Monday, June 16, 2014

Kami Tidak Ramai, Tapi Kami Ada!


2014 merupakan satu tahun yang dinantikan oleh rakyat Malaysia yang tinggal di Holland, kerana pada tahun ini Piala Dunia Hoki bakal berlangsung dan yang paling dinantikan adalah aksi pasukan Malaysia yang layak secara merit ke Pusingan Akhir untuk edisi kali ini.

Di Malaysia, hoki merupakan sukan kegemaran yang ketiga selepas Badminton dan Bola Sepak. Aksi permainan hoki tidaklah disambut sebagai fenomena bagi peminatnya terutama di Malaysia. 

Kerana Hoki, kali ini rakyat Malaysia di Holland yang kebanyakkannya terdiri daripada pelajar dan mereka yang sedang berkerja di Holland, bersatu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi pasukan Hoki Malaysia

Jumlah mereka sekitar dalam 30 orang sahaja, namun cukup untuk menggamatkan stadium yang dipenuhi penonton yang sopan...

Seawal permainan pembukaan di mana Malaysia bertemu dengan Penyandang Juara Dunia, Australia penyokong Malaysia yang menggelarkan diri mereka sebagai Ultras Harimau Malaya cawangan Holland berdiri teguh dan mengumandangkan lagu-lagu patriotik serta bersorak sebagai sokongan kepada pemain Malaysia.

Pasukan penyokong ini terus hadir ke stadium dengan semangat yang tinggi dan membayar sendiri harga tiket €35.00 yang bersamaan dengan RM140.00 sekali masuk dan pasukan kita beraksi sebanyak 6 perlawanan iaitu 5 pada peringkat kumpulan dan sekali untuk penentuan tempat ke 11 dan 12. Pada mereka, itu tidak menjadi masalah dan sokongan kepada pasukan Negara menjadi keutamaan. 

Untuk rekod pasukan negara menduduki tempat ke 12 dan Australia muncul sekali lagi sebagai Juara Dunia pada edisi 2014 ini.

Dikongsikan wajah-wajah Ultras Harimau Malaya-Holland.


Astro Awani@Opening Match 31/5/2014












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...