Friday, August 16, 2013

KERANI BUKAN SASARAN, CEMBURU DAN DENDAM MOTIF LETUPAN BOM DI TUMPAT

Kuala Lumpur, 16 Ogos - Siasatan awal polis terhadap suspek dalam kejadian letupan bom dalam bungkusan di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat Ahad lepas, menunjukkan kerani sekolah yang maut dalam kejadian itu bukan sasaran sebenar.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata motif pembunuhan dipercayai cemburu dan dendam kerana isteri suspek dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang anggota keluarga mangsa yang juga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

"Kita tidak menolak kemungkinan ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Kuala Krai maut dengan kedua-dua tangannya putus ketika mengambil satu bungkusan mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya.

Ekoran kejadian itu polis menahan reman seorang sarjan tentera berusia 29 tahun bagi membantu siasatan.

Mazlan berkata pasukan khas yang ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, telah memanggil isteri suspek dan anggota PGA berkenaan bagi memberi keterangan dan yakin kes itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Sumber : Fan Page PDRM

Berita Awal : Sinar Harian

Muslimah British turut berjihad di Syria


Maryam adalah seorang Muslimah British yang pindah ke Syria untuk bergabung dengan Mujahidin yang sedang berjuang melawan diktator Assad. Dia mahir menggunakan senapang Kalashnikov dan ketika ini dia menjalani kehidupannya sebagai seorang isteri Mujahid Syria.

Dia adalah seorang wanita muda yang bertubuh tinggi dan mengenakan hijab, lengkap dengan purdah.

"Dulu, sebelum saya mengenakan purdah, semua baik-baik saja, tapi ketika saya mula menutup wajah saya [dengan purdah], orang-orang biasa mengatakan, 'Kembalilah ke negaramu.' Saya pun menjawab mereka, 'Aku lahir di sudut negeri ini , '" katanya.

Dia berbicara dengan loghat London, dan menyebut dirinya sebagai "Maryam".

"Maryam" bukanlah namanya yang sebenar, tetapi komitmennya terhadap jihad begitu nyata: "[Rakyat Syria] ini adalah saudara-saudara kita dan mereka memerlukan bantuan kita."

Ketika ditanya mengenai orang-orang yang mendakwa Umat Islam yang berjihad sebagai pengganas, Maryam menjawab:

"Kami [Umat Islam] tidak menceroboh tanah mereka, mengambil rumah mereka, makanan mereka, memperkosa kaum wanita mereka, membunuh kaum laki-laki mereka, kami tidak melakukan itu. Kaum Muslimin tidak melakukannya. Justeru orang-orang itulah yang telah mendatangi kami dan melakukan itu semua. Tetapi, malah kami yang dicap sebagai pengganas. "

Maryam menunjukkan tembakan Kalashnikov-nya. Dia ingin berjihad dan menjadi syuhada. Namun dia bukan seorang Mujahidah garis depan. Dia adalah isteri seorang Mujahid, yang memegang senjata untuk perlindungan dirinya.

Tragedi 15-8-2013 : 1071 Jenazah sudah dikenalpasti


Menurut sumber rasmi FJP, ketika ini usaha mengenalpasti jenazah sedang dilakukan. Hingga kini sejumlah 1071 jenazah sudah dikenal pasti. Proses ini dilakukan melalui kad pengenalan diri yang terdapat pada pakaian jenazah dan juga dikenalpasti oleh ahli keluarga dan juga rakan-rakan.

Jumlah ini tidak termasuk jenazah yang tidak dapat dikenalpasti dan juga mereka yang telah diculik. Jumlah ini juga jauh berbeza dengan jumlah yang diumumkan oleh kerajaan iaitu seramai 525 orang.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Mesir dilaporkan telah menangkap beberapa ahli keluarga yang hadir untuk menuntut jenazah keluarganya dikembalikan di Masjid Imam Makram Abid. Namun, Kementerian Dalam Negeri Mesir enggan menyerahkan jenazah tersebut.

Mereka memaksa pihak keluarga menyatakan bahawa mangsa yang meninggal dunia sebagai bunuh diri. Sekiranya mereka enggan membuat pernyataan itu pihak berkuasa tidak akan mengeluarkan permit untuk menguburkan jenazah.


