Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kami sebenarnya sedang menyediakan beberapa artikel yang berkaitan dengan sejarah negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Penyediaan artikel sejarah tidak boleh dilakukan secara semberono. Justeru itu,kami mengambil sedikit masa untuk mengekalkan ketajaman fikiran untuk terus mencerna maklumat dalam penghasilan artikel sejarah.
Jadi, kami tampilkan satu artikel yang berkenaan dengan etika dan memilih untuk kongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian tentang Ethic of Photographer.
Jurugambar ataupun Photographer merupakan satu kerjaya profesional di mana banyak negara mengiktiraf pernana mereka dalam menyalurkan maklumat. Kata orang "Sekeping gambar membawa 1000 maksud" yang bererti, sekeping boleh mencetuskan pelbagai persepsi dan itulah sebenarnya kerjaya seorang Photographer.
Satu cabang fotografi yang popular adalah "Street Photo" iaitu rakaman gambar secara rawak yang dikenali sebagi candid. Kebanyakkan gambar ini dirakamkan ditempat terbuka seperti padang, stadium, majlis kahwin, atau yang lebih adalah di tempat yang mejadi tumpuan awam. Gambar-gambar Street Photo ini sering kali mendapat perhatian umum hingga ada Photographer diberi anugerah sebagai menghargai usaha mereka dalam menyelami kehidupan sesebuah masyarakat.
Photo : Paul Hansen |
Gambar di atas dirakamkan oleh Paul Hansen seorang jurugambar daripada Sweeden. Gambar ini telah memenangi Swedish Pictures of The Year Awards 2011. Kelihatan dalam gambar ini adalah jasad Fabienne, 14 tahun. Dia dikatakan telah dibunuh oleh Polis Haiti kerana mencuri dua kerusi dan beberapa keping gambar dari sebuah kedai semasa Haiti dilanda gempa bumi pada 2011.
Bagaimanapun, gambar ini telah mencetuskan kontroversi dan paling dipersoalkan adalah tentang etika dan kemanusiaan....
Photo : Nathan Waber |
Inilah hakikat sebenar ketika gambar yang memenangi anugerah itu dirakam. Ianya bukan dirakam oleh Paul Hansen seorang tetapi oleh 14 Photographer lain. Benar, mereka ke Haiti adalah untuk misi kemanusiaan dan mereka menyumbang melalui karier mereka sebagai Journalist.
Di Sweden, mereka persoalkan "Adakah Orang akan memberi sumbangan sekiranya gambar itu tidak diterbitkan?" Pedebatan mereka kelihatan mengenai nama dan pride. Namun, sebagai manusia patutkah kita berkelakuan seperti ini tatkala melihat sekujur jasad... kenapa tidak dikelubungkan jasad ini?
Photo : Cactus Wangi |
Mungkin gambar ini kelihatan tidak menarik untuk disiarkan. Tetapi jelas ia adalah sekeping gambar yang menyatakan tentang satu kemalangan jalan raya berhampiran Eindhoven, Nederland. 3 keping gambar ini adalah untuk menyatakan tentang "By Accident or By Casue"
No comments:
Post a Comment