Menurut sumber rasmi FJP, ketika
ini usaha mengenalpasti jenazah sedang dilakukan. Hingga kini sejumlah 1071
jenazah sudah dikenal pasti. Proses ini dilakukan melalui kad pengenalan diri
yang terdapat pada pakaian jenazah dan juga dikenalpasti oleh ahli keluarga dan
juga rakan-rakan.
Jumlah ini tidak termasuk jenazah
yang tidak dapat dikenalpasti dan juga mereka yang telah diculik. Jumlah ini
juga jauh berbeza dengan jumlah yang diumumkan oleh kerajaan iaitu seramai 525
orang.
Sementara itu, Kementerian Dalam
Negeri Mesir dilaporkan telah menangkap beberapa ahli keluarga yang hadir untuk
menuntut jenazah keluarganya dikembalikan di Masjid Imam Makram Abid. Namun,
Kementerian Dalam Negeri Mesir enggan menyerahkan jenazah tersebut.
Mereka memaksa pihak keluarga
menyatakan bahawa mangsa yang meninggal dunia sebagai bunuh diri. Sekiranya
mereka enggan membuat pernyataan itu pihak berkuasa tidak akan mengeluarkan
permit untuk menguburkan jenazah.
Sumber : Islampos.com
No comments:
Post a Comment