Sumber  : Islampos.com 

Tragedi 15-8-13 : Rabaah Adawiyah - Mesir

Jenazah Demonstran dalam Tragedi 15-8-13

Dua Footage ini sudah cukup menggambarkan keadaan di Mesir. Ianya berlaku diantara dua pihak, pertama adalah pasukan bersenjata dan pihak bekuasa Mesir dan kedua adalah Demonstran yang menuntut kembali hak Presiden Mesir, Dr. Mohammad Morsi yang digulingkan oleh Tentera.

Kerajaan KUDETA MESIR telah mengisytiharkan PERINTAH BERKURUNG di seluruh MESIR. Pastinya, ramai antara kita maklum akan istilah ini. Iaitu, setiap rakyat tidak dibenarkan keluar dari rumah dari satu jangka masa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Pihak Berkuasa boleh bertindak berdasarkan pertimbangan mereka ketika dalam tempoh PERINTAH BERKURUNG ini. 

Namun, tindakan dalam 2 Footage ini menggambarkan segalanya. Semoga Allah s.w.t. memberi perlindungna kepada mereka yang teraniaya dan membuka pintu hati pihak berkuasa untuk menggunakan akal mereka.

Footage 1 Footage 2

Dialog Orang Malaysia dengan Wakil Kedutaan Mesir

Kisah Ustaz Wan Subki (Naib Presiden PertubuhanIKRAM Malaysia) bertemu wakil Kedutaan Mesir di Malaysia :

"Ini kali ketiga Himpunan Aman diadakan untuk Morsi dan rakyat Mesir. Pertemuan kali ketiga ini membuatkan saya lebih bersemangat! Bila kami tiba di pintu masuk kedutaan, mereka tidak membenarkan masuk. Jika ada urusan, selesaikan di sini sahaja. Maka, saya pun berkata kepada wakil Kedutaan Mesir :

"Saya telah banyak kali ke pejabat-pejabat kerajaan, kedutaan-kedutaan, tapi adakah ini layanan kamu kepada kami?"

Kemudian, barulah mereka benarkan kami masuk. Itu pun, hanya membenarkan 2 orang wakil NGO sahaja. Kami dibawa ke pejabat dan bertemu dengan pihak kedutaan.

‘Buat kerja musuh’

Kuala Lumpur: Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad melainkan sebak dan luluh hatinya apabila menyaksikan kekejaman kerajaan Mesir membunuh rakyatnya sendiri yang juga umat Islam semasa menggempur penyokong Presiden Mohamed Mursi yang digulingkan dan Ikhwanul Muslimin di negara itu.
Semasa menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan NGO-NGO Membantu Palestin, bekas Perdana Menteri itu begitu emosi sehingga terpaksa berhenti sejenak akibat terlalu sebak sebelum mengakhiri ucapan selama 20 minit berkenaan. 
“Hati saya amat sedih bila melihat umat Islam sibuk membunuh sesama sendiri di Mesir semalam (kelmarin).

“Mereka melakukan kerja musuh Islam. Mereka melakukan kerja Yahudi, Zionis dan pelbagai musuh Islam lain,” tegasnya di sini, semalam.
SEORANG wanita menangisi kematian suaminya dalam tragedi pembunuhan tentera di Mesir.


Pemandu Teksi itu PERDANA MENTERI !!!!


Jenns Stoltenberg, meluangkan masa beliau sehari dalam seminggu untuk memandu teksi bagi mendapatkan maklum balas secara langsung daripada rakyat Norway. Beliau mendengar dan berinteraksi terhadap luahan penumpang teksinya.

Hal ini dilakukan beliau sempena pilihanraya Norway yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Sekalipun tindakan ini dilihat sebagai Retorik Politik, namun ianya adalah cara berkesan untuk mendekati rakyat bagi mendengar luahan mereka terhadap Kerajaan dan khidmat yang diterima mereka.

Ikuti rakaman video berikut:


Kemelut Politik Mesir : Pro Demokrasi bertindak balas

KAHERAH: Perkembangan politik Mesir menyaksikan penyokong pro-demokrasi mula bertindak balas terhadap operasi pihak berkuasa negara itu yang menggempur kem duduk dan bantah mereka di Kaherah dan Iskandariah.

Beratus-ratus penyokong Ikhwanul Muslimin bertindak membakar bangunan kerajaan di Giza berhampiran Kaherah. Tindakan itu menyusul dua hari selepas darurat dan perintah berkurung dilaksanakan di seluruh Mesir berikutan ratusan nyawa terkorban dan operasi pihak berkuasa. Sebelum perintah dilaksanakan pihak keselamatan menggempur kem pro-demokrasi dua bandar utama Kaherah dan Iskandariah.

