Sheikh Abdel Majid al-Zindani,
merupakan pengarah projek Scientific Miracles in the Quran and Hadith,
Universiti King Abdul Aziz Jeddah, Saudi Arabia telah mengumumkan satu lagi
penemuan saintifik yang telah beliau temui yang membuktikan kebenaran kenabian
Nabi Muhammad saw, melalui hadith yang menceritakan tentang jarak antara dua
pintu syurga.
Kemajuan didalam bidang sains dan
angkasa dizaman kini telah membuktikan sabda Rasulullah saw yang telah baginda
sampaikan sejak 1400 tahun yang lalu. Padahal baginda adalah seorang nabi yang
diutuskan sebagai ummi, yang tidak tahu membaca dan menulis sebelumnya.
Sheikh Zindani telah membawa satu
hadis dalam Sahih Muslim dan diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi saw
bersabda (dengan maksud):
“Demi Dzat yang jiwaku ada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu syurga seperti antara Makkah dengan Hajar, atau seperti antara Makkah dengan Bushra.”(HR. Muslim no. 287)
Sheikh tersebut mengatakan Nabi
Muhammad s.a.w memberikan jarak antara dua pintu syurga adalah sama jaraknya
Makkah dan Hajar yang berada di sebelah timur (sekarang ini Qatar dan Bahrain),
dan juga jarak antara Makkah dan Bushra yang berada di sebelah utara.
Sesuai hadis ini, maka jaraknya
sama seperti jarak antara Makkah dan
Hajar atau sama dengan jarak antara Makkah
dan Bushra (Jarak Makkah ke Hajar = Jarak Makkah ke Bushra).
Beliau mengatakan adalah sukar
untuk mengukur jarak yang jauh antara dua tempat melalui jalan darat kerana
terdapatnya halangan seperti bentuk mukabumi, jarak yang tepat hanya boleh
diperolehi melalui pengukuran dari udara yang tidak mungkin dapat dilakukan
pada zaman tersebut.
Beliau mengatakan dengan adanya
kapal terbang dan satelit dalam abad 20 ini jarak tersebut dapat dihitung dengan
tepat.
Ukuran dengan Google Earth
membuktikannya, bahawa adalah benar jarak Makkah-Hajar tepat sama dengan jarak
Makkah-Bushra, iaitu keduanya memiliki jarak yang sama, 1273 km!
Bagaimana mungkin seorang manusia
di padang pasir Arab dapat dengan tepat mengukur jarak dua tempat itu, jika
tidak kerana bantuan, pemberitahuan dari Allah Yang Maha Pencipta yang mencipta
langit dan bumi dan seluruh alam ini!
Jarak Keluasan Pintu Syurga |
Sumber FB Kaki Dotcom
No comments:
Post a Comment