Monday, January 20, 2014

IKHTIAR : "Benteng Diri" dari segala yang bathil jasmani dan rohani


Malam sebelum tidur sediakan sebekas air bersih berhampiran dengan tempat tidur. Tutup (agar tidak dimasukki dek najis cicak dan sayap lipas)

  1. Usai bangun dari tidur, selepas celikkan mata, sekurang-kurangnya ucapkan walau sepatah AlhamduLILLAH, tanda kesyukuran dihidupkan semula selepas mati yang sementara, juga paling utama dihidupkan semula masih dalam keadaan beriman kepada ALLAH.
  2. Bangun dari pembaringan, sebelum meminum air putih @ jarang @ masak atau sebelum melangkah masuk ke bilik air. Pandang wajah ke dalam bekas air tadi, sehingga menampakkan susuk bayang wajah kita yang penuh.
  3. Setelah nampak penuh, maka celupkan jari telunjuk ke dalam bekas yang berbayangkan wajah kita, sambil menahan nafas dan sepanjang menahan nafas, di dalam hati, ucapkan kalimah toyyibah LaailahaillALLAH sebanyak mungkin.
  4. Habis nafas, hembuskan Huu (dengan doa) perlahan-lahan melalui mulut ke dalam air tadi, dan air tersebut disapukan pada wajah kita, sebanyak bilangan yang ganjil (sekurang-kurangnya 3x), sambil berselawat ke atas Sayyiduna RasulILLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam.


InsyaALLAH, anda sedang menjalankan ikhtiar untuk menghindar serta membuang segala perkara yang bathil di dalam diri.

Adapun ini adalah salah satu Amalan Al Alim Al ALamah Syeikh Abdus Somad Al Falimbani. Tokoh Ulama, mujahidin pembebas Negeri Fathoni Darussalam dan juga sahabat kepada Al Alim Al ALamah Syeikh Muhammad Arshad Al Banjari serta Al Alim Al ALamah Syeikh Daud Abdullah Al Fathoni.


Semoga beroleh manfaat dari ALLAH Azza Wajalla.

Sumber : Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...