Menurut tentera sekurang-kurangnya 43 polis terbunuh. Manakala hampir tiga ribu yang lain cedera. Bagaimanapun Ikhwanul Muslimin mendakwa lebih 2 ribu terkorban kerana tembakan pihak berkuasa di Masjid Rabaa Al-Adawiya dan Dataran Nahda.

Tindakan pihak berkuasa Mesir itu turut mendapat kecaman masyarakat antarabangsa.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry menyifatkan tindakan tidak berhati perut pihak berkuasa Mesir boleh mengganggu usaha penyatuan. Pertubuhan Bangsa Bersatu dan Kesatuan Eropah pula mengkritik penggunaan kekerasan semasa cuba menyuraikan penunjuk perasaan pro-demokrasi.

Sementara itu, penyokong Ikhwanul Muslimin dikebumikan secara beramai-ramai selepas mereka terkorban dalam operasi menggempur oleh pihak berkuasa Mesir.Ia diadakan ketika bilangan mereka yang terbunuh dilapor terus meningkat.

Di Masjid El Iman timur daerah Bandar Nasr Kaherah ratusan mayat penyokong pro demokrasi dikumpulkan sebelum dikebumikan.

“Orang yang terbunuh bukan sahaja berada dalam dataran Rabaah tetapi juga di luar dan sekitar Rabaah. Angka mereka yang terbunuh adalah beribu-ribu. Bukan beratus-ratus. Ini semua penipuan,” kata salah seorang penyokong pro demokrasi, Mohamed Salah.

Bandar itu terletak berhampiran dengan Masjid Rabaah Al-Adawiya lokasi di mana pihak berkuasa menggempur dua kem perhimpunan duduk dan bantah penyokong pro-demokrasi pada Rabu.

Pihak berkuasa Mesir berkata pertempuran pihak polis dan penyokong pro demokrasi membunuh tidak lebih 500 orang.

Manakala Ikhwanul Muslimin menegaskan lebih 2,000 terkorban termasuk wanita dan warga emas.

Dalam pada itu, kebanyakan saudara mara mereka yang terbunuh merungut bahawa pihak berkuasa enggan membenarkan permit bagi mengebumikan mangsa-mangsa.

Statement Khairy Jamaludin tentang Mesir

Ketika umat Islam di seluruh dunia masih bergembira menyambut Aidilfitri yang baru melepasi minggu pertama Syawal, saudara-saudara kami di beberapa negara lain terutama Syria dan Mesir berada dalam ketidaktentuan akibat perbalahan politik sesama sendiri. 

Terbaharu, perkembangan di Mesir terutama di sekitar bandar di Delta Nil seperti Minya dan Assiut, Iskandariah, Fayoum di Kaherah serta Suez menyaksikan pihak berkuasa seperti polis dan tentera menggempur penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi. 

Operasi tersebut dilaporkan telah mengakibatkan ribuan kematian di kalangan rakyat awam. Operasi ini merupakan satu kekejaman yang tidak boleh diterima sama sekali. Pihak berkuasa Mesir perlu sedar dan insaf bahawa kekecohan di negara itu adalah akibat rampasan kuasa yang dilakukan pihak ketenteraan terhadap pemerintahan Morsi yang dipilih sebagai Presiden melalui proses pilihan raya yang sah. Apabila pihak tertentu melanggar prinsip demokrasi dengan menggulingkan Mursi, itu secara jelas telah mengkhianati amanah rakyat. 

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan itu secara konsisten mengutuk keras kegagalan pihak berkuasa sementara Mesir menangani masalah di negara itu dan kami turut mengecam keganasan yang dilakukan pihak berkuasa terhadap masyarakat awam di sana. 

Kami juga menggesa agar pihak berkuasa Mesir menghentikan serta-merta tindakan membunuh para penunjuk perasaan yang terdiri dari kalangan masyarakat awam sebelum keadaan menjadi semakin parah dan berharap agar perisytiharan darurat di negara itu dapat ditarik balik secepat mungkin, selari dengan semangat kemenangan di bulan Syawal yang berbaki beberapa minggu lagi. 

Dalam pada itu, kami mahukan badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Liga Arab mengadakan mesyuarat segera dan menetapkan resolusi bagi membolehkan campur tangan kemanusiaan di Mesir bagi menyelamatkan nyawa orang awam, jika keadaan huru-hara itu gagal ditamatkan segera oleh pihak berkuasa Mesir. 

