Maryam adalah seorang Muslimah British yang pindah
ke Syria untuk bergabung dengan Mujahidin yang sedang berjuang melawan diktator
Assad. Dia mahir menggunakan senapang Kalashnikov dan ketika ini dia menjalani
kehidupannya sebagai seorang isteri Mujahid Syria.
Dia adalah seorang wanita muda yang bertubuh tinggi
dan mengenakan hijab, lengkap dengan purdah.
"Dulu,
sebelum saya mengenakan purdah, semua baik-baik saja, tapi ketika saya mula
menutup wajah saya [dengan purdah], orang-orang biasa mengatakan, 'Kembalilah
ke negaramu.' Saya pun menjawab mereka, 'Aku lahir di sudut negeri ini , '"
katanya.
Dia berbicara dengan loghat London, dan menyebut
dirinya sebagai "Maryam".
"Maryam" bukanlah namanya yang sebenar,
tetapi komitmennya terhadap jihad begitu nyata: "[Rakyat Syria] ini adalah
saudara-saudara kita dan mereka memerlukan bantuan kita."
Ketika ditanya mengenai orang-orang yang mendakwa
Umat Islam yang berjihad sebagai pengganas, Maryam menjawab:
"Kami
[Umat Islam] tidak menceroboh tanah mereka, mengambil rumah mereka, makanan
mereka, memperkosa kaum wanita mereka, membunuh kaum laki-laki mereka, kami
tidak melakukan itu. Kaum Muslimin tidak melakukannya. Justeru orang-orang
itulah yang telah mendatangi kami dan melakukan itu semua. Tetapi, malah kami
yang dicap sebagai pengganas. "
Maryam menunjukkan tembakan Kalashnikov-nya. Dia
ingin berjihad dan menjadi syuhada. Namun dia bukan seorang Mujahidah garis
depan. Dia adalah isteri seorang Mujahid, yang memegang senjata untuk
perlindungan dirinya.
Gambar-gambar terbaru dari Syria mendedahkan
maklumat yang mendalam mengenai kehidupan warga British yang telah melakukan
perjalanan untuk bergabung dengan jihad di wilayah yang dikuasai Mujahidin di
utara negara itu.
Pada Selasa (23/7/2013), Channel 4 memperolehi
maklumat yang difilemkan oleh Bilal Abdul Kareem, seorang mualaf Amerika yang
sudah lama hidup di antara Mujahidin barat dan keluarga mereka di wilayah
Syria. Bilal mendokumentasikan kehidupan mereka dan mengatakan dirinya ingin
menunjukkan realiti kehidupan para Mujahid asing.
Perkahwinan Maryam dengan suaminya yang seorang
Mujahid, Abu Bakar, diatur oleh ibunya tiga bulan lalu. Maryam tidak bertemu
dengan Abu Bakar sehingga selepas mereka berkahwin.
Abu Bakar adalah seorang Sweden, dan lahir sebagai
seorang Muslim. Sedangkan Maryam adalah seorang British, dan memeluk Islam
empat tahun lalu.
"Saya
tidak tertindas. Jika saya tertindas, saya tidak akan menjadi Muslim sekarang.
Jika saya berfikir bahawa Islam adalah agama yang menindas, saya pasti sudah
meninggalkan Islam. Islam [justeru] membuat saya merdeka," ungkap Maryam.
"Alhamdulillah,
saya tidak dapat mencari seorang pun di Britain yang, kalian tahu, bersedia
mengorbankan hidup mereka di dunia ini untuk kehidupan di akhirat ...
Alhamdulillah Allah memutuskan bahawa saya harus datang ke sini untuk menikahi
Abu Bakar."
Sampai keberangkatannya baru-baru ini dari Britain
ke Syria, dia meninggalkan apa yang dia sebut sebagai kehidupan yang baik-baik
saja di mana dia suka menonton bola sepak di TV dan belajar psikologi serta
sosiologi di kolej.
Dia mengatakan bahawa orang tuanya tahu dia
melakukan perjalanan ke negara yang dilanda perang ini, tapi mereka tidak tahu
detail apa yang tengah dia lakukan.
