan masa mereka terbuang dan pihak peniaga mengalami kerugian kerana pelanggan tidak membeli. Tapi itulah adat orang berniaga, ada hari untung dan ada masa rugi yang penting jangan pernah berputus asa...

Orang-orang bekerja memang tiada masa. Lagi teruk jika suami isteri bekerja, jadi Pasar Ramadhan menjadi pilihan utama. Tak sedap pun beli lah, buat juadah berbuka. Elok di mata, itulah yang dibeli sedap atau tidak belum tentu, yang penting apa yang dihajat diperolehi.

Dihidang dan dijamah pada waktu berbuka. Teguk air segelas, makan kurma tiga biji dan terus makan nasi. Murtabak dan beberapa jenis kuih tidak bersentuh.... perut dah kenyang. 

Keletihan dan kekenyangan ditambah ada TV LED FLAT SCREEN 42" complete dengan Astro Beyond, pejam celik sudah dekat waktu Isyak... mandi pun belum lagi, solat maghrib tidak ditunaikan... bergegas buat semua.... akhirnya masa solat Isyak berjemaah sudah tidak dapat bertahan. Solat Terawih menjadi terlalu berat... sedangkan itulah kewajipan utama ketika Bulan Ramadhan.

Akhir Bicara

Ingat, Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh cabaran, bukan satu bulan yang menjadi senggang dengan Aidilfitri. Jadikan Ramadhan sebagai sasaran utama, perbanyakkan amal dan perbetulkan amalan wajib.

Zakat wajib ditunaikan. Quran jangan ditinggalkan, Ringankan hadir ke Kuliah dan Majlis Agama. 

Bukan kata hendak menjadi lebai, tetapi penuhkan amal kerana itu bekalan kita di akhirat kelak. 

Hidup hendaklah sentiasa bersabar dan senantiasa memohon keampunan dari Allah s.w.t. kerana kita tidak lari dari membuat silap sama ada secara sedar atau tidak.

Sekain, wassalam.

Gambar Hiasa : Masjid Terapung, Kuala Terengganu

Monday, June 16, 2014

Kami Tidak Ramai, Tapi Kami Ada!


2014 merupakan satu tahun yang dinantikan oleh rakyat Malaysia yang tinggal di Holland, kerana pada tahun ini Piala Dunia Hoki bakal berlangsung dan yang paling dinantikan adalah aksi pasukan Malaysia yang layak secara merit ke Pusingan Akhir untuk edisi kali ini.

Di Malaysia, hoki merupakan sukan kegemaran yang ketiga selepas Badminton dan Bola Sepak. Aksi permainan hoki tidaklah disambut sebagai fenomena bagi peminatnya terutama di Malaysia. 

Kerana Hoki, kali ini rakyat Malaysia di Holland yang kebanyakkannya terdiri daripada pelajar dan mereka yang sedang berkerja di Holland, bersatu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi pasukan Hoki Malaysia

Jumlah mereka sekitar dalam 30 orang sahaja, namun cukup untuk menggamatkan stadium yang dipenuhi penonton yang sopan...

Seawal permainan pembukaan di mana Malaysia bertemu dengan Penyandang Juara Dunia, Australia penyokong Malaysia yang menggelarkan diri mereka sebagai Ultras Harimau Malaya cawangan Holland berdiri teguh dan mengumandangkan lagu-lagu patriotik serta bersorak sebagai sokongan kepada pemain Malaysia.

Pasukan penyokong ini terus hadir ke stadium dengan semangat yang tinggi dan membayar sendiri harga tiket €35.00 yang bersamaan dengan RM140.00 sekali masuk dan pasukan kita beraksi sebanyak 6 perlawanan iaitu 5 pada peringkat kumpulan dan sekali untuk penentuan tempat ke 11 dan 12. Pada mereka, itu tidak menjadi masalah dan sokongan kepada pasukan Negara menjadi keutamaan. 

Untuk rekod pasukan negara menduduki tempat ke 12 dan Australia muncul sekali lagi sebagai Juara Dunia pada edisi 2014 ini.

Dikongsikan wajah-wajah Ultras Harimau Malaya-Holland.


Astro Awani@Opening Match 31/5/2014












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...