Insya Allah, dua minggu lagi kita akan bertemu dengan bulan penuh keberkatan yang mana pahala berganda akan diganjarkan kepada seluruh Muslimin yang mengerjakan ibadat pada bulan ini.
Syukur, Allah s.w.t. masih panjangkan umur ini hingga bertemu lagi dengan Ramadhan.. Masih lagi terbayang akan kemeriahan dan kegembiraan Ramadhan tahun lepas.
Sepanjang menjalani ibadat Puasa ini, ia senantiasa menguji fizikal dan mental dan ia juga melahirkan rasa takjub akan kekuasaan Allah melalui apa yang dapat kita lihat dan rasa pada fizikal kita.
Bayangkan, jika kita tidak mengambil sarapan atau miss makan tengah hari, kita akan jadi letih, lesu dan tidak bersemangat, namun ia berlainan pada bulan Ramadhan, walaupun kita tidak melalui dua sesi makan itu kita masih lagi bertenaga dan bersemangat.
Inilah dikatakan "Nikmat Ramadhan" yang hakikatnya datang dari Allah s.w.t. perkara ini jarang kita sedari dan sesungguhnya Allah Maha Dekat dengan setiap insan.
Benar, kita boleh menahan rasa lapar seharian namun, Allah uji pula tahap kesabaran kita. Kebiasaannya, kita mudah marah kerana berlapar tetapi perkara sebaliknya berlaku. Kebanyakkan orang tidak mudah melenting sewaktu menjalani ibadah puasa ini. Kelakuan juga dijaga.
Tapi malangnya, semua itu lebur apabila kita berada di jalanraya dan Pasar Ramadhan. Kebanyakkan pemandu mudah menjadi baran ketika dijalan raya dan ini tidak dapat dipastikan punca berlaku sedemikian. Jalan yang kebiasaannya tenang menjadi sesak ekoran semua orang mahu cepat sampai ke rumah.
Lebuh raya usah cerita, berbuka dalam kereta sudah menjadi lumrah di bandar-bandar urban seluruh negara. Kehidupan di kota raya metropolitan KL di kelas tersendiri dan tidak sama dengan kehidupan di Kuala Terengganu walaupun ianya berstatus Bandaraya.
Jalan sesak di Kuala Terengganu merupakan satu kejanggalan kecuali pada waktu puncak iaitu pagi sewaktu sebelum jam pejabat dan petang selepas waktu pejabat. Namun, pada bulan Ramadhan hari-hari jalan akan sesak bermula dari jam 3:00 petang hingga pukul 7:00 petang. Kesesakkan jalanraya inilah mengundang berlakunya kemalangan di jalan raya baik yang kecil mahupun kemalangan maut.
Pada bulan ini juga dapat disaksikan seluruh bandar Kuala Terengganu akan mengalami kesesakkan yang teruk dan ini boleh dikatakan berlaku di semua ibu negeri di Semenanjung.
Pasar Ramadhan
Ia juga menjadi satu penyumbang kepada kesesakkan jalan raya kerana kebanyakkannya diwujudkan berhampiran jalanraya dan tidak mempunyai parkir kenderaan yang baik dan menyebabkan jalan yang sedia sempit menjadi bertambah sempit.
Tidak dinafikan, bulan yang penuh keberkatan ini juga merupakan lubuk kepada para peniaga-peniaga tidak kira kecil atau besar, semua berlumba-lumba untuk turut serta sebagai penjual di Pasar Ramadhan ini.
Tapi sayang sekali, variasi makanan yang dijual hampir sama dan harga juga menjadi tandatanya, kerana kuantiti sedikit tetapi harga mahal. Akhirnya, pengunjung pasar merasakan masa mereka terbuang dan pihak peniaga mengalami kerugian kerana pelanggan tidak membeli. Tapi itulah adat orang berniaga, ada hari untung dan ada masa rugi yang penting jangan pernah berputus asa...
Orang-orang bekerja memang tiada masa. Lagi teruk jika suami isteri bekerja, jadi Pasar Ramadhan menjadi pilihan utama. Tak sedap pun beli lah, buat juadah berbuka. Elok di mata, itulah yang dibeli sedap atau tidak belum tentu, yang penting apa yang dihajat diperolehi.
Dihidang dan dijamah pada waktu berbuka. Teguk air segelas, makan kurma tiga biji dan terus makan nasi. Murtabak dan beberapa jenis kuih tidak bersentuh.... perut dah kenyang.
Keletihan dan kekenyangan ditambah ada TV LED FLAT SCREEN 42" complete dengan Astro Beyond, pejam celik sudah dekat waktu Isyak... mandi pun belum lagi, solat maghrib tidak ditunaikan... bergegas buat semua.... akhirnya masa solat Isyak berjemaah sudah tidak dapat bertahan. Solat Terawih menjadi terlalu berat... sedangkan itulah kewajipan utama ketika Bulan Ramadhan.
Akhir Bicara
Ingat, Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh cabaran, bukan satu bulan yang menjadi senggang dengan Aidilfitri. Jadikan Ramadhan sebagai sasaran utama, perbanyakkan amal dan perbetulkan amalan wajib.
Zakat wajib ditunaikan. Quran jangan ditinggalkan, Ringankan hadir ke Kuliah dan Majlis Agama.
Bukan kata hendak menjadi lebai, tetapi penuhkan amal kerana itu bekalan kita di akhirat kelak.
Hidup hendaklah sentiasa bersabar dan senantiasa memohon keampunan dari Allah s.w.t. kerana kita tidak lari dari membuat silap sama ada secara sedar atau tidak.
Sekain, wassalam.
Gambar Hiasa : Pasar Ramadhan |

Gambar Hiasa : Masjid Terapung, Kuala Terengganu |
No comments:
Post a Comment