Pergerakan Pemuda UMNO juga ingin menasihatkan rakyat Malaysia di sana terutama para pelajar untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa di laman-laman sosial dan berhubung dengan Kedutaan Malaysia di sana bagi mengetahui kenyataan rasmi negara dan Kementerian Luar. 



Sumber : Page Khairy Jamaluddin@Mesir Kini

Mesir Kini...

Assalamualaikum....

Sehingga artikel ini ditulis pelbagai blog dalam bahasa Melayu dan Indonesia banyak memuatkan keadaan Demonstrasi di Rabaah Adawiyah, Kaherah, Mesir.

Apa yang berlau di sana?

Di dataran ini adalah tempat berkumpulnya pengikut dan penyokong Dr. Mohammad Morsi, Presiden Mesir yang digulingkan secara kudeta oleh Ketua Angkatan Tentera Mesir, Abdul Fatah Asisi. Sebelum ini mereka inilah yang berdemonstrasi di Dataran Tahrir bagi menuntut Presiden Mesir sebelum ini Hosni Mubarak meletak jawatan.

Mereka telah berkampung di Rabaah Adawiyah dalam bulan Ramadhan lagi. Mereka terdiri daripada segenap lapisan masyarakat daripada Orang Tua, Belia, Kanak-Kanak dan Bayi baik lelaki mahupun perempuan.

Mereka menuntut pembebasan Presiden Mohammad Morsi serta menuntut Abdul Fatah Asisi mengembalikan pemerintahan di bawah Ikhwanul Muslimin.

Pembuhuhan Beramai-Ramai...

Monday, August 12, 2013

Ulama Kelantan : Tuan Guru Haji Musa

Tuan Guru Haji Musa Mat Tahir

Tuan Guru Haji Musa ulama berjasa di Bukit Marak

Almarhum Tuan Guru Haji Musa Mat Tahir al-Kelantani dilahirkan pada tahun 1895 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Ayahandanya bernama Mat Tahir manakalanya bondanya bernama Wan Sena. Kesungguhan ibubapanya menghantar beliau mempelajari ilmu agama semenjak dari usia yang kecil telah mencambah minat beliau yang sangat mendalam dalam bidang itu. Selain mendalami pengajian di tempat asalnya, beliau turut menimba ilmu di beberapa pondok terkenal seperti di Bunut Payong dan juga pondok-pondok sekitar Patani, Thailand. 

Sepanjang hayatnya, Tuan Guru Haji Musa telah berkahwin sebanyak tiga kali. Perkahwinan kali pertama adalah dengan gadis sekampungnya ketika dia berusia awal 20-an. Beliau memperolehi seorang anak lelaki yang diberi nama Idris. Namun jodoh perkahwinan mereka dikatakan tidak panjang. 

Tuan Guru berkahwin buat kali kedua setelah pulang dari Makkah. Beliau berkahwin dengan Hajjah Che Wook yang berasal dari Kampung Seterpa, Bukit Marak. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Noor (Haji) dan Jah (Hajjah). Tuan Guru berkahwin lagi buat kali ketiga dengan Hajjah Che Bidah Awang Kechik, bekas isteri kepada Dato' Amar Diraja Kelantan, Dato' Nik Mustapha Fadhil Bin Dato' Nik Mahmood. Ketinggian budi pekerti Hajjah Che Bidah telah menambat hati beliau dan melalui perantaraan anak muridnya, beliau telah melamar Hajjah Che Bidah sebagai teman hidupnya. 

Hasil perkongsian hidupnya dengan Hajjah Che Bidah, beliau telah dikurniakan tiga anak lelaki dan empat anak perempuan. Antara anak beliau yang menjadi tokoh masyarakat ialah anak keenam beliau iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa, Mantan Menteri Kabinet, Malaysia dan anak bongsu beliau iaitu Tuan Haji Ahmad Termizi Haji Musa, Ketua Sektor Pelajaran di JPN Kelantan.


BATU TERAPUNG!!!

Carian di Google Image dengan kata kunci Batu Terapung maka kita akan dipertontonkan pelbagai gambar batu terapung seperti di bawah yang dikaitkan dengan peristiwa Israk Mikraj...

Gambar batu ini adalah PALSU dan sudah EDIT


Ini pula adalah Batu yang sama dari posisi yang lain dan ini adalah batu yang sebenar

Jadi di mana Batu Asli yang disebutkan dalam Peristiwa Israk Mikraj itu?

