Carian di Google
Image dengan kata kunci Batu Terapung
maka kita akan dipertontonkan pelbagai gambar batu terapung seperti di bawah
yang dikaitkan dengan peristiwa Israk
Mikraj...
Gambar batu ini adalah PALSU dan sudah EDIT |
Ini pula adalah Batu yang sama dari posisi yang lain dan ini adalah batu yang sebenar |
Jadi di mana Batu Asli yang disebutkan dalam Peristiwa Israk Mikraj itu?
Inilah Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Israk Mikraj itu. |
Di sisi lain batu tersebut |
Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu
Terapung
|
Berikut adalah soal-jawab dari
seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung /
Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.
SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar
dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah
menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa,
Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi)
dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang
sebenarnya. – ZAINAL AHMAD
JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:
Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di
Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan).
Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.
Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj
oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’,
disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu
Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh
Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah
SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”
Inilah penulisan yang saya rujuk
daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi.
Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita
dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti,
termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.
Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya
sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang
tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu).
Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam
akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid
dengan Qubbatul Sakhrah ini.
Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini,
berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar
wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu
jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti
gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu,
sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak
boleh sampai 150 orang.
Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat,
saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di
segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung
seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu
dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu
pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung
itu tergantung-gantung.
Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak
pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka
terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani
masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap.
Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai
tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa
mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.
Mengapa Berubah..?
Ketakutan pembesar-pembesar zaman
ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti
dalam bukunya. Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan
tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya
boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat.
Wallahua’lam.
Sumber
No comments:
Post a Comment