Friday, August 16, 2013

Mesir Kini...

Assalamualaikum....

Sehingga artikel ini ditulis pelbagai blog dalam bahasa Melayu dan Indonesia banyak memuatkan keadaan Demonstrasi di Rabaah Adawiyah, Kaherah, Mesir.

Apa yang berlau di sana?

Di dataran ini adalah tempat berkumpulnya pengikut dan penyokong Dr. Mohammad Morsi, Presiden Mesir yang digulingkan secara kudeta oleh Ketua Angkatan Tentera Mesir, Abdul Fatah Asisi. Sebelum ini mereka inilah yang berdemonstrasi di Dataran Tahrir bagi menuntut Presiden Mesir sebelum ini Hosni Mubarak meletak jawatan.

Mereka telah berkampung di Rabaah Adawiyah dalam bulan Ramadhan lagi. Mereka terdiri daripada segenap lapisan masyarakat daripada Orang Tua, Belia, Kanak-Kanak dan Bayi baik lelaki mahupun perempuan.

Mereka menuntut pembebasan Presiden Mohammad Morsi serta menuntut Abdul Fatah Asisi mengembalikan pemerintahan di bawah Ikhwanul Muslimin.

Pembuhuhan Beramai-Ramai...


14 Ogos 2013, setelah buat beberapa ketika demonstran yang berkampung di Rabaah, mereka telah digempur oleh Polis dan Tentera hingga mengorbankan ratusan dan mencederakan ribuan demonstran, yang pihak Keselamatan Mesir dakwa sebagai Pengganas.

15 Ogos 2013, angka kian Syuhada meningkat hinggakan jurugambar amatur dan jurugambar rasmi menjadi korban.

Dunia Membisu....

Hingga kini, media sosial dan internet serta blog sahaja yang menguar-uarkan apa yang sebenarnya berlaku di Mesir. Lidah rasmi kebanyakkan negara masih membisu dan sekalipun mereka menyiarkan berita hal sebaliknya yang disiarkan.

Yang pasti, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan sahajalah yang bersuara langtang untuk mencari jalan bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Mesir.

Hingga artikel ini ditulis, media sosial melaporkan bahawa rakyat Mesir dari luar Kaherah sedang berpusu-pusu memasuki Kaherah untuk membela saudara-saudara mereka yang sedang dibantai.

Doa...

Admin, tiada upaya untuk sokong secara fizikal....hanya Doa dan Solat Hajat yang mampu admin lakukan. Namun, terdapat pelbagai organisasi di seluruh Malaysia sedang berusaha untuk membantu saudara-saudara kita di Mesir.

Sebagai orang mukmin, kita harus yakin bahawa DOA adalah SENJATA terkuat KITA!!!!! BERDOA LAH SAUDARA-SAUDARA...............


Keadaan di Rabaah Adawiyah, 14 Ogos 2013

Iskandariah sedang dikerumuni ribuan rakyat yang turun menyatakan solidariti dan bantahan terhadap kekejaman polis dan tentera mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...