Qutub
Minar (Hindi :
क़ुतुब मीनार Urdu: قطب منار) ialah menara
bata tertinggi di dunia, dan merupakan contoh seni bina
India-Islam yang penting. Menara tersebut terletak di dalam kompleks Qutb di
selatan Delhi, India. Qutub Minar dan monumen-monumennya
disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Qutub
Minar berketinggian 72.5m (237.8 kaki) dengan 399 anak tangga menuju ke puncak.
Menara tersebut malangnya kini telah ditutup kepada pelawat. Diameter bahagian
tapak ialah 14.3m manakala lantai teratas berdiameter 2.75m.
Bangunan sekeliling adalah contoh-contoh terbaik kerja seni orang India dari masa ia dibina pada tahun 1193. Menara kedua
berada dalam pembinaan dan dirancang supaya lebih tinggi daripada Qutub Minar
itu sendiri. Pembinaannya terhenti apabila ia mencecah 40 kaki tinggi.
Di ilhamkan
oleh Menara Jam di Afghanistan dan mahu mengatasinya, Qutb al-Din Aibak,
pemerintah Islam Delhi yang pertama, memulakan pembinaan Qutub Minar pada tahun
1193, tetapi hanya dapat menyiapkan tapaknya sahaja. Pewaris beliau, Iltutmish, menambah tiga tingkat lagi dan, pada
tahun 1368, Firuz Shah Tughluq
membina tingkat kelima dan terakhir. Perkembangan gaya seni bina dari zaman
Aibak hingga Tughluq jelas ternyata dalam menara tersebut. Seperti
menara-menara terdahulu yang didirikan oleh Bani Ghaznawi dan Bani Ghuri di Afghanistan,
Qutub Minar mengandungi beberapa syaf bebibir berlapis dan silinder yang dipisahkan
oleh beranda-beranda yang
disokong oleh sangga-sangga Muqarnas. Menara tersebut
dibina dengan menggunakan batu pasir merah berjejalur yang dihiasi dengan
ukiran-ukiran rumit dan ayat-ayat al-Quran.
Tujuan
pembinaan monumen yang indah ini telah diduga sekian lama. Ia dapat memainkan
peranan umum sebagai sebuah menara yang memanggil orang ramai untuk bersolat di
Masjid Quwwat al-Islam, masjid terawal yang masih yang dibina oleh
sultan-sultan Delhi. Kemungkinan-kemungkinan lain ialah sebagai menara kemenangan,
monumen yang menandakan kehebatan Islam, atau sebagai menara pemerhati bagi
pertahanan. Kontroversi juga menyelubungi asal-usul nama menara tersebut. Ramai
sejarawan percaya bahawa Qutub Minar dinamakan sempena nama sultan berketurunan
Turki pertama Qutb-ud-Din Aibak tetapi sejarawan lain menegaskan bahawa ia
dinamakan sebagai menghormati Qutb al-Din Bakhtiar Kaki,
seorang wali dari Baghdad yang datang untuk tinggal di India yang amat
dimuliakan oleh Iltutmish.
Menurut
inskripsi di atas permukaannya, ia dibaikpulih oleh Firuz Shah Tughluq
(1351-1388) dan Sikandar Lodi (1489-1517). Major R.Smith juga membaikpulih
menara tersebut pada tahun 1829.
Sumber Wikipedia
No comments:
Post a Comment