Kepada kaum Muslimin di seluruh dunia, Maryam
menyeru, "Kalian harus bangun dan berhenti takut mati ... Kita tahu bahawa
ada syurga dan neraka. Pada hari akhir, Allah akan mempersoalkan kalian. "
"Alih-alih
duduk diam dan menumpukan perhatian pada keluarga kalian atau kajian kalian,
kalian harus berhenti bersikap mementingkan diri sendiri, kerana waktu terus
berjalan."
Maryam dan Abu Bakar memiliki tujuan besar yang
sama. Tujuan jangka panjang mereka adalah menyaksikan pembebasan Syria, diikuti
dengan pembentukan sebuah kekhalifahan Islam.
Mereka berdua juga saling menyemangati satu sama
lain. Saat pulang ke rumah selesai berjihad, Abu Bakar berkata kepada
isterinya, "Sekarang, aku akan keluar lagi, selepas gelap." Maryam
bertanya, "Untuk berperang?"
"Ya,"
jawab Abu Bakar, dan Maryam segera menyokongnya, "Kau harus selalu
menyerang. Kau harus membebaskan negeri ini. "
Abu Bakar berjihad bersama tentera jihad Sunni yang
dikenali sebagai Katiba al-Muhajirin.
Mereka berjuang bersama kumpulan Islam besar
seperti Ahrar al-Sham dan al-Qaeda sekutu Jabhah an-Nushrah. Abu Bakar adalah
seorang mujahid full-time. Dia mencatat kemenangan milisinya.
Tapi ini adalah Syria. Tidak hanya ada kemenangan,
tetapi juga ada kekalahan, dan kekejaman yang serius.
Pasukan diktator Assad berperang di sini untuk
merebut wilayah yang dikuasai Mujahidin, yang mereka klaim sebagai pengganas.
Pada malam hari, dari bangunan di mana keluarga Abu Bakar tinggal, mereka dapat
mendengar senjata berat tentera kerajaan Assad dan melihat kilatan tembakan di
kaki langit.
Maryam berkata suara pertempuran tidak membuatnya
merasa terganggu. Sebaliknya, dia mengatakan itu membuatnya merasa seperti,
"kemenangan sudah dekat. Insya Allah
anak saya akan bergabung dengan mereka. Mungkin saya [juga] akan bergabung
dengan mereka. Mereka merasa terhormat untuk [boleh] berada di sana, tidak
seperti saya. Saya di rumah, tapi, sekurang-kurangnya saya di sini [di Syria]
".
Ada juga keluarga British yang lain di sini, di
bangunan tempat keluarga Abu Bakar tinggal. Mereka tinggal di tingkat bawah.
Aisha (bukan nama sebenarnya) mengatakan dia baru
tiba sebulan yang lalu bersama suaminya, yang juga bergabung dengan kumpulan
Mujahidin asing yang sama dengan jirannya, Abu Bakar. Mereka mempunyai seorang
anak perempuan.
Aisha mengatakan anak perempuannya merasa sedikit
tidak senang pada awalnya, tapi sekarang dia dan anak perempuannya menetap di
sana, "Saya fikir anak-anak
menyesuaikan diri dengan sangat cepat, jadi dia sudah baik-baik saja."
"Pada
hari-hari pertama, dia mengatakan dia ingin kembali pulang. Dia ingin pergi ke
Britain. Tapi sekarang dia baik-baik saja. Dia suka berada di luar, boleh
bermain, " kata Aisha.
Maryam dan Aisha, kedua Muslimah berani itu boleh
memandu kereta dan pergi ke pasar raya melewati jalanan yang tidak rata. Maryam
memandu keretanya dengan kelajuan tinggi selayaknya seorang mujahid.
Dia mengenakan sarung tangan motor dan
menggambarkan sarung tangan yang dipakai saudari-saudari Muslimahnya yang lain
sebagai sarung tangan yang terlalu feminin.
Di pasar raya, mereka membeli lampin, roti, sebuah
ember, dan barang-barang keperluan lain yang biasa dibeli di pasar raya.
Diterjemah dari Arrahmah.com oleh Unikversiti
No comments:
Post a Comment