Monday, January 20, 2014

Pokok keluarkan DUIT!!

Pokok berbuahkan duit atau Pokok mengeluarkan duit, mesti ramai menyangkalnya. Tetapi ini kejadian benar-benar berlaku di mana ia mengeluarkan DUIT!

Kejadian ini berlaku di United Kingdom (UK) di mana terdapat pokok yang mengeluarkan duit dari kulitnya....benarkah begitu?

Dari jauh pokok ini kelihatan biasa....

Iya... kejadian ini, benar-benar berlaku. Tetapi ia tidak terjadi dengan sendirinya. Ia adalah perbuatan manusia jua.. :)

Pokok-pokok ini sebenarnya telah "dipasak" dengan syiling oleh orang-orang yang mempunyai niat yang tersendiri dan ia dikaitkan dengan kepercayaan mistik masyarakat UK. Jadi, jangan ingat kat Malaysia je percaya alam mistik atau superstitious, masyarakat UK juga sebegitu juga.

Menurut BBC, pada kurun ke-17, masyarakat Scotish akan mempasak florin ke pokok sebagai persembahan dengan harapan untuk mengelakkan penyakit. Amalan ini tidak dapat dipastikan menjadi sebaliknya ia diteruskan sebagai tradisi.

Syiling yang telah dipasak ke pokok!

Kebiasaannya masyarakat Scottish ini akan ke hutan dan pasak syiling mereka ke pokok-pokok tertentu. Walaupun ia dibuat kerana kepercayaan mistik, ia telah membuatkan pokok-pokok ini kelihatan unik dan menarik. 







Kebanyakkan amalan ini diteruskan di daerah Cumbri dan Portmeirion, United Kingdom. Walaupun ia dikaitkan dengan perbuatan tahyul, tetapi ia telah menjadi tradisi lain seperti melekatkan padlock mangga di jambatan,  mencampakkan syiling kedalam perigi ataupun mempasakan syiling ke pokok, ia telah membuatkan masyarakat UK mempunyai ragam budaya yang berbeza... namun ia Unik...

**Manusia memang pelik...suka sangat lakukan perbuatan sia-sia... Elakkan dari perbuatan sia-sia, Allah s.w.t. telah melarangnya!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...