Saturday, August 10, 2013

Perang Dunia KeDua - JAPAN


Satu dokumentari berwarna mengenai pengelibatan Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Mereka dekat dengan Malaysia. Bangsa mereka menakluk, kemudian runtuh. Dari sisa keruntuhan mereka sekali lagi bangkit dan meguasai dunia melalui Ekonomi. Kini hampir seluruh dunia elektronik dikuasai oleh Jepun....

Dokumentari World War II


Perang Dunia Ke Dua adalah satu perang yang hebat dan paling epik dalam sejarah ketamadunan Manusia. Seluruh Dunia berperang dari tempoh 1940 - 1945. Mengorbankan jutaan manusia dan meruntuhkan beberapa peradaban dan meruntun jiwa sejumlah manusia pada dekad yang lalu. Kami kongsikan satu filem dokumentari berwarna mengenai Perang Dunia di Eropah.

Friday, August 9, 2013

Time Line "Empayar Islam" Ummaiyah - Abassiyah - Uthmaniyyah

Pengenalan

Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

Nabi Muhammad s.a.w.

Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah.

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Makkah dalam Tahun Gajah iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20 April (570 atau 571 Masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim apabila ayahnya Abdullah bin Abdul Muttalib meninggal semasa beliau masih dalam kandungan dan emaknya Aminah binti Wahb meninggal dunia semasa beliau berusia 7 tahun. Kemudian beliau dijaga oleh datuknya Abdul Muthalib. Setelah datuknya meninggal baginda dijaga pula oleh pakciknya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah semasa beliau berusia 25 tahun dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman. Baginda pernah menjadi penggembala kambing. Selain itu baginda seorang yang sangat amanah semasa bekerja bersama Khadijah dalam menjalankan perniagaan wanita yang terhormat itu.

Baginda pernah diangkat menjadi hakim. Baginda tidak menggemari suasana Mekah yang penuhi dengan masyarakat yang mempunyai masalah sosial yang tinggi. Selain dari memperdagangkan berhala, masyarakat Jahilliah turut menanam bayi-bayi perempuan. Baginda banyak menghabiskan masa mencari ketenangan digua Hira'. Sehinggala ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda telah didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.

Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.

Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruhSemenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.

Perkembangan Islam

Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahanKhulafa al-Rasyidin.

Peta Semenanjung Arab selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.



Khulafa al-Rasyidin
  • 632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
  •  633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
  • 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
  • 635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.
  • 636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
  • 637M- Mesir ditawan.
  • 638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
  • 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
  • 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah
  • 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
  • 646M- Kempen menentang Byzantine.
  • 647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan. 
  • 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
  • 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
  •  657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
  •  659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah.
  • 661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu Rasulullah S.a.w) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
  • 661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dll.

Kerajaan Bani Ummaiyyah
  • 661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
  • 670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
  • 677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
  • 680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
  •  685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
  • 700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
  • 711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
  • 712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
  •  713M- Penaklukan Multan.
  • 716M- Serangan ke atas Constantinople.
  •  717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
  • 725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
  • 749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
  •  750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.


Kerajaan Bani Abbasiyyah
  • 752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
  • 755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
  • 756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol.
  •  763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
  • 786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
  • 792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
  • 800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
  • 805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
  •  809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
  • 814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
  • 1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
  • 1005M- Multan dan Ghur ditawan.
  • 1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
  • 1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
  •  1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
  • 1095M- Perang Salib pertama berlaku.
  • 1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
  • 1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
  • 1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
  • 1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
  • 1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
  • 1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
  • 1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.


Empayar Turki Uthmaniyyah

Peta Turki Uthmaniyah


  • 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
  • 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
  • 1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
  • 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
  • 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
  • 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
  •  1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
  • 1453M- Constantinople ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. Berakhirnya Empayar Byzantine.
  • 1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
  • 1526M- Perang Mohacs
  • 1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
  • 1571M- Perang Lepanto berlaku.
  • 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
  • 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
  • 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
  • 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
  • 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
  • 1792M- Perjanjian Jassy.
  • 1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
  • 1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
  •  1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
  • 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
  • 1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
  • 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
  •  1829M- Perjanjian Adrianople.
  •  1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
  • 1841M- Konvensyen Selat.
  •  1853M- Bermulanya Perang Crimea.
  • 1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
  • 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
  • 1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
  • 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
  • 1912M- Perang Balkan pertama.
  • 1913M- Perang Balkan kedua.
  • 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
  • 1919M- Mustafa Kemal Atatürk mendarat di Samsun.
  • 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
  • 1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...