Assalamualaikum...
Sebut Piala Dunia, pasti tumpuan orang ramai akan terarah kepada Sukan Bola Sepak sedangkan banyak lagi acara sukan yang dianjurkan dengan nama World Cup. Kuatnya pengaruh bola sepak hinggakan istilah Piala Dunia itu eksklusif untuk sukan kegemaran ramai ini. Tidak apalah, seluruh dunia memang menggemari sukan ini.
Di Malaysia, bola sepak telah mejadi fenomena semenjak tahun 2008 dengan kemuncak Harimau Malaya berjaya merangkul Piala AFF buat pertama kali pada 2010. Hingga kini Liga Malaysia baik Liga Super mahupun Liga Perdana makin meriah dengan pelbagai kontroversi. Namun, hingga saat ini, kita hanyalah jaguh dilaman sendiri sahaja. Mungkin tahun-tahun seterusnya sukan bola sepak di Malaysia mengorak langkah lebih jauh pada peringkat Asia Tenggara dan Asia juga Dunia... semua ini mungkin berlaku sekiranya semua orang memberi komitmen yang jitu dan tidak berbelah bagi demi sukan ini.
Itu kisah di Malaysia, kini World Cup yang sedang berlangsung di Brazil. Seluruh dunia memberi tumpuan dan berbicara mengenai kejohanan ini. Konglomerat sukan seperti Nike dan Adidas mengeluarkan "promo" masing-masing untuk menghidupkan suasana festival seantero dunia. Ia memberi kesan yang memberangsangkan kepada manusia di luar Brazil.
Tetapi sedarkah kalian, terdapat rakyat Brazil memboikot Penganjuran Piala Dunia kali ini. Kita hanya mengenali Brazil sebagai sebuah negara yang melahirkan Lagenda Bola sepak dan juga bakat-bakat luar biasa seperti Pele, Ronaldo, Kaka, Ronaldinho, dan terbaru Neymar. Sebenarnya, Brazil bukan seindah "samba" dan "festival" serta kehebatan Bola sepaknya....
Brazil!
Ia adalah sebuah negara yang terletak dalam Benua Amerika dan ia terletak di Selatan benua itu. Sejarah mencatatkan, di benua ini sudah wujud jutaan manusia dan mempunyai peradaban yang canggih kerana mereka juga warisan Kaum Maya dan Inca. Sungai Amazon menjadi nadi kehidupan mereka dari dulu hingga sekarang.
Semenjak tahun 1500, ia adalah sebuah koloni Portugis ketika era kolonialisasi dunia. Perhambaan adalah isu utama ketika mereka dibawah Portugis. Pastinya, kesengsaraan dan penderitaan jelas tepapar di fikiran kita apabila disentuh hal "perhambaan".
Pastinya, penduduk peribumi bangkit menentang penjajahan keatas mereka dan perjuangan mereka tidak pernah kunjung tamat. Siri pemberontakkan yang panjang dilancarkan oleh kelompok masyarakat peribumi Brazil hinggalah mereka mencapai kemerdekaan pada tahun 1822.
Muzik, Nyanyian dan Tarian telah menjadi darah daging orang Brazil. Semasa dalam penjajahan, mereka suka berhibur dan hiburan mereka agak ekstrem sebagai ekspresi jiwa yang tertindas. Lahirlah satu gerak tari yang dinamakan sebagai Capoeira. Pada awalnya, ia adalah satu persembahan yang menghiburkan.
Persembahan Capoeira |
Namun, pihak berkuasa Brazil ketika era kolonial melihat ia sebagai satu bentuk seni mempertahankan diri yang berbahaya dan lebih ganas jika ianya digabungkan dengan pisau lipat.
Tarian
Menjadi budaya dan tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan masyarakat Brazil, malah Brazilian Carnival menjadi satu fiesta yang menarik perhatian masyarakat dunia untuk berkunjung ke Brazil. Siapa tidak tahu tentang tarian samba yang identikal sebagai pengenalan penduduk Brazil.
Kehidupan di Brazil tidak lah indah seperti bola sepak dan tarian serta festival yang saban tahun dianjurkan. Rata-rata rakyat Brazil hidup miskin dan melarat kerana pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Faktor ini mendorong banyak berlaku aktiviti jenayah di negara tersebut.
Klip diatas menjadi viral dua bulan lepas dan ia berlaku di Rio Jenario. Kejadian ini berlaku sewaktu satu sesi temuramah antara wartawan dengan penduduk Rio berkenaan kelemahan polis dalam menangani jenayah. Sedang ditemuramah, wanita ini telah diragut oleh seorang remaja lelaki. Ini lah gambaran sebenar keadaan di Rio yang juga ibu negara Brazil.
Piala Dunia
Kini tumpuan dunia kepada Brazil kerana mereka akan penganjur pada edisi ini. Pro and Cons pastinya wujud. Penganjuran acara sukan yang mempunyai peminat paling ramai ini pastinya akan merancakkan aktiviti pelancongan dan melonjak pendapatan Brazil.
Apa pun, Piala Dunia ini menunjukkan bahawa Kerajaan Brazil berani untuk menukar persekitaran mereka seterusnya menjadikan negara mereka lebih baik.
Benar, pada waktu ini berlaku rusuhan dan tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh pihak bertanggungjawab, bahawa kononnya penganjuran sukan ini membebankan rakyat... namun inilah cabarannya.
Apa pun, Brazil sememangnya merupakan sebuah negara menarik untuk dikunjungi, cuma anda perlu berhati-hati kerana malang sentiasa tidak berbau!
No comments:
Post a Comment