Satu fosil labah-labah (jantan) gergasi telah dijumpai di Daohugou, pedalaman Mongolia. Penemuan ini mengejutkan saintis dan kini mereka telah mencadangkan satu nama spesis baru yang dipanggil Mongolarachne.
Fosil Labah-Labah Gergasi (Jantan) |
Penemuan fosil ini adalah cari gali yang lebih lanjut mengenai fosil labah-labah (betina) gergasi yang dijumpai di kawasan sama pada 2011. Usia fosil labah-labah gergasi (betina) itu dianggarkan berusia 165 juta tahun dan tergolong dalam spesis Nephila seakan-akan spesis labah-labah yang sama Nephilidae dan ianya telah digelar sebagai Nephila Jurasicca. Namun semua nama-nama ini terbatal setelah penemuan fosil labah-labah jantan itu.
Saiz fizikal fosil jantan itu tidak menunjukkan ia dalam spesis Nephila dan saintis mendapati ianya berada dalam jenis spesis yang lain. Perkara ini ditimbulkan kerana perbezaan jantina yang tidak sepadan dengan mana-mana spesis Nephila moden.
Fosil Labah-Labah betina |
Perbezaan jantina unggas ini telah membuatkan Prof. Paul Seldan daripada Kansas University telah mencadangkan satu nama spesis baharu buat labah-labah tersebut sebagai Mongolarachne daripada keluarga Monggolarachnidae dan spesis ini ada beberapa persamaan dengan labah-labah spesis sama tetapi dalam keluarga Denophidae.
Fosil labah-labah dianggap sukar ditemui memandangkan komposisi yang mudah rosak, namun yang rare bagi kedua-dua fosil yang berusia 165 Juta didalam debu-debu Gunung Berapi!!
Adalah dipercayai, kedua-dua fosil ini terpendalam dalam dasar tasik yang membolehkan badan labah-labah ini terselamat dari proses luluhawa bumi.
No comments:
Post a Comment